Banana Choc Chip Cracked

Assalamualaikum uols,

Saya memang suka ajak anak saya ni masuk dapur. Saje nak bagi dia buat aktiviti kan. Let him try something new everday..Dia gembira,mummy bahagia. Ibu disisi setiap hari, tentulah happy sokmo kan. Aktiviti ni 4 hari yang lepas,ayah pergi kursus. So mari kita membaking ye nak.

Alah tak susah mana pun,siap-siapkan bahan -bahannya. Kita dah siap-siap potong buah,ceri,coklat chip kita dah sediakan. Lepas tu kita bagitau dia step by step nak buat apa. Dia sukalah,lagi-lagi part letak buah coklat semua. Sebab dia tak sabar nak cake tu siap cepat. Dia cakap bu,cepat dah siap!..haha..lepas tu pat cepat masuk lam ni>msuk oven<..Nak makan.Sedap! Dap!

Aqil ni memang suka makan cake, cookies, kuih,donut,pizza. So bestlah buat-buat benda ni sama-sama dengan anak. So far aqil ni tak lagi sepah-sepah tepung kat dapur, dia memang nak buat apa yang kita buat. Dia perati je, Lepas tu dia suruh kita duduk dia yang buat semua. Suka kan kalau anak rajin, kalau kita tak bagi dia buat,mau dia jerit depan gate tuh..masak kepala i tau.

Tak sabar nak tunggu anak dara i ni besar. Boleh join sesama main tepung...

Ok meh layan gambar, Lastly,Presenting, salah satu alternatif lain nak bagi anak bujang tu makan pisang, Hancurkan cornflakes atasnya,tabur choc cip. hurmm kalau tambah Hershey syrup dengan aiskrim lagi mantopp!!!..I named it "Banana Choc Chip Cracked"

yummiesss....Lemak bertengkek-tengkek lah duduk rumah ni.haha

Lala Masak Pedas Simple tapi Sedap

Masakan Air tangan ibu memang sedap.Aqil tiap kali makan mesti cakap.hurmm sedap.sedap bu. Lala masak pedas ni simple je tapi sedap. Terangkat wa cakap lu. Bahan-bahan pun simple..


Bahan-bahan :

-1/2 kilo lala (dibersihkan)
-1 sudu besar cili giling
-5-8 biji cili api (diketuk) kalau nk pedas tambah lg k
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 cm halia (diketuk)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 3 helai daun limau purut
- sedikit sos tomato
- sedikit sos cili
- sedikit kicap manis
- sedikit daun bawang / daun sup(dihiris)
- sedikit garam
- minyak untuk menumis



Cara-cara :

1. Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut. Kacau sebati.
3. Masukkan lala dan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan daun bawang dan masukkan garam.
5. Hidangkan setelah masak.




Yummy..siapa kata ibu bekerjaya tak bole masak..cubalah..;)


Tips BerCERAI PAMPERS

Salam loveliess,,...

Haha...boleh pulak tajuk pun nak cerai gak...ekekeke,
Okay berpegang kepada ayat ini.
" Anak tak akan buat apa yang kita suruh, Tapi Anak akan ikut apa yang kita buat"

kau cakaplah sepuloh juta kali kencing dalam toilet. Mula-mula je dia akan ikut, kita pun as a reminder asik nak selalu ingatkan. Abang bila nak kencing bagitau ibu, kencing dalam toilet k. Dia faham tapi budak-budak ni dia tak akan kekal macam tu. Misalan dia tengah syok-syok main kan lari sana sini, lepas tu dia pun tak de masa nak panggil kita or terus pergi toilet. Di sebabkan rasa kekucilan yang melampau tu dia hilang fokus kot toilet tu kat mana. lalu dia pancut je la kencing merata-rata. Apalagass si ibu-ibu pun jadi Hulk serta merta kan. Betul tak??..Kalau tak jadi hulk pun uols mesti marah sikit then cakap kat dia kenapa kencing kat sini?. What do u expect dari budak umur 2/3 tahun ?Ko berbebel pun belum tentu dia faham dan memang tak faham pun. 

Ok sampai bila kita nak berada dalam situasi macam ni je kan. Pada mulanya saya selalu cakap kat dia, abang nak kencing panggil ibu k. Dalam satu hari tu banyak kali kot saya tanya dia nak kencing ke tidak?. Saya rasa kalau dia dah faham tentu boring sebab ibu asik tanya je kan..hahahahaha. Bila dah bawa ke toilet saya suruh dia cangkung ok boleh pula dia kencing, so saya fikir mesti dia ni tahan kencing. 

Pada mulanya saya belikan dia potty trainer yang cute-cute tu dengan harapan dia nak guna la bila dalam toilet. Tapi harapan tinggal Harapan..haha. Mula-mula tu kita ajar dia suruh kencing dan berak kat situ. Tapi dia cuma gunakan mendealah tu bila kencing je. Ok dia memang dah tak kencing merata-rata, sebab saya suka ajak dia pergi toilet. Jika saya nak pergi toilet mesti ajak dia, lepas tu suruh dia kencing atau tanya dia samaada dia nak berak ke tak. Saya nak suruh dia faham yang kencing dengan berak ni hanya di TOILET, tak boleh sepah-sepah tak elok. Budak-budak ni fast learner, dia dah faham. bila dia nak kencing dia akan cakap kat saya "bu,nak encing"bu,nak yak".

Macam tadi saya cakap yang dia guna potty trainer tu untuk kencing je kan. So berak macam mana pulak?. Bila berak dia berak bersepah dalam toilet..hahaha, lepas tu dia jerit eiii eiii eiii..kahkah, apa yang saya buat mulanya letak potty train yang bentuk macam tempat duduk yang kecik sikit atas mangkuk jamban tu kan, lepas tu suruh dia duduk atasnya, hurm bertahun ibu tunggu tak nak keluar juga hasil. ye ye je ibu cakap uk uk uk uk dia lagi suka sebab dapat main air kan.

So saya nampak dia ni jenis perati je apa yang kita buat. Masa dia berak bersepah dalam toilet tu, kau rasa aku buat ape?..mestilah saya kutip cuci kan najis tu, pakkal la najis anak oii..kahkah..dia lak boleh cakap eiii usyukk eiii usyukk busyuk..tau pulak kau busuk ye.
Okay so lepas tu apa yang saya buat, tiap kali pergi toilet saya akan duduk kat jamban tu, motif?. nak suruh dia tahu yang ibu dia tiap kali berak kat situ. Lepas tu cakap kat dia Abang kalau nak berak macam ni tau, duduk sini macam ibu buat. Lepas tu saya tengok dia ambil potty train dia tu dia pun duduk situ sambil mulut dia ukk ukk ukk. Boleh pulak dia tanya saya ibu dah dah..

Bila dia dah selalu tengok kita duduk kat mangkuk jamban tu kan, mestilah tarik minat dia kan. budak-budak memang macam ni, apa yang kita buat semua dia nak buat. So tiap kali dia nak berak dia akan duduk kat jamban dah. Bagus..BERHASIL!!

Nows Abang aqil dah 9 bulan tak pakai pampers. Kencing Berak semua dah pandai masuk toilet cuma part cebok tu dia pancut juga air tapi macam mandilah basah satu badan, then dia akan jerit ma, ma bu ibuuuuuu...dah finish.haha. Cuma kadang-kadang kalau keluar berjalan tu saya pakaikan juga pampers sebab pernah satu kali tu jalan tengah jammed, dia boleh kata nak berak!..hahahaha.

Pernah sekali tu kan, masa kat umah saya tak faham apa yang dia maksudkan, dia nak kencing tapi dia cakap apetah tak ingat, saya pun tanya aqil kenapa, nak ape?..dia boleh pulak menari-nari,lepas tu terkepit-kepit berpusing-pusing, rupanya sampai sekarang saya noticed yang dia suka menari bila nak kencing. Dia buka seluar terus lari masuk toilet.Mungkin skill tahan kencing sebelum sampai toilet kot..haha

Lagi satu tragedi masa tengah shopping baju bajan, kan ada fitting room banyak-banyak tu kan, dia cakap nak berak lepas tu dia terus pergi dalam fitting room..hahahha..mencicit cicit saya suruh ayah dia bawa pergi toilet. Dia ingat fitting room tu macam toilet sebab toilet public kan berderet panjang..lawak betul!

Okay make sure sebelum tidur tu dia kencing dulu, kalau tak menangis lah korang nak p jemur tilam tebai oii..i tak bersedia u, mau kene bebel sejuta kali..lol

Okay uolls Get what i means, U all buat apepun confirm dia akan ikut..Inshaallah. ingat tau bukan menyuruh ,budak-budak ni dia bukan macam orang tua faham bila di suruh..Kalau faham pun 2 ke 3jam je dia akan ingat,paling lama 2 ke 3 hari lepas tu buat balik.Yang penting jangan marah. Don't said No' Jangan. Nanti uolss juga yang penat bila membebel tu kan..:D

Next year dah nak 4 tahun, dah besar nak pergi School dah anak ibu..:)

................................

BerCERAI susu

Assalamualaikum,


Kedua-dua anak saya memang saya bagi exclusive breastfeeding. Memang tak de campur dengan susu formula, cuma tentang penyediaan je yang berbeza sebab masa anak pertama dulu saya masih bekerja, so lebih praktikal, kene prepare stok susu bebanyak. Satu peti ais penuh susu je. Tapi tu semua bukan bebanan okay, Anak kedua lebih mudah sebab saya bagi direct feeding je sebab dah duduk rumah kan. Lapar je sua je nenss tu, senyaplah dia..hehehe.. Tips nak susu banyak ni uolls jangan stress mesti rasa happy je sentiasa. Milk Booster secara semula jadi..:). Mudah-mudahan dapat juga menyusukan anak kedua ni hingga 2/3 tahun. Aaminn.

Okay ni nak cerita anak sulung saya, Abang aqil memang tak nak minum susu lain selain susu gantung mak dia ni. Lebih 3 tahun lah. Even saya mengandung anak yang kedua pun dia masih menyusu. Doktor kata tiada masalah dan terus bagi sokongan. Hingga saya dah bersalin pun dia masih menyusu, adik puting kanan, abang belah kiri..Saya cakap kat dia, Abang dah handsome tak pakai pampers dah tapi masih nak (ashue)susu lagi. Malu ah, (ashue)susu adik punya, nanti dia cakap No No, kadang-kadang tu dia tolak adik tak bagi adik hisap nens.Ngengada sangat si abang ni tau. Saya dah macam beranak kembar pulak..haha..Bonding antara mak dengan anak memang kuat bila BF ni. Manjers sangat dia ni.

Tapi lepas dia demam kan. Ha lagi satu anak bujang ni susah sangat nak makan ubat. Memang tak jalan la kau pujuk macam mana sekalipun. Dia boleh tutup rapat-rapat mulut tu, ketap gigi then buang balik ubat tu..Huh. Ha siaplah kau bila mak dah jadi Raksasa Hijau kan..Memang ku buka mulut dia kene sumbat gak ubat kalau tak demam dia memang susah nak kebah. Lagi kau menangis lagi mudah keje mak kau ni...hahahha, ye la mulut dah ternganga luas kan.

Bukan tak berusaha ceraikan,tapi memang tak jalan kau letak lah kunyit ke segala bapak kunyit, dia boleh slamber je hisap lagi.lol.Mungkin dia stop sebab dia takut kene makan OBAT!!..hahaha...yurp tiap kali dia nak susu je saya mesti cakap okay, abang kalau nak susu makan ubat dulu k. Mesti dia kata tak nak. Sedih pula rasanya bila dah berpisah ni, kadang-kadang kelakar tengok peel dia, die boleh nak cium je nens tu,lepas tu mesti nak tidur bawah tangan saya selagi dia boleh dekat dengan nens tu. Nanti dia cakap kat saya, nak yum je (cium).lol

Sekarang ni dia minum susu Fernleaf Coklat, bab susu formula ni nanti saya cerita kat entry lain k.

Ha barulah Handsome anak ibu. Tak pakai pampers lagi+ Tak hisap nens lagi..Good Boylah. Sayang dia.


Kedai Lampu Perhiasan paling MURAH, Puchong


Saya rasa kalau korang google nama Kedai Lampu ni sure Rating paling tinggi, Sebab Ape?..Memang murah murah lampu kat sini, Design cantik-cantik, harga memang tip top. Servis terbaik, jurujual friendly je semua.Saya dah survey kot seluruh Puchong, memang kat sini yang paling murah. Kalau bab survey dan buat perbandingan harga ni memang serah kat perempuan, kalau ikut suami memang main pakai beli je..hihi. Takkan nak main pakai beli je, kita nak beli banyak bukan satu ye dok. Kedai-kedai Lampu yang lain memang mahal, kalau tulis SALES pun macam tak de sale je..Mahal ya rabbi.


Sabar! Sabar!


Okay ni nama Kedai Lampu ni “ HOUSE OF LIGHTING” kat Puchong. Kalau tak tahu boleh Google ye. Kedai dia dibuka setiap hari hari. Hari SELASA hingga AHAD pukul 10.30am hingga 8pm. Hari ISNIN off day. Weekend macam biasa la ramai bersesak-sesak dalam tu. Masuk je kedai ni sure leher kepala tegang je, mana taknya asik pandang atas je kan, lampu pula lawa-lawa..hadoii memang rambang mata. Dahla dengan menggendong anak dara ni. Anak bujang jangan cakaplah berlari-lari main-main suis lampu buat macam rumah sendiri kan..hahahaha..Lampu, Kipas tuk bilik anak-anak pun cantik. Saya ada minat satu kipas tu, dia bentuk ladybird, colourful sesuai letak kat bilik anak-anak. Harga boleh tahan, tapi tak jadi beli sebab boleh dapat 2 biji kipas biasa..hahahaha, ye la dah ada aircond letak kipas cantik-cantik macam buang duit je. Letak kipas biasa sudah.janji boleh pakai.

Memang MURAH!! MURAHHHH sesangat, Berbaloi Baloi. 

Yang mana tengah nak mencari Lampu, Chandilier, Kipas, segala jenis macam lampu dan kipas ada, bolehlah pergi sini ya, pasti tak menyesal. Keluar je kedai tu pasti sengih je sebab dapat barang idaman hati..cewahhh..Hubby i siap pergi balik kedai tu sebab apa? dia nak tukar suis yang color2 tu..So tiada lagi Lampu Kalimantang..eh betul ke eja macam tu..hihi. Kalau korang nak beli lampu LED tu pun murah baru RM29 paling murah, simple tapi terang, tak pakai banyak Karen sangat..saya pakai lampu LED je letak kat dapur.Design banyak ada petak, bulat, bunga, nak lampu kuning,nak lampu putih,lampu color2 semua ada..:)


Punyalah banyak jenis lampu, uols pilih je nak macam disko semua ada..haha, lampu perhiasan yang letak tepi tembok pun ada murah-murah lak tu, nak berjurai-jurai, yang elegan semua ada..geram rasa macam nak borong semua.tapi saya tak beli banyak pun rasa macam buat sempit rumah je. Saya suka simple-simple je. Kipas pun murah sangat 5 blade ada remote baru RM125. yang biasa murah je RM99 3 blade, yang 5 blade 110-120 macam tu, masih kira murah ok..kedai lain tak dapat harga tu. Color boleh choose Black, Cooper, Silver, white. tapi Kipas ni cepat habis. ye la murah ramai orang beli banyak.

Ok meh tengok lampu, saya amik mana yang sempat je la ek..Pergi dan tengok sendiri baru puas hati.




Best kan.....:)

Pix yang bawah ni saya nampak kat Google, cuma nak bagitau uols harga dia RM99 je tau, tapi suami i tak suka design topi-topi macam nih..haha



Babai

Anakku memang lambat berGIGI

 



Apa perbezaan antara dua gambar di atas?...hehehe
Kedua-duanya anak saya. 
Yang atas si abang masa umur 10 bulan,
Yang bawah si adik kini umur 9bulan. 
OOhh Teee Dee la kengkononnya....Abang dan adik pakai baju dan seluar yang sama..Off course lah baju dan jeans si abang dulu..guna pakai sajo..janji ROWK!,..:)

** Ibunya tu tetap satu, ye la sama ibu kan..kahkah, rasanya gambar dulu tu pipi i macam tembun sikit lepas tu mata pun nampak besar sikit, sekarang macam kecik sikit, pesal ek?..Kau nak kata sekarang kau lagi cun ke hape?..hahahha..bolehla di kategorikan seperti itu, eh aku tak kata la orang yang kata...Alhamdulillah. lagipun semua ni pinjaman dunia je. Biar kita cantik di dunia dan di akhirat.Ni semua gara-gara Ferwhite dan Aurawhite. Pergi salahkan mereka sebab buat aku cantik. lol> Sila Muntah Kahak Hijau <

Nak cantik di dunia- Makan la ape pun janji kulit mulus gebus. (psst: Kalau nak beli Ferwhite or Aurawhite bole roger kita sebab kita jual) lalalala~

Nak cantik di Akhirat- Tambahkan Iman, Bila Hati kita bersih Automatik muka kita nampak Cantik..Setuju?. sejuk je mata memandang

Ok berbalik kepada tajuk di atas, bukan nak ngomel banyak pun kan..sok sek sok sek pun dah buang masa. Kedua-dua anak saya ni memang lambat tumbuh gigi, Member-member dia yang lain semua dah 4/ 5 batang gigi. Baru saya perasan si abang umur 10 bulan pun masih bergusi, adik kira cepat sebulan je dari abang. 9 bulan tu pun baru tumbuh satu gigi bawah. Tapi dah berdiri, berjalan tapi pegang-pegang tepi, dah panjat grill, dah laju naik tangga. So betul lah orang kata ya kalau cepat berjalan lambat tumbuh gigi. Jika cepat tumbuh giginya lambat dapat kaki. Wallahualam.




Throwback gambar abang ..10 bulan dah pandai bawa kereta kau..



Selamat Hari sabtu...:)


Follow my IG

Assalamualaikum, 

Anak-anak pun masih tidur lagi, nanti dah bangun tak de nye boleh mengadap benda ni. Almaklumlah derang ni bila dah bangun non stop main,tak letih kot, maknye yang letih.. So nak update belog ni punya pasal kelam kibut la rasanya..hahaha, 

So saya banyak update gambar anak-anak kat Laman Insta je..ye la post gambar banyak-banyak je pun tak perlu idea menulis..lol 



Kalau sudi Follow la ye..Hurm acct ni saya privacykan. So tunggu saya Approve k.

Asuesiskandar

Budget Retis pulok!..nak tunggu Approved bagai...wink***

Ting..tukar balik

Baru je semalam tukar header, hari ni dah tukar lagi??

Alaa tukar balik ke design pertama je, sebabnya i rasa bersih, jiwa tenang je tak serabut sangat mata memandang. Biarlah kau kata skema ke aku memang skema kot..arghh pedulik janji cantik bersih pada pandangan mataku...huehuehue

bye, 

Bertukar!!!!! lol

 

Header Cun derr...

Salam loveliess,,,

Nampak tak perubahan belog eden nih..nampak tak tajuk yang tak boleh blah tu..hahahaha..saje la malam-malam ni cari mood. Tuan tanah pun dah muak tengok rupa blog ni asik wajah lama je kan, apetah lagi uolss mesti bosan tahap gaban kan.
Hurm dengan sebelah layan anak dara ni dengan ipad dia, anak bujang i sibuk joget terloncat-loncat atas katil layan pororo dia, dua-dua masih segar mata tak tidur lagi waktu cenggini. Sambil layan derang ni tangan mummy pun laju design header baru. Idea tak ada tapi jalan je la janji tukar header ni.lol

Design ada banyak tapi tunjuk yang lawa je la kot..bahahha

Design pertama macam ni rupa, suka sebab dia nampak bersih je cuma nampak ayat-ayat macam skema pulak..:)

Ni Design kedua..konon nak bagi text tu macam style sikit tapi rasa macam dah terlebih edit pulak, tak best.comot

Ni Design ketiga, yang mana terpilih, sebab aqil choose this one..he said, ni lawa bu..ni! ni!saya tak sure dia kate mak dia yang lawa or header ni..off course la mak dia kan..>perasan



Rasanya macam serabut juga tapiiii nampak macam Art gitu.Art lah sangat kenn...cun la pada mata aku..mihmihmih.




Ok Sekian,



Kalau sudi follow la IG saya ye- Asuesiskandar-


Berbakti kepada tanah

Assalamualaikum..

Sebenarnya tak tahu apa yang nak di coretkan dalam blogku ini..kadang-kadang banyak nak cerita tapi atas kekangan masa tak sempat makanya basilah cerita tu kan...hihi..korang ingat tak dari sejak saya mengandungkan anak pertama saya ada satu hobi iaitu bercucuk tanam..ecewahh walaupun tanam dalam pasu je kira berbaktilah jugak kan..lol.

Walaupun saya ni kategori yang suka bunga-bunga hidup tapi saya lebih bahagia jika tanaman saya gemok-gemok tau. Walhal tak pernah lagi tanam bunga..eh saya suka bunga lily,orchird,rose ada lagi tapi tak sure namanya lah..haha.

Okay cerita pasal pokok.Tanaman ku yang menjadi cuma Pokok kunyit,Pokok Kari,Pokok cekur,Pokok Kucai, Daun kesom pun baru nak merimbun balik. Yang tak jadi Pandan, Pokok cili padi, Pokok Halia..haih payah juga ye. Dah banyak kali tau,bila dia dah gemok dah keluarkan hasil lepas tu dia mati.:(

Yang Pandan, Kesom,cili,tomato mati dari rumah lama.Cuaca panas saya siram banyak air pun dia tetap kering..huhu.Paling tragis bila kesemua pokok tanaman saya ni mati. Macam kene racun tau sebab saya letak tanaman semua kat luar pagar.Sebab kalau kering dia tak macam tu..ni terus macam rumput yang lepas di racun, terus kuning kering sampai ke akarnya kan.Macam tu la rupanya.Hurmm sapela yang pedajal tu..Jelly la tuh..hikhik.malas nak amik port sangat.

Di tambah pula, Jiran cakap anjing yang selalu berlegar legar depan jalan kawasan kiteorang tu ditemui mati kat kebun tepi tu..anak beranak kau mati.jiran tu kata macam kene racun.Masa pokok pokok saya tu mati masa tu jugalah anjing tu mati. Ha btol lah kan macam kene racun kan.Sampai sekarang kot saya masih fikir siapalah yang tergamak meracun binatang. Walaupun saya ni hati kering tapi tak tergamak buat macam tu kat binatang walaupun dia HARAM. Kesian kau. Anjing tu betina dia ada anak 4. Semua mati.:((..Wallahualam.fikir positif je mungkin dah sampai ajal dia kan.:)

Anjing tu tak kacau orang cuma dia berlegar-legar depan tu. lagi-lagi depan rumah saya. Time kereta kiteorang balik dia anak beranak mesti jemput depan tu..macam tau-tau je kan.Dengan orang lain tak macam tu.Mungkin anjing hutan kot. Kita pun suka bagi sisa-sisa makanan yang tak habis tu tuk dia,campak je kat kebun tu. Kalau ada roti ke pe kitaorang bagi..Aqil pun siap campak roti dari dalam gate je la..hehe..kalau ikut dia mau dia kejar-kejar Dog tu dia ingat Cat.

Hoi mak encik mau cerita pokok ke binatang nih..hehe..ala biasalah mesti ada kisah sampingan baru banyak sikit nak coret kat sini kan.>mata ke atas<

Oklah ni pokok saya yang baru nak putik balik..huhuk..Pokok cili nanti mesti kene tanam balik.cili kan mahal..Eh ada pokok khailan tetiba nak hidup..ala pasu cenonet besar mana je ko nak..nanti mak tukar pasu ek.Psst rasanya nak tanam pokok serai dalam pasu la..haha..Satu je Serai ni bila dah merimbun saya takut nak p ambil..acaner tu.haha.

Semoga tanaman aku semakin gemok dan gebus macam tuannya..bahahaha..Rumah tak de tanah so semua kita PASUkan. Ada aku kisah?

Eh sebenarnya nak tukar pasu-pasu tu dengan pasu yang panjang2 tu kan. nampaklah kemas je..tapi tapi tapi takut pulak pokok tu mati..sebab ingat mak cakap kalau nak alihkan pokok kene cepat2.kalau tak nanti akarnya masuk angin tu yang tak jadi..ohhhh macam Bantat ye mak..

BANTAT??? Asal boleh je ekau ni nak.

Bye;)

Kuih Cara Berlauk

Dari puasa haritu hingga dah habis raya kot saya baru nak post cara buat kuih ni..hehe sori uolss lama benar menunggu mummy busy sangat la kot..Kuih cara berlauk ni memang feveret kami..lagi-lagi en.suami..kuih tradisional gini memang susah nak dapat sekarang ni kan..kalau ada pun intinya sikit sangat..macam makan tepung je..huh..so better buat sendiri kan lagipun senang buatnya saya buat atas dapur je hihi..letak acuan lepas tu tutup pakai tudung periuk..kita buat dia kan..;)

Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Air dan ½ cawan Susu Segar (Boleh juga ganti dengan 1½ cawan Santan jika ada)
1 biji Telur
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Garam

Cara menyediakannya:-

Satukan semua bahan-bahan diatas, masukkan dalam blender dan blend hingga sebati kesemuanya.

Bahan-bahan Inti;

Daging Hancur
1 biji Bawang Bombay (Bawang Besar) *
1 cm Halia *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu kecil Jintan Manis *
1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu besar Cili Boh Serbuk Kari secukupnya Daun Kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-

-Tumbuk/kisar bahan bertanda (*).
- Bawang Bombay dipotong dadu.
-Tumiskan bawang bombay dan bahan kisar. Bila naik bau, masukkan cili boh dan gorengkan hingga pecah minyak.
- Masukkan rempah kari dan daun kari.
-Masukkan daging dan goreng hingga masak dan Perasakan dengan garam.

Perhiasan
-Hirisan lada merah
-Hirisan daun bawang/sup

So kita tayang gambar-gambar nya ye..

Selamat Mencuba..aqil pun suka;)..Ayah confirm makan banyak..Suami suka,isteri Gumbira...


Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net