Pisau Cukur??


Salam Lalinksss

Keje melambak di ofis mengakibatkan belogku sedikit terabai...hmm..blk2 umah melakukan kerja harian spt biasa...ulit2 anak pun dah malam..masa mcm tak cukup je..hukhuk.
Tajuk en3 kali mestilah havoc kan...hiks!!..owhh jgn salah fahammm...ni bukan pisau cukur habiskan sume rete orang tu tau...Pisau cukur ni terbabit sekali sebab nak cukur rambut anak i...ehehehe....terjadinya kejadian cukur mencukur ni pada Father's Day hari tu....berbagai2 aksi la 3 beranak ni dalam sessi kejadian cukur ni.....hahahha,satu hari masa di habiskan untuk cukur rambutnya...tak kan nak tinggal kan separuh kt belakang je kan...dah mcm wong fei hong lak nnt...=.=!

Ok dh selesai...
Time to bath sayangggg...
Aqil paling suke time mandi...suka betul dia..nnt dh beso skit kita g swimming ek syg..:)




notacomel: sila abaikan tgn ibu die yg keding kt belakang tu ye..hahaha~~

Dua budak Sholin
Dad Vs Son

Sama kan????......Like FATHER like SON....teeheee~~



.

.

.

.

.

.

.

.

.

V
V
V 


zzZZZzzZZzzzzzzz
MOm don't wake me up..I will wake U up...haha
wajah keletihan terus tido lpas mandi...hehehe...comellkan Aqil tanpa rambut...wallla~
tgk peha kfc dak bam bam ni, geram...egerrrge gigit dia...hiks!
Semoga aku dapat mendidik anakku dengan baik...Semoga Allah s.w.t permudahkan sgla urusanku..Aminnnnnnnn




k bye darl......



Keringat Ibu


Salam Semua.....
 
Alhamdulillah setakat ni i masih lg breastfeed my little hero tu...sebenarnya dari awl2 lagi aku dah pasang niat untuk breastfeed my baby...orang kata kalau niat baik insyaAllah berhasil..:)... Sebaik shj my little hero tu dilahirkan, trus breasfeed die buat pertama kalinya...sgt tersentuh ok...pandainya si cilik tu cari nipple ibunya...:)
Biarlah aku yg jadi kilang susu utk anakku...ada aku kisah??haha....kalau boleh biarlah anakku menyusu badan hingga usianya 2 tahun...mampukah??,,tu belakang kira,yg penting niat +usaha..Usaha tu Doa..usaha tangga kejayaan...:)amat berharap susu ibunya ini melimpah ruah, mana tau rezeki anak kan...mudah2han..aminnnn.


Susu aku produce masa hari ke3..masa hari pertama dan ke2 tu aku rasa mcm sikit je susu yang keluar...aku dah mula risau tapi aku redha je la..kalau stress lagila susu tak mau keluar kan...anak dah menangis menjerit2 meminta susu,tak cukupkah susuku??...tp bsr mane je kan perut baby..besar guli je..huhu,menangis yang tak de volume langsung...terus je lantang bunyinya...mak aku dah bising suruh aku bg je susu formula..ye la hati mana yg tak tersentuh mendengar tangisan bayi tak henti2 kan...patut ke aku bagi susu formula di kala itu..tapi aku biar je dulu..aku tetap susukan baby seperti biasa,tak kisahla susu tu ada banyak ke tak lagi...sokongan dari suami menaikkan semangatku...nasibla die faham...Alhamdulillah masa hari ke3 tu melimpah ruah susu yang keluar...mencurah2 susu keluar, laju je melencunkan bajuku...bersyukur sgt.


Lama kelamaan kita kan tahu anak kita tu menangis sebab lapar ke, nappy time ke,perut kembung ke,,etc...sebab masa ni lah kite boleh kenal dan belajar macam mane anak kite membesar...walaupun pada mulanya aku tak tahu langsung bab2 ni semua...dan aku jugalah yg memandikannya dari first time die balik ke rumah hinggalah sekarang...mak memang membantah,katenya aku tak boleh gerak2 sgt, tak boleh main2 air plus tak bole angkat berat2...ye la ank aku kan berat..upss semangat..haha..tapi aku berdegil tetap mahu melakukannya sendiri...hehe,sbb badan baby pun semangat so tak de lah takut sgt memegangnya..**satu markah di stu.. teeeheee


Dikala aku busy menguruskan my baby...sangat berterima kasih to my hubby kerana sanggup menguruskan diriku pula...wink! meletakkan ubat di luka jahitanku,salinkan padku sblum tugasnya beralih kpd mak ku...aku pn tak boleh menonggeng apatah lagi nak letak ubat kan..aku sendiri tak berani nak tengok..berani sungguh suamiku:):D..bab2 makan ni semua serah kt mak...tapi my mom n MIL mmg baik..masak semua yang sedap2 je ms pantang...semua ok bila aku tya leh mkn ke x?...haha,tak ke koboi tu...masa time menyusu lak,Aqil sikit nye pantang kalau aku pakai param gan pilis...punyelah menjerit2 tak keruan..sikit nye tak suke dengan bau2 bauan tu...so aku 44 hari xpakai pun param & pilis...phew~~Aku cuma pakai losyen mustajab sapu kt perut pastu mak pakaikan bengkung..dh mcm kepompong terkemut2 nak jalan...hehehehe....eh macam dah larikk tajuk je...:D


Masa berpantang aku belum lagi membeli breastpump..tapi bila di fikir2 balik ruginye aku tak beli awal2...sebab ketika pantang susu banyak..so boleh la buat stok for my baby awal2 kan....Aku start buat stok ketika lusanya aku naik kerja...hehe..alhamdulillah dapat 42oz dimana aku seperate setiap botol 3oz..supaya senang aku nak manage tuk anakku nanti..lantas aku train Aqil untuk minum pakai botol...takut die meragam tak nak puting botol ke pe kan,...alhamdulillah Aqil senang terima botol...Aqil guna botol Avent.



 SpeCtra 3
Ni lah Mrs.Woot rakan kongsi ibu yg bekerjasama memerah keringat utk kamu anakku.


Spectra 3**recommended....pump susu pun tak sakit disamping machinenya yg senyap...boleh la woot woot dgn senang hati di ofisss...hip hip hooreyy!!
sue beli spectra3 di sini.....setelah try semua breastpump di situ dgn bayaran hanya RM20 je...u olls boleh try brand Medela,Spectra,Ameda..sori Avent tak de..
Kalau u olls jadi beli breastpump kt situ,rm20 tu die deduct dari bayaran...kalau tak jadi beli rm20 tu as voucher la...boleh redeem kalau datang nak beli breastpump di lain hari,tapi mesti kat kedai tu juga..huhu

Best kan boleh try semua breastpump,..senang untuk kite choose yang mane comfortable n sesuai untuk kita...berbaloii baloii kan dgn rm20 je....ok lagi satu keistimewaannya spectra3 n bole jd double ok..so bolehla woot WOot due2 belah...SONOK??mestilah seronok kan...aku beli complete set kt susuibu.com tu...malas nak fikir panjang lagi dah.



Tengok dr jarak dekat rupe die mcm ni lorr...slim type=====>>>>double.
Senang je nak jadikan die double.....u olls beli spectra breast shield set + spectra filter..
lps tu potong sikit tube yg set baru td..pasangkan ke filter yg lg satu dan sambungkan tube tu ke button lg satu kt mesin tu...ok x??

nak beli on9 pun boleh...litllewhiz gah wat sale...klik Breastshield set + Spectra filter.


Marilah kawan2 jadi geng bag hitam dgn membeli spectra3...RACUN2..hehe~~
Bag hitam ni la yg aku usung ke ofis..tambah 2 lg bag aku,bag notbook gan handbag...wahh byknyee bag aku pikul...muahahaa


Notakaki:
**Me makan longan kering+horlick+madu+oat..lobak putih jika mak yg msk je..(^_~) 
**Belah malam,..Little hero tu kan bergayut je gan ibunya...ye la siang dpt puting lain kan..siann die..huhu
**Me dapat 10oz setiap kali pump it...so satu hari dpt 40oz..kdg2 tgk kerajinan i lak...kalau rajin,dpt lebih lg..yg penting mind set...kene happy2 slalu...baru susu kan kuar dgn MERIAH!!
**Baby boy mmg kuat menyusu...Aqil minum 20oz sehari, kdg2 18oz..so setiap hari i bekalkan 8botol..spare sebotol if susu xcukupkan..GIGIH!! GIGIH woot2 utkmu anakku.:)



Me lurve to breastfeed my son..breastfeed is da best way to show our LOVE to our baby..breastfeed n feel it..so wonderfull moment..Ayuh mama2 semua Letsss SUPPORT BREASTFEEDING~~~Woot! WOOTT!!


 LOVE U Mom.... u'r Awesome...SUSU IBU TERBAIK!!!!


notacomel: tiada unsur riak di sini just to MOTIVATE myself utk menjadi pembekal susu terbaik utk my lovely SON~baru susu kan produce lebih MERIAH kan!!



ok nak p woot woot!!....daaaa




EBM - Penyimpanan & Pengendalian Susu Perahan EBM

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU PERAHAN IBU
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas dilabelkan..;)..macam saya  guna sticker yang color2 tu senang..sebab malas nak potong2 masking tape,.hihi
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah(saya perah ikut sukatan siap2..mcm masa baby 3 oz setiap botol,bila umur baby meningkat saya sukat 5 oz terus..sebab baby boy kuat menyusu...hikhik
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2oz–4oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
 
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam


Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais..saya sediakan 2 cooler bag..satu bawa ke ofis satu hantar nursery..
Di Rumah
  • Susu yang beku di atas hendaklah di turunkan ke bahagian bawah untuk bekalan susu anak anda pada keesokan harinya..tak la esok pun masih keras bedentum kan..
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
  • Keluarkan botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Sebab itu pentingnya label tarikh tu..;)


JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

** Susu yang sudah di keluarkan atau di panaskan hanya bertahan selama 1 or 2 jam..tapi saya selalu remind kat nursery 1 jam je..lepas tu mesti buang..tapi alhamdulillah anak saya tak buang..setiap kali bagi susu je habis, tak cukup ada la..haha..bayangkan saya bekalkan dia 8 botol  yang berisi 5oz sehari..kadang2 tak cukup..memang baby boy kuat menyusu...


Kene kuat semangat sebab nak susukan my baby till 2 tahun...:)...setiap kali lunch saya mesti makan ulam jantung pisang..memang terbaik...susu meriah sangat..setiap kali pump mesti cecah 5oz kiri dan kanan..so 12oz..setiap sekali pump..saya buat double pumping terus..pada saya kalau pump sebelah2 susu memang payah nak keluar..so satu hari saya dapat kumpul 30 oz..kadang2 lebih...saya pakai spectra 3 je..buat masa ni tu je yang mampu..tapi alhamdulillah memang banyak membantu..:)...lagi satu saya tak suka campur susu perahan..kalau kiri,kiri je..kalau kanan,kanan je..sebab mak saya kata belah kanan tu nasi,belah kiri tu air...eh ye ke..?


kalau tanya memang nak Medela freestyle lah...hihi.(^___~)

p/s : Kat bahagian peti sejuk beku memang semua stok EBM Aqil je...hihi..dah takde ruang untuk letak bahan-bahan basah...ekekee..Mak kalau datang siap bawa deep frozen nak letak ikan,ayam segala...;)






Selamat Tinggal kekasihku

Assalamualaikum ollss....

ye ye je kan tajuk entry kali ni....sj nk berkongsi kegembiraan...patutnya sedih la kan meninggalkan kekasih...tapi kekasih sy ni bukan org, so tidak la harus di tangisi di sini..melainkan jikalau beliau hilang**N97...:))..sebak jap....ecehh..hip hip!!MySpace
Bukan ape.....sempena anniversary kitaorg yg first ni kan,,.sy dpt HP baru...hooyehh!!. ,.bye kekasihku N97...terima kasih kekasihku kerana setia menemaniku selama ni...bukan ku sengaja meninggalkanmu tp bak kate org dulukan suami dulu...hiks!!...malas nk ulas panjang...


 Kekasih lame ku....Nokia N97

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Taraaaa


ni lah die kekasih baru sy in BLACK...

HTC



HTC ku dalam dakapan bluehyypo..hehe


thank you so much lalink....lebiu much much!!
ok mari menggodeh....(^__~)



daaaaaaa........
 

Anniversary+Father Day's day

Hi darlsss


Assalamualaikum syg....
Sekejap je ms berlalu...Hari ni genap Setahun usia perkahwinan kita..Alhamdulillah.
Happy 1st Anniversary + Happy Father's day my lovely Hubby Aidil Iskandar...
Hope our marriage will last till D End...InsyaAllah dgn izin Allah...Love u soo much!!
MySpace




Luv,
Isterimu tersyg



Happy 1st Anniversary Ayah dan Ibu....+ Happy Father's Day Ayah...Ayah Terbaik!!
Hope Our Family happily ever after 2gether..InsyaAllah
Sayang Ayah dan Ibu....muahhx


Dari anakmu yg comell,
Nong Aqil Iskandar

.
.

.

.

.

.
Sayang ayah banyak sangat...Aqil nak polok ayah...:)


Tak lupa buat Tok Bak dan Atuk di Jb...Selamat Hari Bapa~
Jaga diri baik2 ya..jom Aqil bw p jalan2...hiks!


Dr Cucumu,
Aqil







Bedung Days

Salam alls....
Semenjak i dah ada anak ni entry kebnyakan pasal anak je..hehe..al maklum tak pernah jemu membelek dan melayan keletah sepanjang tumbesaran si cilik ni..
Harap2 u olls tak bosan la ye..(^^) bg sesiapa yg nak baca boleh aje,yang tidak pun tidak mengapa..:) Aqil tak kisah...hakhak...:p
Sementara hero i tu masih nyenyak tido..i larikk kejap la ddok depan notbook nih...hehehe



Ckp pasal bedung ni,anak bujang i memang susah nk di bedung....haruslah berpencak silat dulu sebelum dpat membedungnya...hehehe...die memang suka tido freedom je dengan kedua tangannya di atas..hehe...tamow di grip tangan dan kakinya..alahaiii..tapi kene paksa gak..tuk kebaikan die juga kan...siann dia...
""BIAR SUSAH DI BEDUNG JGN SUSAH DI BENDUNG""hehehehe...
Sampai biler agknya kene bedung baby ni ek???..barut pn still pakai..tapi biler bw jumpe doc,doc bukak tak bagi pakai...cam mane tu..


yeahhh dah dapat bedung...hari2 ibu kene bersilat dengan awak ye...takpe ibu tau tu cara awk bermanja dgn ibu...ibu suka...
senyum2 ni nak soh ibu bukak bedung kan?????......MySpace


tengok tu mate die polow je....suka begambo..i loikee


 
Sebelum tido mesti die borak2 dulu gan bebear tu..tah ape agknye yg die ngomel...cumelll!!
Ibu, Aqil titon dululah....ZzzzZzzzzzzzzzz

Notakaki : Sekarang my hero sorang ni pn demam WORLD CUP gakMySpace...siang tido, malam berjaga..
Sukalah ayah ade geng...ibu bz perah stok woot Woot..haha

Sudah abis bola still tamow tido...haiyakkk!!!ayah dah jauh tido meninggalkan kita..
MySpacehuh JELESSSSS!!!!




Mengidam akhir kali


Hi Darlingss


Nak cite lagi ni....hehehe..saje je nak memenuhkan en3 kali ni..kengkonon tengah free giler la ni...hahahaha..dah i dok sarat2 tinggal tunggu masa je nak meletup ni..bende yang aku idamkan di terakhir kalinya adalahh ini....
jeng.....jeng.....jenggg 


..........................................





.....................................





...........................





.................. 




Taraaaaaaa..mende ni la....hehhee

" Barbican" 


I dah tak larat nak p SABA,...ingatkan hubby i lupe dah...tup2 die balik keje,die bw balik menatang tu...hehehe..haruslah ingat pesanan terakhir isterinya ni kan...wakakakka..konon2 kalau tak dapat minum ni nanti anak keluar,asik keluar air liur jee..huh baby ni tak memilih..apa yang mak die makan...itulah yang die makan...tak de konsep mengidam dalam islam ni..cuma kadang2 kite ni nak bermanja2 dgn suami,...ye la perubahan hormon kan...lagi2 kalau tekak isteri macam aku ni..tak kira nak makan gak....camner tu???(^__~)MySpace...yang si suami lak kalau ade yang terbaca ni...jgn tak di layan lak tekak si isteri oke...ade yang kene tido luar kang....hehehe..Kita boleh nak makan apa je,tapi berpada2 k,...So pada sesiapa yang tak dapat makan ape yg diidamkan masa preggy..dun worry..Tawakal je..berserah pd Allah....jgn diikutkan sgt nafsu makan....InsyaAllah anak yang keluar nanti tak de keluar air liur...kalau ada pun itu semua ketentuan dariNya,bukan sebab faktor pemakanan...:)


Thanksss..bubye darll

C nxt en3





Jaundies a.k.a kuning

Uik da kenape dgn anak ibu ni...dah macam cyclopes je...hehe..siannn anak ibu...



Malam pertama- semoga kamu tabah ya anakku....
Aqil selesa menonggeng gitu lak....yang dia tak selesa pabila sarung itu menutup matanya...habis kulit2 die terkopek2....huhu..panas tau bwh Uv ni...


Hari ke 4...Aqil kene jaundies..tapi die tak demam...tu pun i perasan masa dekat umah...dah 3 hari baby ddok umah...i tengah dok belek2 anak,..macam nampak kat sekeliling mata die kaler kuning...kalau tengok lagi jauh macam biasa je...tapi biasalah kan baby sekarang ni awl2 mst kene jaundies.....Masa ni memang belum balik jb lagi sbb keesokan harinya pergi check up Aqil....
Lepas je amik darah masa ni...bacaannya tinggi 15.6 dan kene admitted d'bwh satu lampu Uv biru....bacaan jaundies baby sepatutnya bawah 10...so 15(1 lampu),dan 17 ke ats(2 lampu)...
So kene admitted 2 hari....so aku pun dengan berkain batik,berstokin keluar masuk hospital kan...dgn jln mcm minah jepun..kne slow2...berpantang la aku dlm hospital.



Malam ke-2 Gudboy la anak ibu...moga cepat sembuh ye syg...



Graph bacaan Aqil naik lpas tu turun..turun sikit je..Masih ade kuning,,tambah lagi satu hari ddok kt spital....Kat hospital ni je dah 4 kali kaki aqil kene cucuk...die pun macam dah lali je...masa frst time je nangis....sedih ibu tengok nurse tu cucuk kaki Aqil..be strong ya...


Esoknya kuning Aqil tak tinggi sangat dan boleh discharge but kene follow up kat Hospital Jb..



owh ibu...bahagianya tanpa sarung mata itu..lalala~MySpace



br hr ke 4 baby dah pandai pose dpn camera....like ur mother la son....ngeh3
Ayah Ibu...jomm balikkk..Aqil dah sihat...hehehe




semua care dah buat tuk kuning ni....last try minum susu kambing....nk bg baby minum kne bagi ibu die la yg minum kan...bb bF kan...huhu tak pernah aku mnm susu kmbing...wuwuwu



.............................dan skrang aku lak yang ketagih minum susu kambing tu ha...kakaka


p/s: Followed @ KPJ Johor Speacilist..bacaan normal 8,Alhamdulillah....




Saat Kelahiran Puteraku Aqil


Hye Darlingsss...im backk!! 

Lame sudah tidak ku jenguk blog ni...24 jam masaku hanya tuk si cilik itu...hehehe macam aku sorang je yg ada anak ek.. +_+...
Tempoh berpantang sudah selamat di tempuhi..cewahh,..kejap je masa berlalu...huhu tak de maknanya aku rasa lama giler nak abis pantang..hari2 dok kira hitung hari..pheww~~arghh boringla confinement day..hehehe biasalah tak boleh ikut selera tekak kita kan...
Pantang minum ais n pantang bersama suami 100 hari....so cik suami bersabarla sayang..heee,tapi ais cukup je 44 hari aku dah balun minum ais..tak tahan beb...haha

Saat yang tidak dpt kulupakan dikala melahirkan hero kesayanganku itu....:)



Bermulanya cheritera

Kandungan sudah 10bulan 1hari..tanda2 kelahiran masih tak kunjung tiba..dah 5 hari ddok umah ni..tunggu2 tapi tak de pun..
Pecah air ketuban ke,pecah darah ke,constuction kejap2 ke...semua tak de oke..
Hari demi hari semua berlalu seperti biasa..selera semakin bertambah..kaki bengkak surut kembali....hati aku dah gundah gulana,manala tak resah gelisah fikirkan keadaan baby dalam perut ni..ok ke??...baby tetap bergerak aktif...hari2 aku dok cakap dengan baby keluarla sayang..keluarla..ibu dah tak sabar mau peluk cium kamu ni....jomla kuar...tapi baby aku ni suka betol ddok dalam perut...nak buat maca mana kan..hehe so ibu dia cool je la..hahah
Siap 16hb sepatutnya due baby..kitaorang p lenjan makan kFC,tu la pertama kali masa aku preggy minum air gas..huh nikmatnyaaa...dah lama tak minum weii..^^
Semua orang dok risau dah...aku pun cuak gak kot2 kene induce keluarkan baby...ohhhh tidakkkkk......... 



Trinologi
Tempat : Hospital Pakar An Nur Hasanah,Bangi 
Tarikh : 17April'2010 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1431H
Bilik : Room LAv 4


Jam 10am-1pm
 

Di sebabkan aku masih belum melahirkan so kene pegi check up macam biasaa ye..perut aku masih seperti biasa je....asik nak makan je...pagi2 ni aku dah makan 2 biji pau kacang..huhu..Hari ni Dr. nak check bukaan...seram weiii nak kene seluk..kebanyakan orang kate sakit time ni....Masuk2 dalam bilik dr. cakap baby suka ddok dalam perut ibunya yee..Dr. terus pakai sarung tangan getah...hmm pasrah je la relakan diri baring kene seluk...Dr.cakap tarik nafas dalam2...huh rasa sakit n ngilu sikit..Bukaan dah 3cm tapi perutku masih lagi tinggi....mayb bukaan aku dah 3cm tu yg masa kne seluk tak rasa sakit sangat...Alhamdulillah 

Dr. tanya aku tak de rasa sakit ke?..sbb selalu bukaan nak ke 3cm mesti patient kan rase sakit..aku cakap tak de lak rasa sakit pape..tunggu2 tanda2 nak bersalin pun tak de...
so Dr.kate ni dah boleh bersalin hari ni sbb bukaan dah 3cm...owhh terus nak kne admitted ni...aku macam tak percaya pun ada...dah nak melahirkan ke aku ni...huh mesti sakit ya amat nanti sbb aku masih tak rasa pape lagi ni....
Nasib tak kene induce...orang2 cakap induce sakit..huhu.. 

Kitaorang pun ape lagi berdesupp balik umah dulu..balik2 pun masih tak de rasa sakit2 lagi..cuma kaki macam kejang tetiba...Aku dah leh siap2 kira bape banyak bukaan sebelum kitaorang datang balik ke Hospital..pandai2 je la aku buat anggaran...sbb mengikut kate dr.depends pd org la ada yang cepat ade yang lambat bukaannya...tapi selalu first baby mmg lambat bukaannya...takpela mana tau aku cepat..Doa je la...:)

Mak dah siap masak...aku pun makan2 dulu,..mandi..solat...boleh on9 lagi..call,sms semua orang minta maaf,doakan ku di permudahkan masa bersalin nnt....pe lagi makin banyak aku turun naik tangga kat umah....tiba2 aku rasa macam lambat naik tangga kan..aku berlari....kakakaka...bayangkan mak buyong berlari naik tangga mcm tak de anak je dalam perut..tapi tangan pegang perut..hiks!..pe lagi menjeritla my hubby...wakakaka..
My hubby ajar senaman diri pastu cangkung berulang2 kali tuk senang bersalin katenye...
Tiba2 rasa mcm ade sesuatu keluar...check seluar dalam eh ade lendir sikit..tapi tak de rasa sakit lagi...so masih rilekss lagi...mak aku yang gabra..rileks mak,rilekss rileks...hehehe...
Nasib baik aku tak ikut kepala gila aku pakai eye shadow g spital,mau mak aku menjerit tengok anak dia ni...hahaha..sabar ye mak...syg mak..:)




Jam 5:30pm-6:00pm 

On da way ke Hospital...hujan lebat giler masa ni...jalan jammed..nasib baik aku tak emergency..kalau tak mau aku terberanak dalam kereta..pheww~~..
Muka je ni nampak cool tapi hati dah resah ni fikir macam mana lah sakit nak beranak nnt..huhu..tapi nak tak nak memang kene harungi jua kan...ku berserah pada Allah s.w.t....mulut tak henti2 berdoa bg dipermudahkan bersalin.. 

Jam 6pm tiba hospital,check in..sepatutnya jarak dr umah ke spital 15min je...tapi jammed tadi kan..masuk dalam bilik tukar baju hospital,huh satu je aku tak suke baju spital ni tang kain dia...alangkah baikknya jika kainnya berzip or bergetah..huhu aku main pakai ikat je kat depan..asal tak melondeh kain tu kan...masuk hospital ni tak payah bawa ape2..semua pihak hospital dah sediakan just bawa baju kite n baby tuk balik keesokan harinya...
Time kat bilik ni my hubby suruh teruskan senaman tadi..

Perut dah rasa construction sikit2.... 



Jam 7:00pm-8:25pm 

Nurse masuk check tekanan darah aku..tanya if aku dah ada rasa construction yang kuat ke?..aku cakap tak kuat sangat...sikit2 je.. Jam 7:30pm, construction makin kerap terasa..kejap2 ada..kejap2 hilang...tapi aku rasa ni mesti yg middle2 nye sakit lagi...mesti ade yang lagi sakit kan datang......

jeng...jeng...jeng....

Nurse masuk bilik lagi, kali ni nak check CTG baby,..so bende bulat tu di lilit kat perut aku..CTG baby ok alhamdulillah...laju je..:)jantung ibu dia ni pun makin laju gak sebab mesti dah nak dekat waktu aku bersalin ni...huhu. 




Jam 8:30pm-9:55pm

Dr. lak masuk bilik....masa ni aku memang dah tak leh nak buat senaman or jalan2 lagi dah...terbaring je kat katil tu ha....tapi masih lagi leh gelak2 gan suami dgn mak hinggakan Dr.cakap eh ni tak de rasa sakit2 lagi ke masih lg senyum2 ni....selalu time ni patient dah muka ketat dah...huhu,..aku cakap construction dah rasa tapi leh tahan lagi...
makanya Dr. seluk lagi...nasib baikla Dr.pompuan...:)
Bukaan dah 5cm...Dr.terus ambil keputusan pecahkan air ketuban i..sebab bukaan dah 5cm tapi air ketuban i still tak pecah2..aku nampak Dr. pegang macam batang plastik yang panjang..perghh seram...air ketuban keluar panas je.. 
Lepas je air ketuban ni pecah baru terasa construction datang makin lama makin kerap... 

Dalam 10min nurse masuk bilik persiapkan aku,ddok atas wheelchair lalu di sorong ke dalam labour room..nasib baik suami dgn mak ada...nebesss...menuju ke labour room,masyaAllah sejuknya sepanjang perjalanan..menusuk ke tulang sum sum aku semua..gigil satu badan..fuhh~~
Sesampai dalam labour room..baring je atas katil tu aku dah seram...segala macam perasaan semua ada..nurse cucuk tanganku masukkan air.. 
Dalam labour room ni la construction datang BAIK punyee~~sakitt weii 
Nurse suruh aku baring mengiring bg percepatkan bukaan..aku tanya kat nurse, gas mamai2 tu tak de ke?...owh baru ku tahu hospital ni tak de sediakan extonox gas..yang ada cume pethidine injection(ni pn xbape efektif kalo dah sakit sgt)dengan Epidural je..fuhhh~~~

Hubby i sentiasa di sisi menemani...bergelut la kami berdua dalam labour room tika sakit dtg..time construction tu habis aku genggam besi tepi katil tu..rasa nak tercabut..hahha..mula2 pegang tangan dan lengan hubby..huhu kuat giler..kalau time push rasanya mau crack lengan hubby aku...ngeh3...

Sakitnya hanya Allah yang tahu..nurse masuk tanya samaada aku nak amik epidural ke?..
aku cakap tak pelah nurse tunggu kejap lagi kalau saya tak tahan saya panggil..hubby aku cium dahi aku...sayu je tengok isteri die bertarung nyawa nak melahirkan zuriat kami...memang tak di nafikan construction memamg SAKIT!!!...

Nurse masukkan ubat berak dalam montot...hehehe,memang berkesan la ubat tu,tak sampai berapa minit aku dah pegi toilet..dah bis membuang...lepas tu aku pegi lagi rasa mcm nak membuang lagi tapi tak keluar pe dah...tu yang aku rasa nak ddok je kat toilet..perut dah bergelodak sangat...
Masih lagi bergolek2 melayan sakit construction di atas katil tu..uwaaaaaaaaaa cry**cry...
Mak gan hubby tukar2 masuk dalam bilik aku..

Nurse masuk tanya lagi nak ambil epi tak?..kalau ambil tak rasa sakit..u boleh baca paper lagi..ish sajelah ni nak tambah ongkos bayaran ni...huhu..tapi Dr.dan nurse2 di sini semua thumbss upp!!....k sambung balik,bukan ke sblm tadi bukaan ku dah 5cm,..sekarang mesti sudah buka lg bukan?..nurse tu pun seluk...huh ngilu...alhamdulillah dah 7cm..another 3cm..

BERTAHAN!!!!....BERTAHANNN!!!

Wahhhh construction datang jangan cakap la...baru nak rasa lega,sakit datang balik...huhu..nurse kata u kene rileks bagi percepatkan bukaan time construction datang... huh macam manalah aku nak rileks time sakit2 tu kan...ni bukan normal deliver..ni natural deliver wit any gas or watever... huhu macam manala orang zaman dolu2 boleh melahirkan anak yg begitu ramai..dasattt..wa salute la! 


**Tarik nafas,turun nafas**kuatkan semangat..

My hubby tak putus2 bagi kata2 semangat plus sibok capture muka aku yg dah macam sumpah sumpit menahan sakit ni....kenang2 kenangan katenya....tak pe aku suka...sayang kamu b...:) 



Jam 10:00pm- 10:52pm 

B sakitnyaaaaaaa....:(( suamiku cium ubun2 ku..takpe kite berserah je kat Allah..sabar ye syg..sakit bersalin ni nikmat Allah bg kat perempuan..:) 

huihh tiba2 aku boleh terfikir hal yang tak masuk akal....macam mana kalau aku mati mase beranak ni..ish dah cukup ke amalan aku???....macam mana anak dan suamiku...owhh suamiku dapat isteri baru...anakku???owhh ibu tiri..tidakkkkk..deym..my hubby cakap dah la tu yang jangan fikir bukan2 dah... 

Sakit ya amat...Dr. check bukaan dah 8cm...arghh y la the time is moving so slow....haishhh Makin kerap...makin kerap...makin kerap sakit itu datang..owhh sekejap je bukaan 8cm ke 9cm..dah tak tahan dah nak teran...rasa macam nak terberr.........
Dah tak reti nak bezakan samaade nak terberak ke baby nak keluar ni..sebab time ni rasa sakit je..so lupe la feeling camner nak berak ke pe kan...hehehe..mcm org2 slalu kate jgn teran sblum sampai 10cm nanti koyak banyak...so aku mcm tahan tak tahan gitu...kembang kempis hidungku menahan..huhu..tapi memang tak boleh nak control wa cakap lu..memang tak boleh nak di tahan2..mule2 masa class dulu sibok tanya how to push segala..tapi bila dah harungi sendiri detik itu automatic tahu macam mane push...so mummies2 kat luar sane dun worries k.. 


Tiba2 i heard myself screaming...eggeya%##3#9qchh *meneran* 
Doktorrr saya rasa nak teran dah ni...sakittt!!..
Nurse 2 orang tu siapkan peralatan semua...kakiku di naikkan ke ats..10cm..ok sue its time...U push bila sakit...bila tak sakit U rileks k..owh aku memang dah tunggu2 saat 10cm ni...aku teran dengan sepenuh tenaga aku...dalam kepala ni memang dah tak sabar2 nak keluarkan my baby ni...biarpun org kate sekejap je aku bersalin tapi pada aku masa sangat lambat ok.... 
First try kepala baby dah keluar and my hubby said u can do it syg..sikit je lagi..**dgn nada excited gile**owh suamiku sudah tidak takutkahh??...dia dilupakan perasaan takut darahnya masa itu kot...:) my hubby la yg jd dr.ku ketika itu..suara orang lain dah tak dengar dah..dengar suara hubby i je... dan aku rasa di guntingg di tuttttttttt.......OMG....tapi tak rasa sakit cuma memikirkan besarkah hasil guntingan itu....hahahah. 
Ok rileks sebab tak de rasa sakit and push and push again.... 
Ok masa ni Dr.kata ok sue sikit lagi...push kuat2...sebab masa ni nak keluarkan keselruhan body baby.. Rasa panas je kat bahagian bawah..perut kempis serta merta..magic kan.. 
3 kali push maka lahirlah si cilik itu pada jam 10:52pm..tu pun aku macam tak sedar baby aku dah keluar ke..sebab my baby tak menangis... 


Syukur Alhamdulillah Allah s.w.t telah titipkan keberanian kepada suamiku ketika aku benar2 perlukannya disisi waktu itu...syahdunyaa bila my hubby sendiri yang memotong tali pusat anak kami...ms awal2 dlu die kate mesti pengsann nampak darah ni...
Dah selesai,dr.terus letak baby kat ats badanku..barula baby nangis..ok kompem baby boy..:)dan aku rasa berat..semangatnyaa anak aku..hehehehe

Lepas dah nampak baby depan mata hilang semua rasa sakit...nurse bawa my baby keluar tuk dibersihkan dan my hubby follow skali tuk m'azankan baby...Aku sempat lagi tanya besar ke Dr.gunting tadi..hehehe..dr. kate kulit tegang tu yang u rasa time saya gunting...jahitan pun tak banyak....aku tersenyum...sangat exhousted ok..aku tido jap masa ni...sayup2 je aku dgr nurse cakap kat my hubby..""kuat semangat isteri u ni""...zzZZz 

Lepas tu nurse salinkan pakaian dan pakaikan pad semua..baby di letakkan kepangkuanku tuk nyusukan dia...sangat seronok masa ni..baby pun macam dah pandai cari nipple ibu dia..+__+.. Baby di ambil semula dan aku di hantar ke bilikku..tak lama selepas itu baby diserahkan di bwh jagaanku..sbb aku fully BF..rasa tak nak tido..asik nak belek je dia...tiba2 nangis...upsss tiba2 kuat lak nangisnya...ha gabra sudah...haha


Lain orang lain pengalamannya...syukur alhamdulillah sebab aku tak lama menahan sakit beranak...Pengalaman pertama ni mmg tak dapat ku lupakan...!!betapa besarnya pengorbanan ibu semasa melahirkan kite.. Fikir banyak kali bila suamiku tanya adik untuk Aqil...hah biar betul suami aku ni..begitu cepatt..aku kilanggg kahhh???..winkk~~



Ni lah dia hero kesayangan kami... Semangat kan..macam mane dia ddok dalam perut ibunya ni 10bulan lebih kan...hebatnya kebesaran Allah s.w.t 

p/s**kalau ku tahu berat bb 3.65 mau aku teragak2 menerannye...sbb lastly aku check up smgu sblm tu,beratnya hanya 3kg je. 



Alhamdulillah semuanya sudah selamat......Semoga anak ibu menjadi orang yg soleh..Aminnn



****Dan dgn kes2 pembuangan bayi,sanggup cekik, bunuh,tanam bayi hidup2...aduhaiii sedihnyaa....tak paham kenape mereka sanggup buat macam tu sedangkan nak melahirkan anak sgt SAKITT oke..huhu,orang yg nak dapat anak sikit punya payah....tapi mereka senang2 je membuang bayi tanpa rasa belas...tidak berperikemanusiaan...Bila dah dpt sedap!!!jgnla sedap2 je nak buang merata2...sudah tidak takut kah dgn balasan Allah.....Manusia ke binatangkahhh itu?????..Binatang pun tahu sayangkan anak inikan pula manusia yg ada akal fikiran...haizzzz


Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net