Hai semua, esok ibu saya nak masak soto..saya tolong ibu buat begedil lah..rajin tak rajin la anak bujang ibu ni??..hehe..uols tau tak begedil tu hape...ala kalau soto mesti la ada begedil..yang di perbuat dari kentang+ bla bla bla...kalau tak ada itu begedil, makan soto tak syiokkk woo....
Mula-mula goreng dulu kentang, goreng jangan sampai hangus..agak-agak isi kentang tu dah lembut dan kuning keemasan kita dah boleh angkat...
Toskan minyak kemudian kita tumbuk kentang sampai lumat, halus dan rata..ngeeee~
Tumbuk kentang ni kene cepat-cepat tau..kalau kentang dah sejuk, dia keras..susah nak tumbuk.**bersungguh-sungguh si kecik tu menumbuk**
Lenguh la tangan saya..berehat sebentar bersama kit kat...haha,
Selepas kentang dah lumat dan halus....kita campur dengan bahan-bahan yang lain...ibu masukkan bawang goreng secukup rasa( boleh je kalau nak letak daging hancur ke/ ada orang letak daun sup)..ikut citarasa masing-masing...kalau letak daun,begedil tak tahan lama..udang kering pula blender dulu lepas tu sangai...tau kan sangai tu hape??...ala kita sangai kat atas dapur tanpa minyak..dan campurkan ke kentang tadi..masukkan garam secukup rasa..masukkan lada sulah sikit dan juga kuning telur sahaja(yang putih telur kita guna time nak goreng)...udang kering dan bawang goreng ni uolls agak-agak la letak secukup rasa,kalau nak lebih taruk lebih..tak ada masalah..Lepas tu kita uli jadi doh dan bentuk-bentuk kan dia bulat-bulat dengan penuh kasih sayang..haha
Okey bereh!!!!esok dah boleh goreng...............;)
Anak saya memang suka buat muka cheeky gitu..tu yang nak gigit je tu....haha..=.=!
mudah kan..
selamat mencuba...:)