Assalamualaikum semua...
Dah lama rasanya jari ni tak menaip entry sensasi cewah.
Saya tahu ramai yang nak tahu macam mana saya transfer online ke ASB kan..mudah
je main pakai klik klik je.
Saya pun baru je tahu sebab selama ni dok tunggu
turn nak berurusan di kaunter..Terima kasih kat Miera...dia
yang buat tuto macam mana nak go thru online..so hari ni meh kita share sesame.
Sharing is Helping kan?...walaupun kita tak pernah bersua muka..hanya
berdondang sayang kat blog je kamu kamu kamu kamu semua kawan saya yang saya
sayang..haha.,**ayat tak boleh blah**.eh betul lah..tak tipu...:)
ok sesiapa yang dah tau tu dok dendiam je la ek..saya nak bagitahu yang belum tahu je..:)
Ni saya
tunjukkan cara cemane nak daftar. Ye uolls. Kene daftar dulu baru boleh
jalankan sesi transfer bagai. So sila sediakan buku ASB kat sebelah anda untuk
memudahkan rujukan. Okeh!!Lets start,
Langkah Pertama,
Klik ke
bahagian Investment dan nampak tak ASNB Unit trust tu.
Langkah
Kedua,
Then uolss klik button add tepi tu k.
Langkah ke Tiga,
Selected
kat Amanah Saham Bumiputera then continue
Langkah
ke Empat,
Baca
semua T& C sampai habis then tick kat kotak kecik tu then tekan continue.
Langkah
ke Lima,
Sila
isikan kesemua maklumat yang diperlukan ya
Membership
no : No ASB anda
Member ID
no : No kad pengenalan anda
Members
name : Nama anda
Then klik button continue dah tamat register..:)
Nanti uolls check balik la. Status dia akan pending. Usually approval dalam 2 3
hari gitu untuk status bertukar kepada Active.
Bila da dapat status Active, korang klik kat ASNB
Payment tu dan buatlah urusan transfer seperti biasa. Sama je macam korang transfer duit hari2 tu :)
Waktu
urusan transfer pula hanya pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang sahaja. Dia akan proses pada hari yang sama.
Okeh done...guyss cepat register..tambah lagi satu keje senang..yay!