Mengadu Domba

Mari kita hayati bersama-sama….

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
 
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.
 
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
 
Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si polan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.
 
Hukum Mengadu Domba
 
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).
 
Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.
 
Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.
 
Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.
 
Balasan Mengadu Domba
 
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.
 
1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)
Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).
 
2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)
 
3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
 
Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.
 
Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
 
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)
 
2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)
 
3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.
 
4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)
 
5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)
 
6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si polan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).
 
Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.



Semoga kita terpelihara dan di jauhkan dari perbuatan sebegini....
Takut dengan balasan Allah s.w.t


Potong dan Gulung Kertas

Macam-macamlah nak share kat korang ni..jangan korang muntah hijau sudah..hihi..kali ni pasal Potong dan gulung kertas a.k.a quiling paper...ni first time saya terjebak dalam quiling ni..ni gara-gara saya terjumpa youtube tentang quiling ni di blog-blog craft..saya memang suka bende yang kreatif metip nih...terus cakap kat adik,akak tolong buatkan wedding guestbook k..dia off course la ok je..beruntunglah ko dik..semua akak ko nak tolong buatkan...haha..dulu masa saya kahwin kebanyakannya saya buat sendiri..tapi saya tak sempat lagi nak review..sampai dah ada anak sorang dah ni..propa la ko ni sue...berjanggut orang tunggu ok..haha...tapi mereka-mereka yang pakar dalam quiling ni ada set quiling nak gulung-gulung kertas ni...saya ni asal boleh je...kertas pun saya potong-potong pakai pisau..rumit la sikit..nak gulung dia saya guna lidi satay je..memori sungguh..

Okey jom saksikan my first time version potong dan gulung...layanzzz

Mula-mula saya potong kertas putih lepas tu saya gulung banyak-banyak jadi bentuk macam ni...cuba korang tengok..yang mana lubang quiling tengah-tengah besar tu saya gulung pakai lidi satay..lepas tu tengok tak cantik je..sebab mula-mula tak pandai sebab main pakai gulung je kat lidi satay tu...lepas tu hujung lidi satay tu hujung dia saya potong..so gulung again...nampak tak makin lama makin cantik kan gulungan saya...kalau kita gulung dari hati memang cantik**tak boleh blah puji diri sendiri kan**lol

Bunga pertama saya..kira ok la kan..kata quiling beginner..;)

Ni gulungan untuk buat dedaun...hihi..saya tak ada quiling template tu..so saya main agak-agak je gulung..lepas tu gam..gam pun mula-mula saya pakai gam uhu je..dah tu je gam yang ada kat umah ni kan..orang kata jangan membazir..guna apa yang ada sudah..hihi!

Nampak tak saya rajin potong kertas tu halus-halus...


Disebabkan tenaga pengajar saya main google je kan..tengoklah saya quiling tanpa arah tujuan...haha..pusing sana pusing sini janji bentuk bulat,janji pusing-pusing...janji bentuk bunga...hahaha..macam nak pergi quiling class la..:)...ke ada sesape nak ajarkan saya?..:D


Secara kasar sketching wedding guestbook dia macam ni..baru susun dan letak..belum gam lagi...tempat doilies paper tu nanti saya nak letak nama pengantin..kreatif dan simple kan.

bagi rakan-rakan bloggers saya yang balik jb jemput datang jangan lupe sign juga ya..save da date 3 March 2012-letak siap-siap url belog korang...baru happening...ada yang macam guestbook ni aku yang punya..hihi...sukahatila nanti sesape nak lukis ke hape..page banyak.ape ada hal...ada ke sesape yang kenal aku..hakhak..biasalah kakak perantin selalu over...pengantin mesti senyum meleret sebab banyak wishes yang mencuit hati nanti..orang kate my quiling cantik walaupun beginner kan...kihkih..so tempahan dibuka bagi sesape yang percaya dan berani dengan kekreatifan saya..bluerk

 Ni GuestNote on my wedding day...sampai sekarang tersergam indah je bergantung kat wall...nak masukkan dalam album macam sayang pulak..tak masuk senang berhabuk lak..hihi..cakap malas kan senang....Mak saya first wish yang blue color tu..terharu je..my uncle siap tulis jawi lagi...besh gila.

Ada yang berminat nak request wedding guestbook????....nak suruh saya design quiling  je kat guestbook korang pun boleh...pm me at nong.empire@gmail.com

Saya nak belajar buat design burung dan bear ni....blogger kak lin ni my inspiration for quiling...macam mana ye nak buat macam ni???...
.

.

.

.

.

.

.

 admire this design...so cute


wishlist :i think i need paper shredder and quiling tool la....ada sesape tau tak mana nak cari paper shredder....


nite loveliess,,,,,........
kalau suka silalah LIke..tQ

DiY bunga tisue tapi pakai crepe paper

Happy weekend day uolss!...........
Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita. Allahumasoliala Saydina Muhammad.. 
Hari ni saya tak kemana-mana,..masak sudah..makan sudah..ni baru je selesai kopek nangka...mulalah aktiviti mengDiY ni...:)Mohla kita belajar cara buat bunga tisu ni ek...tapi saya guna crepe paper, lagi mudah tau..
okey tak nak buang masa lagi....sila scroll..hiks!

Barang-barang yang di perlukan...crepe paper-dawai halus-gunting

 Cara pertama- potong segiempat sama crepe paper tadi mengikut besar mana dan berape layer yang korang nak.

 Cara kedua- lipat crepe paper tadi macam cara kita melipat kipas tu..tau kan??..lepas tu lilit dengan dawai halus tadi.

Cara ketiga- bahagian hujungnya kita potong lengkuk sikit.

Cara keempat- kita tarik satu persatu layer crepe paper tadi.

So dia akan jadi macam ni...bahagian sebelah siap!!..kita buat yang sebelah pulak k.

Ok...dah jadi bunga sekuntum...mudah kan....

yey dah banyak kuntum......so bride to be boleh la try kan..nak buat centrepiece ke..bunga pahar ke..bunga tangan ke...macam-macamla ikut kreativiti masing-masing...yang penting crepe paper ni murah je...yang ni saya buat untuk adik saya punya deco hantaran nanti....sedang brainstorm my kepala untuk idea hantaran dia nanti....ngeeee~



SELAMAT MENCUBA...


Period lambat if Fully Breastfeeding Normal

Who's agreed with it???...............

Yup..memang betul ya mommies2 semua...kalau kita fully BF anak memang hormon kan berubah...even my doc pun cakap ,selagi u bf anak u, do not to worries about that..Ada yang sampai 2 tahun pun still tak datang bulan...bagus untuk kita juga selain dapat menurunkan berat badan secara pantas selepas hamil..ia juga bertindak secara tidak langsung  for family planning..so no need to ambil injection or else kan...kurangla sikit kos kan...macam saya dulu memang nak ambil injection for family planning kan..3 bulan sekali inject rm 120...tapi bila fikir balik saya tak jadi ambil sebab doc kate selagi saya tak datang bulan dan breasffeed anak..tak payah risau tentang sangkut anak satu lagi...tapi kalau ada,kita redha dengan kehendakNya...dan rm120 tu dapatlah kita beli pyjamas anak 5 pasang kan...hahaha....but its depends for each person la..ada orang datang bulan cepat,ada yang lambat..macam saya memang dah 2 tahun lebih termasuk masa preggy ni memang tak datang bulan...memang save gila sebab tak payah nak beli kotex melambak-lambak....haha

Tapi alhamdulillah dia telah kembali, setelah sekian lamanya bulan tak pernah hadir,dia hadir juga pada bulan 12 last year..so baru  2 kali saya period..owh dah kene start beli kotex lah macam biasa....hehehe...tapi yang kali ke 2 tu period datang lewat sebulan...dah saya fikir memang sah preggy lagi ni tambahan pula saya kuat makan lak sekarang...macam-macam pula saya ngidam nak makan..tapi bila wat pregnancy test..negatif...):..tak pe usaha tangga kejayaan kan....

Alhamdulillah hingga kini Aqil masih lagi fully BF..tapi yang saya risau sekarang ni sebab bulan 4 ni dia dah nak masuk 2 tahun...dah nak kene ceraikan susu la kan...tapi dia still tak boleh nak minum susu tepung...bagi je dia minum termuntah-muntah keluar terus...kesian dia..semua susu saya dah try...orang kata mungkin aqil tak boleh terima susu yang berasaskan lembu..tapi kene try susu yang berasaskan soya....any suggestion????...tapi air ribena, barli, sirap,carrot,fresh orange laju jeeeee......boleh ke lepas 2 tahun kita bagi minum air milo je ek..if memang dia tak boleh nak telan susu la.


ish runsing...................



Starhill mandi manda

Hello peeps,

Ni kira entry peram terlalu lama sebabnya ni kejadian masa hari raya haji last year...hihi...sila senyum tak perlu kata apa-apa...hihi..jangan mare ha...beginilah jadinya bile mood berbeloging sudah ke laut...(=.=!)..ikan di laut...asammm di darat,..lalala~
Masa balik jb ni ingat nak pergi mandi kat mane tu yg ada sotong2 tu..yang water park dalam mall kan...tapi tak jadi sebab penyakit malas dah datang...ayah dah malas nak drive..hahaha,..maka pegi mandi dekat-dekat aje ye nak....ni pun pegi keesokan harinya sebab kaki aqil luka.....besar pulak tu melecet sebab terseret kat kerusi..die turun dari kerusi main terjun je...tak nangis lak tu..ibu die yang macam nak pitam tengok darah meleleh banyak..phew~~makanya sampai hari ni bekas luka tu ada lagi..tak hilang..:(

Pergi jugalah mandi..tak tahan la nak tunggu luka Aqil baik kan..haha...tambah lagi Aqil dah faham..bila kite kate jom pegi swim..die dah ambil swimming suit die..kalau tak pegi swim kan..swim kat dalam bilik air pun jadik tau...aduaiiii...

Okey jom layan pix yauu!

 ni pintu masuk die...masuk bayar-Adult rm10..child-free je

ni tempat mandi budak-budak....ibu bapa budak pun boleh join sekaki..hihi

Bagi si kecik tu warming up dulu...

Boringla pusing-pusing dalam boya ni bu....
pastu kita pakaikan boya tu kat badan die...elok je die berlari-lari dalam air tu...kaki jejak dah...kiyut je lari-lari bawak boya die kemane-mane...haha

Ha part ni memang Aqil suka...siap minta nak naik lagi tau..maka beround-round lah asik turun naik meluncur mende ni.

   
Ni tempat mandi orang dewasa..best jugalah..tapi tak dalam sangat..biasa-biasa je..

 Ni kira panjang jugalah nak meluncur hingga kebawah....kat sini jugalah camera aku jatuh dalam air...terus gelap tak boleh on....huhu


Akhir entry,macam biasalah anak aku kalau dah jumpa air memang tak boleh di pisahkan...hahaha..meraung-raung tak nak balik...geram je..



I SEKIAN I




I A.B.C I

"Good Morning Teacher"

Mari kita belajar ABC pagi ini ye....-A..B..C..D..E..F G till Z.......

Nowadays dah bermacam-macam jenis music ABC ni kan....best je..si kecil pun cepat belajar, di samping merangsang otak dan minda si kecil...

Macam saya tengok iklan wardina yang anak die guna magnet nak ambil sudu kan....owh Aqil pun macam tu juga..saya baru nak ajar tapi dia dah belajar..belajar kat mana tak tahu la..mungkin dia nampak juga iklan tersebut...nak di jadikan cerita di suatu tengah hari..mungkin Aqil nak tunjuk kat ibu dia apa lagi yang dia boleh buat kan....lalu saya tengok dia campak sudu kat bawah sofa..lepas tu dia masuk kat dalam bilik dia..terbongkok-bongkok,selongkar dalam box mainan dia semua..comelll je..bilik dia jangan kata la..macam di serang garuda kalau dia yang selongkar...ha yang ni boleh di katakan like father like son...hahaha...saya follow je la si kecil ni..nak tengok jugak apa yang die nak cari kan,...rupa-rupanya magnet yang saya beli kat Daiso dulu...lepas dah dapat mende tu,terkedek-kedek lah dia lari pegi balik terbongkok-bongkok bawah sofa pula nak ambil sudu tu guna magnet...lepas dah dapat sudu tu...dia bagi kat saya sudu tu...clap hand sambil cakap eber boy(..clever boy..)lalu dia kiss hidung saya dan lari main moto dia...shuwiitt kan budak-budak ni...saya memang setiap kali dia buat sesuatu yang betul or something good..saya akan cakap clever boy..excellent..good boy sambil hug ketat-ketatss dia....haha...si kecil ni memang fast leaner okeh...he do it the same thing to me....:)

Okey sambung balik....bukan setakat sudu,garfu semua dia campak bawah peti ais..kadang-kadang dia cari magnet dia tak jumpa kan...die akan ambil hanger baju untuk ambil bende-bende bawah peti ais tu...maybe hanger kan dekat dengan dapur..kira yang mane dekat jela kan...tu pun kita tak ajar guna hanger untuk capai barang yang tak sampai....sometime guna kaki dia,..tak pun dia masuk sekali bawah meja ke kerusi nak ambil barang tu biasa la kan...so si kecil juga boleh guna logical thinking kot...haha..

Saya juga suka kumpul bende-bende yang berunsurkan pembelajaran bagi anak..contoh macam ABC la kan..glow in the dark dalam bilik semua letak ABC...numbers 123...hehehe..

 cute kan!!....Fridge magnet ni saya beli kat pasar pagi shah alam.....dah lama tak berjemur pepagi..sekali sekala ok lah kan...:)
AbC -RM15 ....... numbers -RM8..**murah kot ek**
Dengan adanya fridge magnet ni die khusyuk la dia nyanyi abc..123 sensoorang...bijak susun atur abjad tempat yang same..tak de la dia sibuk main kat tengah2 api dapur time kita masakkan..:)

Setakat ni Aqil cuma pandai baca Abc slang dia la...ikut music yang selalu dia dengar..ada yang terang ada yang tidak...ada yang jump jump juga..tiba-tiba dah sampai Z dah..lawak je

Bila kita suruh...Aqil,lets count the number.....die kira oneee(one)....two(two)...thuweee(three)..for(four)...fai(five)...shixx(six)...seven ni dia terus jump to egg(eight)..naiii(nine)...tenn(ten)

Color pula.....yedd(red)...byue(blue)...eloo(yellow)...gyeen(green)...lack
(black)...pin(pink)...yenn(orange)...rown(brown)

Bila mengaji....aliff ba ta sa jim ha ho...dal zal ro shinn..shod..hamzah ya ni yang paling kuat..finishing kot..huhu

Paling panjang 3 perkataan yang dia cakap..nak si zi(nak susu)...bu wat pe?(ibu buat ape?)shakk eh(masak eh)...inishhh dah mam(finish dah mamam)...ayah wat pe??..acu wat pe?..pendek kata semua orang die tanya tengah buat ape...bila nak mandi...die cakap owel di (towel mandi)..bila nak popoo die cakap yakkk sambil tarik pampers dia..kadang2 die dah berak baru dia cakap yakkk dan tarik tangan saya suruh cebok..hihi..ajar dia potty training perlahan-lahan kan...tak melepas lak hajat budak tu bila ibu dia tunggu je sambil tengok muka dia..kihkih..jap je pastu die cangkung je baru la lepas hajat..die tak nak duduk kot..cangkung lebih selesa membuang...haha

Sebelum nak makan dia akan tadah tangan baca doa..kadang-kadang kita belum habis doa dia dah aminnn dulu dah...

Masuk rumah- dia beri salam...skummmm (Assalamualaikum)..haluss je suara dia..

Bila Azan-dia akan ikut sekali azan...tapi yang jelas bunyi Allah..allah..:)..tone masih sama dengan azan..

Bila solat- dia cakap Allahabarr( Allahuakbar)...duduk tasyahud jari telunjuk pun ikut sama..macam manaa ibu nampak sebab time ni aqil dengan ayah je solat..ibu cuti..hihi..time rukuk dah boleh bongkokkan sikit badan..cuma sujud terus tonggeng..hehe

Bila die bersin/orang lain bersin-dia jawab Allah( Yarhamkallah)..walaupun kadang-kadang sebutan tak jelas,,tapi dia tahu penggunaan words tu kat mane..:)




Sape la yang tak bangga dengan anak masing-masing kan........
ok la till then...bye:)





Pasta Daging Cencang

Hello peeps,

Menu anak petang ini...Anak bujang saya ni memang sangat sukakan pasta dan apa jua yang berbentuk mee, laksa, pasta,spaggeti,macaroni segala bagai..makanya ibu die ni senang je..tumis-tumis rencah,masukkan daging cincang,selalu masuk cendawan butang tapi hari ni tak de..masuk kentang je..campur sos prego...


Zaaaassssssssssssssssss...............

 Selamat Menjamu Selera anakku.....................



2 3 mangkuk mintak tambah...;)...pastu bu nak g nak lagi (ibu..nak lagi..naklagi)..sometimes he call me abu..haha

hurmmm Aqil ni kurang sikit nak makan nasi..paling suke telur rebus..phew~



I SHOUTMIX I

Assalamualaikum semua......

Ada rakan-rakan saya yang bertanya kenapa page i dah tak de shoutmix box lagi..sebabnya Shoutmix ni dah berhentikan servis percumanya berkuatkuasa mulai Januari 2012...kalau still nak guna kenelah upgrade servis...saya tahu pun melalui mamazakwan..

Boleh je nak remove page shoutmix ni dari layout blog kan tapi konpem ke kite nye account dah betul-betul delete kat account diaorang????

okehh sekarang kite belajar cara-cara nak delete account ye....
Macam mane nak remove account??

1) korang g kat Shoutmix dan Login.
2) Tengok kat box ke 2, under General----klik kat delete shoutbox.
3) Tick kat kotak kecik tu dan masukkan password.
4) okeyy..remove succesfull

Kalau tak faham lagi..kawan2 leh klik SINI k...



:)

Teaser DiY Wedding Guestbook Angah

Wajah.Header 2012

Assalamualaikum.....

korang perasan tak perubahan kat my belog...hihihi..ni kira header dan wajah baru my belog la...cantekk tak???...tak kisahla janji sedap mata saya memandang sudah...tapi yang malasnya bila tukar background habis semua kene setting balik...melilau bijik mate nak edit coding html nih..6bulan belog ni kesepian....kasihan kamu wahai belog...tapi lagi kasihanlah tuan empunya belog bila cik abe nuff dah merajuk kan...:D...almaklumlah sepenuh masa melayan karenah anak bujang sorang tu...melakukan kerja seharian di rumah...menjalankan tanggungjawab seorang ibu dan seorang isteri...bila dah fully concentrate dengan kerja2 rumah ni..die punye penat mengalahkan time kite kerja dulu..superb tak superb lah mommy ni kan...tak menang tangan di buatnya...rindu pula mau kerja..:)..tapi bila dah kerja rindu pulak kat si anak ni..alahaiiii....

oh lupe rumah saya dah di penuhi dengan lukisan mural anak saya..cantekkk ahh...haha

AuziAna Big day

11-11-2011......Mesti ramai yang melangsungkan hari bersejarah mereka pada date ni kan..even my friend pun ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari itu...tapi saya tak boleh nak datang kesemuanya serentak sebab semua jauh-jauh...kalau semua dalam kawasan kl kompem boleh datang...:)...tapi walau ape pun...semoga perkahwinan korang berkekalan hingga keakhir hayat k....

Hari ni juga g wedding Auzi & Ana..kira dah macam adik la ni...:)..kitaorang g yang belah perempuan kat kuala selangor..belah lelaki buat kat pahang...jom layan gambar anak bujangku yang mencuit hati masa ni....:)

Lokasi pengambaran ni sebelah rumah pengantin..dekat bawah pokok rambutan dengan bersaksikan sedara mara derang yang tengah petik buah rambutan kat tepi tu...tak kenal pun anak sape ni...kira derang berkenalan kat situ la..aqil lari lari,gugurl ni kejar...masing-masing main same-same bawa bunga manggar...aku tengok derang ni macam sebaya je ek...derang jalan berpimpingan tangan..saya follow je la..lepas tu aqil cakap kat saya...mik ambo mik ambo..(bu amik gambo..amik gambo)..cute je die cakap tau..dia memang kalau nampak camera mesti suruh amik gambo...so ibu dia la yang jadi photographer tengah-tengah panas gini...layankan je la..haha

 Alalalalah nak terjatuh lak saya...Aqil nak jatuh,gugurl tu cepat-cepat tarik tangan Aqil.

Shuweetttt je tengok budak berdua ni.....cute je la hai gugurl ni bertudung.....:)

 Congratessss Auzi dan Ana...
.

.

.

.

.

.

.
Last but not Least
 .............beginilah peace gaya Aqil............






Sayanggg ibu kuat-kuat...=.=!
k bye.



SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone


Ber GA lagi....kali ni i di tag oleh hajar..thanks babe..

Mane tau bertuah kan...hehehe..jom la kawan2 semua join memeriahkan

Klik je kat banner tu k...Tarikh tutup 20 July 2011


Yang kene tag :-
2) Yaya
3)  Miera
4) Dayu
6) Fashya
7) Ana




## Wordless Wednesday

Kemas2 barang...terjumpa balik kenangan zaman cintan cintun dulu.....kelakar bila baca balik...(^___~)

 

3 jam Terkunci

Hi peeps,

Ni nak story tragedi yang menimpa aku seminggu yang lalu...aoaiiiii..di satu keheningan pagi, ala mata sedar tak sedar lagi, angkat anak yang masih tidur turun ke bawah, lalu ku pergi dapur,masuk ke toilet,selesai sudah..tiba-tiba.........................................................

alomakkkk pintu toilet tak boleh buka...aku terkunci di bilik air..huwarghhhh,ko bayangkan macam mana perasaan aku tika itu...suami dah pegi keje dah..ayoyaiiiii...aku tendang-tendang pintu bilik air..tak lut,...memang ketat..aku pening,jenuh aku godeh-godeh tombol toilet..aku ketuk-ketuk sampai tanggal..huh...lalu aku nekad panjat kat jamban duduk tu,aku pecahkan tingkap..tak tahu kenapa aku pecahkan guna tangan...entah kenapa otak tak boleh nak berfikir lebih waras lagi..hahaha, pelagi berdarah la kat tapak tangan,..pedihhh..):tak pe lah....janji aku dapat keluar dari situ..lalu ku teriak memanggil jiran ku di belakang...kelakar tak kelakar lah kan..mula-mula tu aku fikir nak jerit mintak tolong ke nak beri salam ni..hahaha,tak kira aku jerit jugak nama akak belakang tu,aku nak mintak tolong suruh telefonkan suami aku...tapi tak juga muncul-muncul weiii....aku gabra dah..takut si hero kecik tu bangun..masak..masak.....entah berapa kali aku istighfar dalam tu..aku doa agar anak aku tak bangun lagi,sementara aku fikir jalan keluar ni..biarlah dia lena di buai mimpi lagi walaupun masa tu memang waktu die bangkit dari tidur....

Aku panggil- panggil lagi jiran aku nih..memang tak dengar weii..mujur la jiran sebelah ku yang dengar sebab die dengar tingkap aku pecah..pastu die tau suara aku...keluar-keluar tengok muka aku tercongok kat tingkap tu kan..aku mintak dia tolong callkan suami aku....emergency..lalu suami aku berdesuppp balik sejurus mendapat panggilan kecemasan akak tu kan...nasibla kat cyberjaya je dekat la sikit balik rumah...aku dah dengar anak aku merengek- rengek dah nak bangun...adoiiii..dalam hati aku tidur dulu la aqil sayang...ibu terkunci ni dalam toilet....huhu,pastu aku dengar senyap...tidur balik agaknye anak aku ni.....
Pastu borak-borak dulu dengan akak tu,...akak tu cakap kalau sue panggil akak belakang ni..sampai esok pagi pun belum tentu die keluar...mak aiiii..camno tu...akak tu pun jerit-jerit panggil name akak belakang tu,lame tu baru keluar...tak dengar katenya...
Tak lama kemudian, aku dengar sore suami aku dah balik...time tu jugaklah anak aku bangun lalu meraung2 menangis....jiran aku dukong lagi la kuat die teriak...kunci toilet entah hilang kemana,..try buka guna card..huh tak boleh gak...last-last suami aku tendang je pintu toilet tu...senang,..hahahahah..yey!!! AlhamduLillah aku dah boleh keluar....
3jam jugakla aku terkunci...terus rasa trauma nak masuk bilik air...walhal aku tak tekan pun punat kunci pintu toilet tu....hmm bende dah nak jadi kan..mujur kat toilet bawah..kalau kene kat toilet atas memang naya..memang tak boleh nak panjat la gamaknya...jauh dari tingkap..lepas kejadian terus rasa nak pasang telepon dalam toilet....hahahaha






sue...sue...

Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net