EBM - Penyimpanan & Pengendalian Susu Perahan EBM

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU PERAHAN IBU
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas dilabelkan..;)..macam saya  guna sticker yang color2 tu senang..sebab malas nak potong2 masking tape,.hihi
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah(saya perah ikut sukatan siap2..mcm masa baby 3 oz setiap botol,bila umur baby meningkat saya sukat 5 oz terus..sebab baby boy kuat menyusu...hikhik
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2oz–4oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
 
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam


Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais..saya sediakan 2 cooler bag..satu bawa ke ofis satu hantar nursery..
Di Rumah
  • Susu yang beku di atas hendaklah di turunkan ke bahagian bawah untuk bekalan susu anak anda pada keesokan harinya..tak la esok pun masih keras bedentum kan..
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
  • Keluarkan botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Sebab itu pentingnya label tarikh tu..;)


JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

** Susu yang sudah di keluarkan atau di panaskan hanya bertahan selama 1 or 2 jam..tapi saya selalu remind kat nursery 1 jam je..lepas tu mesti buang..tapi alhamdulillah anak saya tak buang..setiap kali bagi susu je habis, tak cukup ada la..haha..bayangkan saya bekalkan dia 8 botol  yang berisi 5oz sehari..kadang2 tak cukup..memang baby boy kuat menyusu...


Kene kuat semangat sebab nak susukan my baby till 2 tahun...:)...setiap kali lunch saya mesti makan ulam jantung pisang..memang terbaik...susu meriah sangat..setiap kali pump mesti cecah 5oz kiri dan kanan..so 12oz..setiap sekali pump..saya buat double pumping terus..pada saya kalau pump sebelah2 susu memang payah nak keluar..so satu hari saya dapat kumpul 30 oz..kadang2 lebih...saya pakai spectra 3 je..buat masa ni tu je yang mampu..tapi alhamdulillah memang banyak membantu..:)...lagi satu saya tak suka campur susu perahan..kalau kiri,kiri je..kalau kanan,kanan je..sebab mak saya kata belah kanan tu nasi,belah kiri tu air...eh ye ke..?


kalau tanya memang nak Medela freestyle lah...hihi.(^___~)

p/s : Kat bahagian peti sejuk beku memang semua stok EBM Aqil je...hihi..dah takde ruang untuk letak bahan-bahan basah...ekekee..Mak kalau datang siap bawa deep frozen nak letak ikan,ayam segala...;)






0 para komentar yg gorgeous:


Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net