Diariummi Giveaway

Nak JOIN....Kelik SINI k.....

Tarikh tutup : 15 Mei 2011, 11.59 pm

 Tag : EimaCaa
                : Mama Aryan

Hubby pelik Baju dan Cadar kerap bertukar (:

Salam ukhwah semua..Saje nak share my new experience,sharing is caring kan..ni dah sebulan aku mengamalkan pengambilan Supplement ni..memang terbaikk!!!!...Alhamdulillah sehingga sekarang aku masih fully breastfeeding my little muchkin kesayangan..Setiap hari bekerja aku dok pikul beg hitam ke ofis,dah macam ultraman dah aku rase..tapi perasaan ibu yang gigih nak memenuhi demand pengisian perut si anak dengan susu ibunya..makanya hari-hari mesti aku kan pump susu 2 or 3 kali di ofis..selalunya sekali pump,aku akan dapat fully 10 oz untuk kedua-dua belah..bila balik ke rumah lak aku kan pump lagi 2 or sekali je pump untuk buat milk stok kan..Kat umah bagi direct feeding je..

Sehinggalah pada satu hari, anak aku lagi 3 hari nak masuk umur setahun, aku rasa susu macam berkurangan sikit..bila pump susu macam malu-malu  je nak keluar,dan waktu pengepumpan mengambil masa 20minit..lebih lama dari selalu..lagi2 kat ofis takkan aku nak melanguk duduk lama-lama dalam bilik pump susu kan..aku kene la kejar masa,sebab selalunya aku pump hanya mengambil masa 10 or 15min paling lambat.. Tahu-tahu je la kalau anak lelaki memang kuat meyusu kan,maybe susu keluar tak selancar dulu kot..tapi my baby tetap sulk sampai pedih-pedih je nipples ni..Aku tanya kat encik hubby, “I  runsing la tak tahula stress keje ke pe kan susu macam dah tak nak keluar ni?..pump2 pun sekali pump dapat 8oz je tu pun lame nak tunggu..tak ke kurang tu”Hubby i cakap maybe dah setahun ni susu dah tak banyak kot macam dulu,err pa pun tak tahulah..u try google dulu cari info..lelaki memang kan,semua serah kat kita..ye la kan nak cakap pe sebab derang lelaki tak de naluri keibuan macam kita..hahahaha.Seriusly sebelum ni aku memang tak de ambil apa-apa supllement untuk banyakkan susu. Cuma aku amalkan makan jantung pisang dan soya je, horlick pun kadang2 je aku minum..

Kawan aku ada sarankan pengambilan supplement ni,katenye memang berkesan..so pe lagi aku google la semua yang berkaitan tentang supplement ni..rata-rata  testimoni pengguna semua berkesan..blogwalking jumpe blog ni..aku pe lagi terus je hantar email kat akak ni nak order kau..Orang kata mane nak tau kalau tak try kan..aku memang nekad nak upkan susu. Aku beli Trial Pack setB RM80..Percaya atau tidak selepas pengambilan dalam masa 3 ke 4 hari memang dah nampak kesan dah..susu keluar meriah giler dah macam dalam pantang...aku pegi ofis breast pad tu pun aku tepek 2 skali gus..breast pun jadi berat tegang je,walhal aku baru je lepas pump..mungkin pemprosesan susu makin cepat kot...asal aku lambat pump kompem basah lencun la baju..ha lagi satu aku perasan susu jadi makin pekat dari dulu..so aku percaya la ada testimoni yg aku baca mengatakan yang cadarnya selalu di banjiri dengan susu je..hahahahaa sebabbbbnya aku kini juga mengalami keadaan yang sama,encik hubby pun perasan sebab baju dan cadar kerap tukar...kini dia cakap berkesan ye supplement Shaklee tu (:

Selagi ada susu ku ini..memang aku nak exclusive FULLY BF hingga umur anak aku 2tahun..insyaAllah...memang nekad habis sebab tu aku try supplement ni. Kalau tak percaya korang try la...kang kate aku tipu lak..tak salah cuba untuk kebaikan anak...syukur setakat ni aku mampu kekalkan sehari 30oz pada waktu kerja sahaja..bestkan..ape lagi jom la try supplement Shaklee ni(setB)..err aku dah macam promoter tak berbayar dah nie..ekekkee...kalau aku boleh korang pun mesti boleh...Jia Yu!!!mommies2  semuaa.....
banyak-banyak bersabar,yang penting usaha, Doa dan Istiqamah yang berterusan ya..

HAPPY BREASTFEEDING
WooT..Woot!!!!...


Terima Kasih Ya Allah...

Mahu mencuba??....Korang ushar kat belog ni k... http://myziemah.blogspot.com..
thanks kak zimah..:)



err korang..jangan lupe Vote video my baby.....VOTE hari-hari tau..kelik SINI
Mekasihhhh banyak2...sayang korang..chup!!chup!

Doa untuk ibu bapa

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 


CariGali dari Halaqah.Net

dun forget ya hari-hari kasi vote video my baby HERE..tak boleh vote banyak-banyak dalam satu hari tapi boleh VOTE hari-hari okey.................Tenkiuuuuuuuu

Kasihnya Ibu membawa ke syurga

Selamat Hari Ibu mak, mom, Ibu , mama...sayang sangat kat mak semua......alangkah baiknya kalau mak sendiri, mak mertua ade berdekatan...sob sob..+____+..adoiii rasa nak balik jb sekarang jugak nak pelok cium mak...kalau boleh hari-hari mau...windunyeee.
Being a great mother is a very hard role, but mom you’re the star for this one I know, I love you Mom..chup!chup!!


Mari hayati sepotong hadith di bawah :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم



Maksudnya:

Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
.
.

.

.

.

Renungan Buat Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu



Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Renung-renungkanlah...Hargailah Ibu anda selagi dia masih ada.....





 To all mommies outhere Happy Mother's Day............................ 

eh jangan lupe ek VOTE video my baby...vote hari-hari tanpa jemu tau..klik je SINI.
tenkiuuuuu 

Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net