Saya baru je mendaftar semalam tapi nak gebang seluruh dunia..wakakaka..
Itu pun setelah mendapat kesedaran umur dah nak masuk 3 series ni..hihi..kebetulan semalam apek ajak pergi al-ikhsan kat Alam sentral, dah pusing-pusing dalam tu pergi PKNS pula...masa tengah jalan-jalan kat PKNS tu ada booth SPR..apalagi terus je la daftar..kalau nak tunggu saya pergi pejabat pos memang la malas..hehehe..nak tekan nombor tunggu tu yang malas...walhal urusan tu kejap je pun..bab tunggu tu yang jadi lama gila..tak suka hokey!
Syarat-syarat layak mendaftar..
Adakah anda seorang warganegara Malaysia?
Ya.
Telah mencapai umur 21 tahun?
Ya, dah nak masuk 3 series dah..tua tua
Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan?
Ya,eh..hmm kene balik johor la...ikut alamat ic
Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa?
Ya! Oh memang sudah layak untuk mendaftar mengundi..:)
Marilah mari...Pilih dan UNDI..tunaikan kewajipan pada negara....:)
Jadi siapa yang nak menguruskan perihal pendaftaran dan pilihanrayanya sekaligus? Pastilah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, cekap dan telus!
“Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka Setiap Hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.”
So bila ada waktu senggang or kelapangan bolehlah mendaftar ya..Mengundi patut dilihat sebagai satu tanggungjawab. Andai anda tidak mengundi dan daerah anda jatuh kepada tangan yang tak sepatutnya…menyesal kemudian hari tiada gunanya…Tanggungjawab kita untuk generasi-generasi masa hadapan..So kita sebagai rakyat di negeri aman dan makmur ini sanggupkah kita melihat anak generasi kita di masa hadapan yang tidak tentu nasibnya..Betapa ruginya, satu undi itu tidak dimanfaatkan untuk negara. Ya satu undi memberi satu kesan implikasi yang besar jika anda tidak mengundi..
Andai ada yang tak tahu, SPR ada website tersendiri, jadi silalah lawati untuk tahu cara mendaftar, senarai tempat mendaftar, nak semak status pendaftaran dan pelbagai perihal lain pilihanraya.
Mengetahui berita terkini dari kotak hebahan dan berita SPR boleh check online status anda sebagai pendaftar juga!
Okey sebelum saya pergi,kepada yang belum mendaftar tu silalah mendaftar ya..tunaikan kewajipan pada negara..Andalah yang bertanggungjawab menentukan nasib generasi-generasi akan datang.
Di Malaysia undi adalah hak warganegara. Di Australia pula kalau tak silap, mengundi adalah wajib... kalau tak mengundi kira dah buat kesalahan undang-undang...ataupun negara kita patut meletakkan undang-undang yang sama..jika di kenakan denda tidaklah saya pun lewat mendaftar ye tak?..hehe
ok bye...:)
ok bye...:)
0 para komentar yg gorgeous:
Post a Comment