Semanis Getas. Kuih feberet sepanjang zaman ni. Lagi kecik suka makan dia tau. Kalau dulu masa duduk dengan mak boleh la request memacam kan. Ni dah berumah tangga kene la buat sendiri..hihi. Rasanya orang jawa je kenal kuih ni. Tapi kuih ni dah agak di kenali ramai la berbanding dulu susah gak nak cari. Tapi macam biasa la, buat sendiri dapat banyak puas hati, rasa pun sedap.
Jom try resepi mudah ni.
Bahan-bahan :-
- 2 cawan tepung pulut
- 1 s/b tepung gandum
- 1 cawan kelapa parut(muda)
- Air suam secukupnya untuk menguli
- garam sikit
Cara-cara:-
1) Gaul tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam.
2) masukkan air suam dan uli hingga jadi doh yang lembut (masukkan air sedikit demi sedikit)
3) Bentukkan lonjong dan leperkan ikut suka
4) Goreng
5)Sira dengan gula( macam buat kuih keria)
Cara buat gula sira:-
-2 s/b gula pasir
- 1/2 cawan air
Caranya- Didihkan air dan masukkan gula. Tunggu hingga berbuih-buih, bertali macam boleh di tarik tu dan gulanya pekat. Masukkan kuih dan gaul rata. Tutup api bila gula dah mengeras dan rata.
Sedia untuk di hidangkan.
Getas Sedap..Trylah..:)
10 months ago