Adakah anda sering mengalami masalah-masalah yang berikut????
1) Berat badan tidak dapat di kurangkan dengan cara senaman dan kawalan makanan.
2) Keletihan dan stamina makin berkurangan.
3) Sengal pinggang dan sakit belakang yang tidak di ketahui punca.
4) Paras lemak dalam darah tidak dapat dikurangkan degan apa cara sekalipun.
5) Perut kembung, penghadaman tidak lancar.
6) Rasa sesak nafas.
7) Kerap menghidapi running nose.
8) Hilang kesabaran dan cepat marah.
9) Hidung sensitif.
All the above problems can be solved if you choose the right food according to your blood group. Do you Believe that???
The Secret of Health and Longevity :
Eat the right thing rather than Eat the best thing
Makan dengan betul lebih penting daripada makan dengan baik
Penyelidikan Perubatan menunjukkan bahawa, makanan yang kita makan adalah berkaitan dengan kumpulan darah(gen). Ini bermakna orang yang memiliki kumpulan darah yang berlainan harus mengamalkan tabiat makan yang berlainan. Ini adalah kerana setiap kumpulan darah mempunyai antigen-antigen yang tersendiri, dimana antigen-antigen ini perlu sepadan dengan faktor pembekuan darah (sejenis protein) yang berasal dari tumbuhan. Jika tidak,sel-sel darah merah dan putih,saluran pencernaan dan sistem saraf akan rosak dan seterusnya mengakibatkan barah serta kemunculan penyakit-penyakit lain.
Pakar dalam bidang rawatan semulajadi yang terkenal dari Amerika, Peter J D'Adamo menyatakan bahawa terdapat hubungan di antara kumpulan darah dengan makanan, berat badan dan penyakit. Beliau juga menegaskan bahawa kumpulan darah seseorang menentukan jenis-jenis makanan yang di perlukan oleh tubuh badan mereka. Profesor Dietetik dari Universiti Seattle, Dr Parker Lewe pula menyatakan bahawa badan setiap orang berbeza antara satu sama lain,jadi makanan yang tertentu tidak semestinya sesuai untuk semua orang.
Jenis Kumpulan Darah kita merupakan kunci kepada misteri kesihatan, umur panjang, penyakit, tenaga fizikal dan kekuatan emosi. Jenis darah akan menentukan keupayaan kita untuk mendapat penyakit dan makanan yang harus di makan. Jenis darah merupakan faktor yang menentukan tahap tenaga,kecekapan membakar kalori dan tindak balas terhadap tekanan. Ia merupakan kunci kepada keseluruhan sistem imunisasi tubuh.
Pernahkah anda terfikir mengapa ramai orang mempunyai tahap kesihatan yang rendah atau lemah akibat penuaan ,sementara yang lain kelihatan sihat dan mempunyai kehidupan yang bersemangat walaupun sudah berusia??
Many of these biological differences can now be explained by the science of Blood Type.
Pengaruh Jenis Darah - Jenis darah dapat mempengaruhi setiap aspek fisiologi pada tahap sel tubuh anda. Ianya berkaitan dengan bagaimana anda menghadamkan makanan, keupayaan untuk bertindak balas dengan tekanan, keadaan mental, kecekapan metabolisme badan dan kekuatan sistem imunisasi tubuh.
BLOOD TYPE O
Makanan yang sesuai - Daging, Protein haiwan daripada sumber makanan laut.
Masalah yg sering di hidapi - Masalah usus dan perut, peredaran darah yang kurang baik, sakit pinggang dan tulang belakang tanpa di ketahui punca, badan yang berasid, kegemukan, paras kolestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, pengerasan dinding salur darah jantung, arteriosklerosis, Gout, Penyakit Barah.
BLOOD TYPE A
Makanan yang sesuai - Sayur-sayuran dan Buah-Buahan
Masalah yang sering di hidapi - Hilang kesabaran dan cepat marah, rembesan sebum berlebihan, perut selalu kembung, penyakit jantung dan masalah saluran darah, barah, ulser gastrik, kanser perut, kegemukan.
BLOOD TYPE B
Makanan yang sesuai - Susu dan produk Tenusu
Masalah yang sering di hidapi - Sistem saraf yang mudah mengalami kerosakan dan menyebabkan "trigeminal neuralgia", kesukaran tidur lena, sakit kepala, penyakit hati dan saluran hempedu, masalah haid, sakit belakang yang tidak dapat dikenalpasti punca, penyakit jantung dan kegemukan.
BLOOD TYPE AB
Makanan yang sesuai - Kebanyakan makanan yang sesuai untuk darah jenis A dan B
Masalah yang sering di hidapi - Hilang kesabaran dan cepat marah, perut selalu kembung, penyakit jantung dan saluran darah, barah, masalah usus dan perut, kegemukan, kerosakan sistem saraf yang menyebabkan"trigeminal neuralgia", kesukaran tidur lena, sakit sakit kepala, penyakit hati dan hempedu, masalah haid dan sakit belakang.
Ok...stop dulu ye..nanti kite cite pasal character pulak...stay tune!!