Anda adalah apa yang anda MAKAN

Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata  
"ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN"

"Maka saudara dan saudari sesama Islam sedunia, berwaspadalah selalu. Makan makanan yang halal demi menjamin kesejahteraan hati nurani dan iman yang suci.

Makanan adalah tempat pertama dalam fikiran kita dan memang wajib kita titikberatkan....sebab tu mestilah ada kesedaran dalam diri memasing dalam soal halal haram ni...bila kita beli barang-barang memang kita risau tentang bab ni..lagi-lagi ada ingredient yang kita tak faham...kalau gelatin tu banyak jenis kod gelatin..kadang-kadang kita tak sure gelatin jenis mana yang halal or haram..pada saya pulak kalau tak nak was-was asal nampak gelatin je kat ingredient sesuatu makanan tu terus saya letak balik..haha..dengan konpiden je terus saya mark non halal..wakakaka...

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

~ Surah 2 - Al Baqarah : Rangkap 173 ~


"Yakinkah apa yang anda dan keluarga anda makan itu HALAL? ...atau mungkin ianya haram?"..apa-apa pun kita mulakan dengan Bismillah...Insyaallah.:)
Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal.....Di Malaysia ni ramai yang meniaga, pelbagai kaum..kita tak boleh bersikap enteng bukan?...nak tak nak kene ambil tahu juga kan...ada juga sikap sesetengah peniaga yang pandang remeh je hal-hal ni..walaupun mereka tahu kita ni muslim tapi pada mereka lagi mementingkan keuntungan semata-mata...dunia oh dunia.
Di malaysia kini isu makanan halal dan haram makin hangat di perkatakan. Sila baca artikel penuh di SINI.

Apa itu Gelatin?

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.


Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.


"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

HALAL atau tidak?

Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.

BIMBANG!,  RISAU!,  RESAH...

Itulah yang bermain di benak fikiran kita kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin  yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang beragama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.

Ibu-ibu sekalian, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!

Permasalahan yg berlaku jika berterusan mengambil MAKANAN HARAM!


  • Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.
  • Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.
  • Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti
  •  Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.
  • Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH
  • Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
  • Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.
  • Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir. 


**Sumber cari gali di Halal Gelatin.Com

Saya selaku penggemar marshmallow...lagi-lagi chocolate marshmallow..hihi...tapi nak cari marshmallow yang halal nih susah sikit kan...so kene belajar buatlah..ape lagi gunalah khidmat en google...hikhik..eh tak dela susah mana pun nak buat marshmallow nih..receipe refer blog ni



okay kalau nak beli Gelatine halal online di sini http://www.halalgelatine.com
Bolehlah bermarshmallow di party hari jadi anak anda nanti...weahuuuuu..

sekian


Nur Jannah Allia

Hello my beautiful readers....:)

Hei you know what...saya baru je dengar this song..tapi dengar sekali terus nak dengar lagi..lagi..lagi dan lagi....hihi..rentak lagu dia ala ala macam nasyeed sikit..suare dia chomell..shuweet je dengar..i loikee it bery berry much~


jom layanzzz...................... 


 keep it up ya Allia...

:)
 

Selamat Pengantin Baru adikku

Alhamdulillah adik saya selamat diijabkabulkan pada 2 mac yang lalu..Majlis bersanding macam biasa di lakukan pada keesokan harinya...Majlis meriah sebab buat sekali harung 2 majlis..ye la dah bertemu jodoh pun dengan kampung sekentut macam saya..cuma kakak dia buat 2 dua belah pihak supaya tak bergaduh bila nak salam kaut kan...hahaha..

Muka pengantin yang berseri-seri..tak sabar nak naik pelamin ler tuu...(^__~)

Sementara tunggu pilot hisap rokok sebatang dua...so tangkapla gambo sendiri yang konon seni habis la ni..haha...upss sori dik,muka ko hilang separuh..hiks~masa ni aqil masih tidur di ribaan saya tu..


dan tahukah anda????

.


.


.


.


.


.


.


Tahukah anda bahawa saya tak dapat lagi snap gambo ketika majlis sebab memori card saya full...omg..saya lak tak check awal-awal...hihi..pasrah je la...:( so gunala khidmat photographer diaorang sepenuhnya...huhu..tambahan pula memang tak menang tangan dengan nak kejar-kejar aqil yang dok bertawaf sepanjang masa...penat okey..haha..so kenela tunggu gambar-gambar yang lain dari OP diaorang k...:)

Budak kecik ni baru bangun tidur...ni gambar pada malam sebelum majlis dimana semua orang sedang busy rewang merewang...masa ni kerja-kerja pemasangan pelamin pun sedang di jalankan..Aqil dah rasmikan dulu karpet merah tu...hihi..datang-datang terus suruh ambil gambar dia...aoaaiiiii anak..snap pakai hp je la..

ingat lagi tak diy bunga crepe paper tu..kalau tak ingat boleh refer sini ya...saya jadikan bunga crepe paper tu centrepieces bagi setiap meja..:)

Ni lak wedding Guestbooknya..boleh refer this entry...tak jadi nak letak doilies paper macam awal2 plan tu...kat deco guestbook tu pula saya letak bunga tissue yang saya buat banyak2 tu...bunga tissue yang lain saya apply kat hantaran....pix hantaran tak de pula..haish!...kene tunggu album diaorang siap la nampaknya....weeee!


Selamat pengantin baru Yus dan Aida..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...aminnnn...semoga dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang suami..sabar di dalam alam rumahtangga yang pasti penuh dengan rencah asam garamnya....:)..bak kata pepatah kalau ada vanilla adalah coklatnya..err tetiba..ekeke..pengaruh cerita vanilla coklat la ni..;D....kami doakan yang baik-baik untuk kamu berdua...................Aida,welcome to our family..

Aqil dah ada makngah..yay~


tak sabar nak tunggu album kawen diaorang siap...hakhak~


;)


hari ni dah masuk hari jumaat..jom ikut sunnah...potong kuku..;)


TATA


Berliburan di Dataran Putrajaya

Assalamualaikum...

Ni kisah jumaat malam yang lepas...setelah selesai makan malam, dapat panggilan dari kawan untuk lepak dengan anak-anak di dataran putrajaya aka masjid putrajaya....kami pun ok je..sebab dekat je kan,walaupun aktiviti melepak ini tidak di rancang tapi kami gembira bersama lepak-lepaking, lagi-lagi layan keletah anak-anak..memang best..yang pasti memang penuh dengan manusia..lagi-lagi malam minggu..sampai je kat sana derang bawa roti john dan jajan bajan untuk kudap-kudapan..kami datang bawa perut je....makan lagi..mana tak saya gemok...dapat makan senang hati la...walla..

Owh saya tak bawa camera..so snap pakai henpon je la..hihi..jom layan picca
Pembuka picca anak kesayangan hamba dengan kereta kesayangan dia..suka dia dapat pusing-pusing..sebab dia tekan pedal sendiri makanya laju je la kereta tu...dah pandai control kiri kanan cuma kelajuan tu memang ikut dia je la...kita yang kene jaga-jaga remote control tu sebab takut dia langgar orang pulak...

Adam nano dengan basikal kesayangan dia...rambut adam macam hafiz awan nano..suka tengok..

Gigirl ni nak main-main dengan aqil dan adam..pusing-pusing je kat situ tak nak balik...lama tu ayah dia malas nak layan terus je menuju ke kereta..ye la dia dah nak balik la tu..budak-budak ni kan kalau dah jumpa kawan memang nak main je...:)

Kat sini ramaila awek-awek cun nak bergambo dengan Aqil...dah macam retis dah..haha..Aqil suka la kan bab-bab bergambo ni..siap buat muka cute dia tu dengan peace gaya dia..lol..aqil di puji comel..ibu kat belakang dah kembang kempis hidung..wakaka..

tengok Aqil tak bagi adam dekat dengan ayah dia...kan ada brother jual bende flying berlampu tu kan...rm4 regenya..bila kita lastik tinggi ke atas depa tunggu bende tu jatuh dan terkedek-kedek berlari pegi ambil..sebab tu aqil tak bagi adam dekat tau..sebab dia nak pergi lari ambil bende alah tu dulu..konon-konon siapa cepat dia dapat...so berlari-larilah mereka berdua nak dapatkan bende tu..kelakar okey...tak penat-penat...aduhaiiii


Aqil suka dapat jumpa ramai kawan..semuanya ajak berlari...haha..dah macam main polis entry saya tengok..

sedar tak sedar dah nak pukul 1 pagi...jom balik...;)

 

II Cleverbot .com II

Assalamualaikum....

Di keheningan malam..eh dah pagi la...tak perasan..anak saya pun masih segar layan cerita pussy in boot ni...asyiklah dia tonton puss tu hari-hari...siap menari tango lagi..dia ikut je puss tu joget tau..chumell je..
 
ibu pula tak boleh nak tidur...baru je nak lelap mata..aqil cepuk muka ajak teman tengok movie dia...huhu..Apa itu cepuk??..cepuk tu adalah tangan kecil yang tiba-tiba berada di muka,ala-ala tepuk manja gitu yang menyebabkan kita tersedar atau terkejut..Bila dah bangun tak boleh tidur konon nak release tension makanya tadi saya tengah borak dengan Cleverbot..Nak kacau hubby dia pun tengah serabut kepala buat website pepagi ni...Buat sesiapa yang tak tau (padahal aku pon baru tahu tadi)..teehee..cleverbot ni macam satu website yang kita kononnya berborak dengan robot a.k.a artificial intelligence. boleh je kalau nak luahkan perasaan kan..Kau tulis je la apa-apa, nanti dia akan reply balik. Tulis bahasa melayu pon dia boleh..bahasa jawa tak pasti pulak..cer try.
Untuk tatapan semua saya sertakan conversation saya bersama cleverbot ni ye...;)

Hahaha..kelakar okey...ada hati nak kawen ko...paling tak tahan dia kate bukan orang ikan..orang melayu...hahaha....kalau korang rasa tension-tension ke bosan-bosan dok ngadap kerja kat office tu kan...cer borak dengan robot ni...ceriakan hari-hari anda kan...hihi..rasa tercabar gak bila dia nak cari gadoh tau..suka-suki dia je kata saya mangkok...ada lagi satu conversation dia cakap saya mangkok jamban ko...tapi ape celup nak gadoh dengan robot kan....ada aku kesah!!...


boleh hilang bosan ke makin stress layan bot ni erk....
neway thanks cleverbot coz berjaya buat ahkak senyum geram sampai telinga....>.<



Chills~



welcome UniFi

Akhirnya we r unified!!!..yey~keinginan kami untuk menyambung perkhidmatan streamyx ternyata gagal pabila tiada lagi port available kat kawasan perumahan ku ini..huhu..baru-baru ni je unifi mengupgrade perkhidmatan dia kat kawasan perumahan ni...sangap la weii dua-dua tak de...streamyx tak de..unifi tak de..rasa macam katak bawah tempurung je tau..dengan belog saya yang terabai..nasib baik bersifat sementara..haha,berbulan-bulan tak hupdate belog,ko kata sementara ke sue oiii...hihi...lepas ni no more excuses..Alasan.

Owh kami masih lagi mempunyai contract dengan streamyx sebab hubby tm staff kan..tapi nasib kurang baiklah mula-mula pindah sini tak ade port streamyx or unify di sini..aoaiiii..tu yang tak boleh sambung streamyx dr rumah lama...Apetah lagi kami berdua ni rasa tak complete je hidup tanpa internet jalur lebar ni...serba serbi tak keruan lah..tsk..nasib baik streamyx hold payment bulanan tak payah bayar till derang cari solution...sampai la kami langgan pakej celcom packet data gara-gara nak ada internet punya pasal..kira macam broadband la tapi ni lagi mudah sebab pakai henpon je...8 bulan juga la streamyx senyap je..ingatkan dah lupa dah..tup-tup derang call kate mereka ganti dengan unifi..nak tak nak pasanglah juga..huhu..ape lagi dah double triple payment la sekarang ni...huhu

Nak pulak sekarang ni kan orang sibuk memperkatakan kelajuan high speed unifi ni...bila dah ada ni boleh la rasa sendiri keterujaannya...memang laju..best giler...dowload pape kat youtube dah tak ada tersangkut-sangkut lagi..cepat pantas...best best..dowload movie 4gb pun setengah jam je..kalau streamyx ambik masa seminggu gak la..eh dah macam promote unifi..haha..mungkin sebab user unifi belum ramai lagi kan..dalam sebulan ni banyakla channel free..after sebulan nanti tinggal yang basic je kateye..Ni dapat router free, modem free, telefon umah.. Dapat HyppTV...channel ada banyak pilihan juga..belum sempat lagi nak explore..buat masa ni layan youtube je..hihi..senang nak buka channel aqil terus tekan youtube..

Aksesori terbaru dalam rumah....Welcome Unifi..selamat berjasa kepada tuan rumah ye.......
tetiba je telefon rumah tu dah ada kat tangan Aqil siap halo halo lagi.....sukalah dia kan ada bende baru..;)



Quality time : Family

Salam semua....

Eiiii geram betul la..saje tau internet ni seminggu lembabness macam kura-kura menyebabkan mood berbeloging saya ke laut semula...grrrr..k la tak nak marah-marah lagi nanti lekas tua..hihi..siapa yang tak mahu luangkan masa dengan family kan..sibuk mana pun kita mesti kan curik-curik masa gak untuk anak kan...main golek-golek dekat rumah dengan dia pun dah happy...tak payah jauh-jauh,dekat-dekat pun ok pe..anak-anak ni dia memang nak di layan setiap masa..ada je aktiviti yang dia nak buat..main sampai all out,tak kenal erti penat..macam aqil kan,kalau kita tak layan,..mak oiii suara dia je dengar satu taman ni...bergegar gegendang telinga ibu dia ni..haha...kat mall lak, kalau kita tak layan,siap baring golek-golek kat lantai ko...aoaiiii anak..tepuk dada sabar je la..huhu

Setiap petang minggu saya bawa aqil jenjalan dan lepak-lepak di taman komuniti,cyber ni. Selain ramai kawan, di sebabkan taman permainan ni besar dengan slide super extreme..tu yang aqil lagi suka..budak tak kenal erti takut lagi ni..fuh~lagipun pergi sini free tak payah bayar rm10 macam reca zone kan...uppss!..sambil boleh menghirup kedamaian hijau di petang hari..adakalanya terserempak dengan pasangan pengantin yang sedang berphotoshoot di petang-petang hari..chumell sungguh terus teringat zaman kahwin dulu...poyo je kan..hihi.

Pose dulu dengan kereta kesayangan dia...lol
kasi dia warming up dulu...aqil dah tak sabar dah tu..keluar kete pun lompat sebelah kaki je.
muka girang je kan
tengoklah tu siap merangkak naik balik..tinggi tau ni..kita cuma takut dia tersangkut kat tengah2 tu je..dia malas nak ikut luar balik..shortcut je la ibu..hihi

 seronok bukan main....sayang dia..churp!churp!!
Ayah pun shortcut gak naikkan aqil..lalu tepi je..aqil pandaila masuk dalam lubang tu..lagi la ramai kawan..berlumba-lumba dia masuk ko...kita seram je,sebab yang lain tu budak2 besar..die tecik cenonet je..budak tu tolak,aqil tolak balik tau..haha
yeahuuuu..laju giler slide nih ok..dah la pusing2..betul tak tipu sebab ibu aqil dah pernah naik...lalala~
Ibu dah penat..Ayah lak takeover kejar-kejar aqil k...ibu duduk sambil menikmati aiskrim roti..yummy yummy...hihi
Ayah balas dendam naik jugak...haha..aqil geli,dia tak suka kene pegang.

Budak ni dah pandai tekan pedal sendiri cuma tak reti lagi control kiri kanan..dia main redah je langgar semua...kahkah

Okey..kita pusing-pusing dulu sebelum pulang.....




daaaaa...........




DiY bunga tissue

Hello darlings,

Kali ni saya nak review bunga tissue yang memang pakai tisu paper..macam mana nak buat??sama je macam bunga crepe paper hari tu..boleh klik SINI ya..


Cara buat sama..tapi masa tarik tu kene lemah gemalai sikit..almaklumlah tisu paper ni tak tegap macam crepe paper...hihi..pakai tisu paper ni bunga nampak smooth sikit..tapi pada saya dua-dua cantik...gigih tak gigih la saya buat bunga ni kan..hihi~



okey...SELAMAT MENCUBA!!!..ingat tau lemah lembut je tarik...jangan rentap je..kompem koyak tahap maksima...lol



eh kenapa page u penuh dengan color kuning ek!!!! 
sebab i love yellow...gadis kuning sey...< lol >


Chicken porridge bersulah Mango

Assalamualaikum geng,

Hari ni saya masak awal...so pepagi lagi anak saya sarapan nasi berlaukkan ayam masak pedas,telur dadar dan sayur goreng carrot campur kacang buncis,tapi sayur ni dia banyak tolak tepi,dia makan carrot je..nak kene fikir inisiatif lain nak bagi dia suka sayur la nampaknya...dia suka carrot so selalu saya blend je carrot jadi juice..favourite dia memang asam pedas..tak kisah la ikan ke ayam..mesti nak pedas..kalau tak pedas dia akan ceduk sendiri..kadang-kadang tu sampai merah menyala pinggan dia, selambe je dia hirup kuah pedas tu..kita yang ngeri tengok budak kecik ni...dalam hati tak pedas ke?..dia siap cakap dap dap sambil angguk kepala..(means sedap sedap)alahaiii comel je..kalau makan soto pun nak juga sambal kicap tu..dia tengok color kuah kat mangkuk dia tak sama dengan kita..tekak pandai rasa ko...memang sahla anak johor cuma lahir je kat selangor(^__~).

Memandangkan dia makan awal tadi so dia lupa kot dia dah breakfast...haha...pagi tadi bangun-bangun terus minta nashikk nashikk..sebab dia nampak saya kat dapur...tu yang terus makan...dalam pukul 11,dia dah lapar balik..saya masakkan dia chicken porridge...saya tumis macam biasa campur ginger dan kentang blend terus..masukkan rempah sup dan isi ayam..masukkan lada sulah sikit..garam sikit...aqil ni memilih..kalau porridge kosong je dia tak nak..kalau kosong saya selalu buat ada lawannya seperti sup ikan atau ayam...

Sebab Aqil suka makan..ibu bagi i love u lah mango......sayang anak ibu...:)

habis dia makan 2 mangkuk...lepas dah habis tu..boleh minta telur lagi...aoaiiiiii..dia cakap elooo telooo nak nak..kelakar je...


***Paling tak tahan bila aqil makan siput sedut...beria2 dia sedut..kelakar tau...bila kita tanya what is this?...dia kata siiiiiiputt!..haha..kelakar tau bunyinye..bunyi Si die panjang time Put tu sejengkal je...adeii...bolehlah anak...pelan-pelan kayuh ye cakap....






bubye....:)




Egg sandwic bersalad mak sinchan mabelesss

Hi loveliesss,

HOho ni bukan entry mak sinchan...haha..saje saya bagi weird nama egg sandwic ni...sebab bila sekali tengok macam ogre yang kiut..hahahaha..ok stop..tak kelakar okey....:D
Sementara si kecik tu duduk tengok cerita mickey dia tu..so ibu dia prepare sandwic untuk dia..bolela dia duduk sambil makan-makan...

Taraaaaaaaaaa....camner..nampak tak ogre kiut saya...ohh tidakkkk rambut salad tu je yang keriting,rambut saya sama sekali tidak...kahkah...guna roti gardenia je,dalam sandwic ni saya letak telur hancur campur dorina sikit dengan hirisan cheese,kepingan buah epal hijau dan mayonis dan letak salad..letak hirisan tomato dan buah anggur sebagai pencuci mulut....ececeh...aqil memang suka makan telur..so ibu tambah lagi telur sejibik kat bawah tu k...nampak tak bentuk apa telur tu...kiut kan..kanak-kanak mesti tertarik la bila makanan mereka di designkan seperti ini....phewiittt~


Jap eh..saya closeup sikit......

Ha nampak dah tak....tak nampak sangat lah sebab saya dah letak tomato dengan anggur kat tayar dia...biasalah saya kan budget kretip..hahaha...sebenarnya dia bentuk kereta..just nice..comel je..,saya beli egg/rice mould maker...sekarang nasi dia pun saya mould kan siap-siap..bila dia nampak dia cakap car..fishh..sebab lagi satu design fish...mak budak pun tertarik lagila budak-budak kan...ayah geleng kepala je..sebab setiap kali ada je abang poslaju hantar barang....teeheeee~


Ha ni mould dia...nice kan...suka..suka..suka...Rm10 pack of 2-(car/fish)



Dia ada Hello Kitty tau...
 Ha comel kan...nanissss tengok tau...nak beli time ada anak perempuan la nanti..biler tu??.haha.....



Bila dia dah habis makan..dia akan cakap finss sambil renjis-renjis tangan dia...(means finished)....semua habis dia makan cuma tinggal tomato sehiris,,telur kuning sikit..anggur feveret dia licin..telur memang kompem2 habis...salad,epal habis..roti pun habis...bagus2..(^__~)



Ibu mana tak gigih kan..bluerk....k dah habis bebel...;)

Nak link dia tak???...nak link kene like dulu..tak nak like tak nak bagi boleh?..kejam tak,kejam tak...lol..saya beli mould kiut tu kat HappyGift Corner...ada banyak lagi yang kiut miut tau kat situ...g la usharr..rambang mata..geram je...;)




bye...;)



my boy almost 2 year

How time flies ya....sekejapan je masa berlalu..my boy almost 2 year April nanti..bila tanya Aqil nak adik tak..dia cakap nak..kadang-kadang nanak...hihihi..

 Anak saya yang tinggi lagi selim melim ni..haruslah baby blogger tee ni muat lagi kan.....;)



eh oklah nak pergi berasapkan dapur........:D



Tau Fu Fa panas menjadi kegilaan si cilik

Morning peepss.....

Korang noticed tak sejak saya ada anak ni..entry kebanyakan about my little hero tu kan...hehe..ala korang selalu jenguk belog i ni pun sebab si tecik tu kan..ha cepat ngaku...haha..tak pe saya suka...okey berbalik kepada title di atas..memang saya perasan sejak dia umur 7 bulan..tiap kali saya makan tau fu fa..saya adala bagi dia rasa sikit- sikit makanan kan.....tapi semakin hari dia makin suka tau..walhal dulu masa saya preganat saya tak suka makan tau fu fa sangat..yang berasaskan soya ni saya kurang sikit..ye mungkin mengikut jejak ibu dia la kan yang semestinya gila tau fu fa..kalau pergi ke pasar malam je mesti  6 bekas saya beli..tu untuk saya sorang je tau..kalau suami nak makan pun dia cuma makan sebekas je..tapi dah ada anak ni saya mesti beli 10 bekas lak...hahahaa...tak taula anak beranak ni kaki lantak ke pe...so tiap kali kalau saya makan tau fu fa ni dah macam acara beregu tau..anak saya mesti nak cepat-cepat habiskan semangkuk yang dia punye lepas tu kecek sikit ibu dia punye..kadang-kadang dia ambil terus bekas saya terus tak bagi saya balik..sabar je la...nak tak nak ibu kene la beralah ambil yang baru..wakakaka....saya kalau beli tau fu fa ni yang gula putih..kalau gula merah saya tak minat sangat..

ni belum mandi lagi ni..bangun pagi je dia terus buka petiais ambil tau fu fa ni..
muka pun macam belum sedar dari mimpi ni...blur blur je lagi.

tengok dia menikmati kesedapan tau fu fa tu....syiokk betul..

 Guna 2 sudu la cepat sikit...teeeheee..kadang-kadang tu dia tonggak je terus dengan bekas tu..huhu


Alahai anak ibu ni...peluk dia ketat ketat...geram..



till then loveliessss...
daaaaaaaaaaaa



Register 2012- Panggilan 2045

Salam semua...

Awal tahun hari tu saya dan suami pergi tabung haji nak register que untuk menunaikan haji..pakai kwsp rm 1300 je..dapat date tahun 2045 bersamaan 1466H..lewat sehari je daftar dia punye jarak setahun,..member register semalamnya dapat tahun 2044..tapi kalau dah mampu boleh kemukakan surat rayuan untuk mintak kecepatan menunaikan haji..:)..Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini di dunia dan Akhirat...Lambat atau cepat semua ketentuan dariNya..kita hanya mampu berdoa...:)
Hati rasa macam tak sabar je nak pergi ke tanah suci Allah...wishlist-mudah-mudahan dapat pergi umrah dan haji bersama anak suami,mak abah....aminnnnn


Geng jom la register..bila lagi??


Doc yang di perlukan
- print statement terkini kwsp
- buku tabung haji( kalau tak ada boleh buat on the spot)..RM10 je
- ic bawa



P&C

II Back to 1998 II


Ya, perempuan masam tu adalah saya...sebelah saya tu suami saya...haha
masa ni saya form 3 dan mamat cinpeng sebelah saya tu form 5...;)


kami awet muda kan????..teeeetttt...

bye..:)

BegediL momma Aqil sedap gilerr

Begedil dah siap di goreng tadi...yummy yummy...jemput makan...gambo soto dah tak sempat nak snap sekejapan je habis..caner nk buat begedil..klik SINI......

bye...:)

Begentel eh BEGEDIL...!!

Hai semua, esok ibu saya nak masak soto..saya tolong ibu buat begedil lah..rajin tak rajin la anak bujang ibu ni??..hehe..uols tau tak begedil tu hape...ala kalau soto mesti la ada begedil..yang di perbuat dari kentang+ bla bla bla...kalau tak ada itu begedil, makan soto tak syiokkk woo....
Mula-mula goreng dulu kentang, goreng jangan sampai hangus..agak-agak isi kentang tu dah lembut dan kuning keemasan kita dah boleh angkat...

Toskan minyak kemudian kita tumbuk kentang sampai lumat, halus dan rata..ngeeee~

Tumbuk kentang ni kene cepat-cepat tau..kalau kentang dah sejuk, dia keras..susah nak tumbuk.**bersungguh-sungguh si kecik tu menumbuk**

 Lenguh la tangan saya..berehat sebentar bersama kit kat...haha, 

Selepas kentang dah lumat dan halus....kita campur dengan bahan-bahan yang lain...ibu masukkan bawang goreng secukup rasa( boleh je kalau nak letak daging hancur ke/ ada orang letak daun sup)..ikut citarasa masing-masing...kalau letak daun,begedil tak tahan lama..udang kering pula blender dulu lepas tu sangai...tau kan sangai tu hape??...ala kita sangai kat atas dapur tanpa minyak..dan campurkan ke kentang tadi..masukkan garam secukup rasa..masukkan lada sulah sikit dan juga kuning telur sahaja(yang putih telur kita guna time nak goreng)...udang kering dan bawang goreng ni uolls agak-agak la letak secukup rasa,kalau nak lebih taruk lebih..tak ada masalah..Lepas tu kita uli jadi doh dan bentuk-bentuk kan dia bulat-bulat dengan penuh kasih sayang..haha

Okey bereh!!!!esok dah boleh goreng...............;)


Anak saya memang suka buat muka cheeky gitu..tu yang nak gigit je tu....haha..=.=!





mudah kan..

selamat mencuba...:)





Good info for us

Hi mommies/daddy di luar sana....
nak share info baru yang saya peroleh dari blog page  yaya...
Ustaz Ismail kamus kata, jangan di cium anak ketika tidur kerana membuat anak lebih degil.


Yaya...sue dan husband pun suka sangat cium anak masa tidur...huhu, sedap kan bau anak...wangi je..lepas ni kene beringat lah..:)

Mengadu Domba

Mari kita hayati bersama-sama….

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
 
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.
 
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
 
Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si polan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.
 
Hukum Mengadu Domba
 
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).
 
Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.
 
Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.
 
Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.
 
Balasan Mengadu Domba
 
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.
 
1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)
Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).
 
2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)
 
3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
 
Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.
 
Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
 
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)
 
2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)
 
3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.
 
4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)
 
5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)
 
6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si polan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).
 
Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.



Semoga kita terpelihara dan di jauhkan dari perbuatan sebegini....
Takut dengan balasan Allah s.w.t



Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net