BerCERAI susu
Kedua-dua anak saya memang saya bagi exclusive breastfeeding. Memang tak de campur dengan susu formula, cuma tentang penyediaan je yang berbeza sebab masa anak pertama dulu saya masih bekerja, so lebih praktikal, kene prepare stok susu bebanyak. Satu peti ais penuh susu je. Tapi tu semua bukan bebanan okay, Anak kedua lebih mudah sebab saya bagi direct feeding je sebab dah duduk rumah kan. Lapar je sua je nenss tu, senyaplah dia..hehehe.. Tips nak susu banyak ni uolls jangan stress mesti rasa happy je sentiasa. Milk Booster secara semula jadi..:). Mudah-mudahan dapat juga menyusukan anak kedua ni hingga 2/3 tahun. Aaminn.
Okay ni nak cerita anak sulung saya, Abang aqil memang tak nak minum susu lain selain susu gantung mak dia ni. Lebih 3 tahun lah. Even saya mengandung anak yang kedua pun dia masih menyusu. Doktor kata tiada masalah dan terus bagi sokongan. Hingga saya dah bersalin pun dia masih menyusu, adik puting kanan, abang belah kiri..Saya cakap kat dia, Abang dah handsome tak pakai pampers dah tapi masih nak (ashue)susu lagi. Malu ah, (ashue)susu adik punya, nanti dia cakap No No, kadang-kadang tu dia tolak adik tak bagi adik hisap nens.Ngengada sangat si abang ni tau. Saya dah macam beranak kembar pulak..haha..Bonding antara mak dengan anak memang kuat bila BF ni. Manjers sangat dia ni.
Tapi lepas dia demam kan. Ha lagi satu anak bujang ni susah sangat nak makan ubat. Memang tak jalan la kau pujuk macam mana sekalipun. Dia boleh tutup rapat-rapat mulut tu, ketap gigi then buang balik ubat tu..Huh. Ha siaplah kau bila mak dah jadi Raksasa Hijau kan..Memang ku buka mulut dia kene sumbat gak ubat kalau tak demam dia memang susah nak kebah. Lagi kau menangis lagi mudah keje mak kau ni...hahahha, ye la mulut dah ternganga luas kan.
Bukan tak berusaha ceraikan,tapi memang tak jalan kau letak lah kunyit ke segala bapak kunyit, dia boleh slamber je hisap lagi.lol.Mungkin dia stop sebab dia takut kene makan OBAT!!..hahaha...yurp tiap kali dia nak susu je saya mesti cakap okay, abang kalau nak susu makan ubat dulu k. Mesti dia kata tak nak. Sedih pula rasanya bila dah berpisah ni, kadang-kadang kelakar tengok peel dia, die boleh nak cium je nens tu,lepas tu mesti nak tidur bawah tangan saya selagi dia boleh dekat dengan nens tu. Nanti dia cakap kat saya, nak yum je (cium).lol
Sekarang ni dia minum susu Fernleaf Coklat, bab susu formula ni nanti saya cerita kat entry lain k.
Ha barulah Handsome anak ibu. Tak pakai pampers lagi+ Tak hisap nens lagi..Good Boylah. Sayang dia.
Kedai Lampu Perhiasan paling MURAH, Puchong
Pix yang bawah ni saya nampak kat Google, cuma nak bagitau uols harga dia RM99 je tau, tapi suami i tak suka design topi-topi macam nih..haha
Babai
Anakku memang lambat berGIGI
Apa perbezaan antara dua gambar di atas?...hehehe
Kedua-duanya anak saya.
Yang atas si abang masa umur 10 bulan,
Yang bawah si adik kini umur 9bulan.
OOhh Teee Dee la kengkononnya....Abang dan adik pakai baju dan seluar yang sama..Off course lah baju dan jeans si abang dulu..guna pakai sajo..janji ROWK!,..:)
** Ibunya tu tetap satu, ye la sama ibu kan..kahkah, rasanya gambar dulu tu pipi i macam tembun sikit lepas tu mata pun nampak besar sikit, sekarang macam kecik sikit, pesal ek?..Kau nak kata sekarang kau lagi cun ke hape?..hahahha..bolehla di kategorikan seperti itu, eh aku tak kata la orang yang kata...Alhamdulillah. lagipun semua ni pinjaman dunia je. Biar kita cantik di dunia dan di akhirat.Ni semua gara-gara Ferwhite dan Aurawhite. Pergi salahkan mereka sebab buat aku cantik. lol>
Nak cantik di dunia- Makan la ape pun janji kulit mulus gebus. (psst: Kalau nak beli Ferwhite or Aurawhite bole roger kita sebab kita jual) lalalala~
Nak cantik di Akhirat- Tambahkan Iman, Bila Hati kita bersih Automatik muka kita nampak Cantik..Setuju?. sejuk je mata memandang
Ok berbalik kepada tajuk di atas, bukan nak ngomel banyak pun kan..sok sek sok sek pun dah buang masa. Kedua-dua anak saya ni memang lambat tumbuh gigi, Member-member dia yang lain semua dah 4/ 5 batang gigi. Baru saya perasan si abang umur 10 bulan pun masih bergusi, adik kira cepat sebulan je dari abang. 9 bulan tu pun baru tumbuh satu gigi bawah. Tapi dah berdiri, berjalan tapi pegang-pegang tepi, dah panjat grill, dah laju naik tangga. So betul lah orang kata ya kalau cepat berjalan lambat tumbuh gigi. Jika cepat tumbuh giginya lambat dapat kaki. Wallahualam.
Throwback gambar abang ..10 bulan dah pandai bawa kereta kau..
Selamat Hari sabtu...:)
Follow my IG
Anak-anak pun masih tidur lagi, nanti dah bangun tak de nye boleh mengadap benda ni. Almaklumlah derang ni bila dah bangun non stop main,tak letih kot, maknye yang letih.. So nak update belog ni punya pasal kelam kibut la rasanya..hahaha,
So saya banyak update gambar anak-anak kat Laman Insta je..ye la post gambar banyak-banyak je pun tak perlu idea menulis..lol
Kalau sudi Follow la ye..Hurm acct ni saya privacykan. So tunggu saya Approve k.
Asuesiskandar
Budget Retis pulok!..nak tunggu Approved bagai...wink***
Ting..tukar balik
Alaa tukar balik ke design pertama je, sebabnya i rasa bersih, jiwa tenang je tak serabut sangat mata memandang. Biarlah kau kata skema ke aku memang skema kot..arghh pedulik janji cantik bersih pada pandangan mataku...huehuehue
bye,
Bertukar!!!!! lol
Header Cun derr...
Nampak tak perubahan belog eden nih..nampak tak tajuk yang tak boleh blah tu..hahahaha..saje la malam-malam ni cari mood. Tuan tanah pun dah muak tengok rupa blog ni asik wajah lama je kan, apetah lagi uolss mesti bosan tahap gaban kan.
Hurm dengan sebelah layan anak dara ni dengan ipad dia, anak bujang i sibuk joget terloncat-loncat atas katil layan pororo dia, dua-dua masih segar mata tak tidur lagi waktu cenggini. Sambil layan derang ni tangan mummy pun laju design header baru. Idea tak ada tapi jalan je la janji tukar header ni.lol
Design ada banyak tapi tunjuk yang lawa je la kot..bahahha
Design pertama macam ni rupa, suka sebab dia nampak bersih je cuma nampak ayat-ayat macam skema pulak..:)
Ni Design kedua..konon nak bagi text tu macam style sikit tapi rasa macam dah terlebih edit pulak, tak best.comot
Ni Design ketiga, yang mana terpilih, sebab aqil choose this one..he said, ni lawa bu..ni! ni!saya tak sure dia kate mak dia yang lawa or header ni..off course la mak dia kan..>perasan
Rasanya macam serabut juga tapiiii nampak macam Art gitu.Art lah sangat kenn...cun la pada mata aku..mihmihmih.
Ok Sekian,
Kalau sudi follow la IG saya ye- Asuesiskandar-
Berbakti kepada tanah
Assalamualaikum..
Sebenarnya tak tahu apa yang nak di coretkan dalam blogku ini..kadang-kadang banyak nak cerita tapi atas kekangan masa tak sempat makanya basilah cerita tu kan...hihi..korang ingat tak dari sejak saya mengandungkan anak pertama saya ada satu hobi iaitu bercucuk tanam..ecewahh walaupun tanam dalam pasu je kira berbaktilah jugak kan..lol.
Walaupun saya ni kategori yang suka bunga-bunga hidup tapi saya lebih bahagia jika tanaman saya gemok-gemok tau. Walhal tak pernah lagi tanam bunga..eh saya suka bunga lily,orchird,rose ada lagi tapi tak sure namanya lah..haha.
Okay cerita pasal pokok.Tanaman ku yang menjadi cuma Pokok kunyit,Pokok Kari,Pokok cekur,Pokok Kucai, Daun kesom pun baru nak merimbun balik. Yang tak jadi Pandan, Pokok cili padi, Pokok Halia..haih payah juga ye. Dah banyak kali tau,bila dia dah gemok dah keluarkan hasil lepas tu dia mati.:(
Yang Pandan, Kesom,cili,tomato mati dari rumah lama.Cuaca panas saya siram banyak air pun dia tetap kering..huhu.Paling tragis bila kesemua pokok tanaman saya ni mati. Macam kene racun tau sebab saya letak tanaman semua kat luar pagar.Sebab kalau kering dia tak macam tu..ni terus macam rumput yang lepas di racun, terus kuning kering sampai ke akarnya kan.Macam tu la rupanya.Hurmm sapela yang pedajal tu..Jelly la tuh..hikhik.malas nak amik port sangat.
Di tambah pula, Jiran cakap anjing yang selalu berlegar legar depan jalan kawasan kiteorang tu ditemui mati kat kebun tepi tu..anak beranak kau mati.jiran tu kata macam kene racun.Masa pokok pokok saya tu mati masa tu jugalah anjing tu mati. Ha btol lah kan macam kene racun kan.Sampai sekarang kot saya masih fikir siapalah yang tergamak meracun binatang. Walaupun saya ni hati kering tapi tak tergamak buat macam tu kat binatang walaupun dia HARAM. Kesian kau. Anjing tu betina dia ada anak 4. Semua mati.:((..Wallahualam.fikir positif je mungkin dah sampai ajal dia kan.:)
Anjing tu tak kacau orang cuma dia berlegar-legar depan tu. lagi-lagi depan rumah saya. Time kereta kiteorang balik dia anak beranak mesti jemput depan tu..macam tau-tau je kan.Dengan orang lain tak macam tu.Mungkin anjing hutan kot. Kita pun suka bagi sisa-sisa makanan yang tak habis tu tuk dia,campak je kat kebun tu. Kalau ada roti ke pe kitaorang bagi..Aqil pun siap campak roti dari dalam gate je la..hehe..kalau ikut dia mau dia kejar-kejar Dog tu dia ingat Cat.
Hoi mak encik mau cerita pokok ke binatang nih..hehe..ala biasalah mesti ada kisah sampingan baru banyak sikit nak coret kat sini kan.>mata ke atas<
Oklah ni pokok saya yang baru nak putik balik..huhuk..Pokok cili nanti mesti kene tanam balik.cili kan mahal..Eh ada pokok khailan tetiba nak hidup..ala pasu cenonet besar mana je ko nak..nanti mak tukar pasu ek.Psst rasanya nak tanam pokok serai dalam pasu la..haha..Satu je Serai ni bila dah merimbun saya takut nak p ambil..acaner tu.haha.
Semoga tanaman aku semakin gemok dan gebus macam tuannya..bahahaha..Rumah tak de tanah so semua kita PASUkan. Ada aku kisah?
Eh sebenarnya nak tukar pasu-pasu tu dengan pasu yang panjang2 tu kan. nampaklah kemas je..tapi tapi tapi takut pulak pokok tu mati..sebab ingat mak cakap kalau nak alihkan pokok kene cepat2.kalau tak nanti akarnya masuk angin tu yang tak jadi..ohhhh macam Bantat ye mak..
BANTAT??? Asal boleh je ekau ni nak.
Bye;)
Kuih Cara Berlauk
Dari puasa haritu hingga dah habis raya kot saya baru nak post cara buat kuih ni..hehe sori uolss lama benar menunggu mummy busy sangat la kot..Kuih cara berlauk ni memang feveret kami..lagi-lagi en.suami..kuih tradisional gini memang susah nak dapat sekarang ni kan..kalau ada pun intinya sikit sangat..macam makan tepung je..huh..so better buat sendiri kan lagipun senang buatnya saya buat atas dapur je hihi..letak acuan lepas tu tutup pakai tudung periuk..kita buat dia kan..;)
Bahan-bahan:
1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Air dan ½ cawan Susu Segar (Boleh juga ganti dengan 1½ cawan Santan jika ada)
1 biji Telur
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Garam
Cara menyediakannya:-
Satukan semua bahan-bahan diatas, masukkan dalam blender dan blend hingga sebati kesemuanya.
Bahan-bahan Inti;
Daging Hancur
1 biji Bawang Bombay (Bawang Besar) *
1 cm Halia *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu kecil Jintan Manis *
1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu besar Cili Boh Serbuk Kari secukupnya Daun Kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:-
-Tumbuk/kisar bahan bertanda (*).
- Bawang Bombay dipotong dadu.
-Tumiskan bawang bombay dan bahan kisar. Bila naik bau, masukkan cili boh dan gorengkan hingga pecah minyak.
- Masukkan rempah kari dan daun kari.
-Masukkan daging dan goreng hingga masak dan Perasakan dengan garam.
Perhiasan
-Hirisan lada merah
-Hirisan daun bawang/sup
So kita tayang gambar-gambar nya ye..
Selamat Mencuba..aqil pun suka;)..Ayah confirm makan banyak..Suami suka,isteri Gumbira...
PUREEN Sales
Weahuuuu inilah yang di tunggu2 oleh mummy2 dan bakal2 ibu sekalian..pergilah serbu pureen buat sale minggu ni..pasti berbaloi-baloi...murah2..last saya pergi masa dah sarat memboyot perut..berlaga2 perut okeh...haha..Kali ni tak pergi kot sebab banyak hal yang perlu di settlekan..ewahhhh busy ngalahkan PM je...hikhik..
K lah selamat bershoppin uollls..;)
Pre Order Furla Candy Bag till 25April2013
Hye semua...
Ya saya memang suka benda2 yang cantek..apa je yang cantekk saya suka..sape tak suka kan?..dah namanya perempuan..hehe..
Saya ada open pre order for furla..ni bukan ori ye..ni REPLICA gred 1:1 Quality exactyly same like ori from HK..Original price nearly RM1k abve..semua customer pueh hati..meh sambar sebijik..kali ni open pre order sampai 25April ni k..All below RM400..termurah di pasaran..Deposit RM250..balance paid when item arrived malaysia on 9/10 May..
I wish i have all this color..semuanya gojezz2..more picture boleh tengok kat Facebook Nong Empire Couture..Plain/Glitter/Snakes/Dalmation..wowww tidur malam pun tak lena..Range RM340-RM390 je..
Nak order??..PM kat FB Nong Empire Couture or email nong.empire@gmail.com ...
The Sabtu "Desa Waterpark"
Salam semua..
Ni cerita hari sabtu yang lepas..tempat keje hubby ada buat family day kat Desa Waterpark..best la kan..main air..hoyehhh..tapi yang tak best ibu tak bole nak join sebab sufi kecik lagi..hihi..tak sabar tunggu dia besar sikit nak bawa g swim..
Pagi ni anak beranak bangun awal..pukul 10 dah sampai..sampai-sampai je Aqil terus nak lompat dalam air..ye dia memang hantu air..pantang jumpa and kompem tak nak naik..huh
Sufi., cepat 5 bulan..nanti kita boleh join abang dengan ayah swimming..best tau!!..hehe
Seharian panas..Dari pagi pukul 10 sampai 4 petang berendam dalam air tu pun nangis2 tak nak naik..haizz..Sunburn terus aqil dengan ayah..gelapp!!kami yang tak mandi ni pun sunburn gak..panas sangat cuaca sekarang nih..
Dah lepas mandi terbongkang terus tido kepenatan abang..makan pun laju2 terus tido..
Ok kul 4 lebih terus balik..penatt sangat..saya yang tak mandi pun penat..haha..makanan semua mahal..ABC RM4..Mineral btl kecik RM3..biasalah tu kan mahal tapi rupa tak semenggah pun..tak sedap..hihi
Sekian..bye
My Cheeky son Aqil Iskandar turn 3
Yess!! He turn 3y and my beautiful darlink turn 4m...Alhamdulillah..;)
Ni pix malam tadi..early birthday celebration with just a family je..
He so happy when im preparing tats pulut kuning for him...tats why telor telor semua dia makan dulu...haha..Aqil oh Aqil..masa saya tengah cuci dan nak rendam pulut tu kan..die leh nyanyi lagu besday..macam tau2 je tu untuk dia..
Tengok budak sunburn yang happy giler potong cake pulut..Semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa menjadi kebanggaan dan kebahagiaan ibu dan ayah Dunia Akhirat..Aminn..
Walaupun ibu tak reti nak deco2 pulut kuning tu..haha..hentamm sajoo..ibu nak anak-anak ibu tahu yang ibu sayangggggg sangat kat kamu berdua..you're my heart..my soul..Nyawa ayah dan ibu..:)
Bayar ASB Thru Online je mudah
Apalaaaa
Ok..tengah godeh2 blog guna hp memalam nih saya terdelete entry sendiri..haha..amik ko..rasa nak hempas kepala kat dinding sekarang..lol
nite..sobs
Penyediaan Solid food utk si manjess 6m above
Salam semua..
Bagi baby yang fully BF seelok2 bagi solid food 6m..
CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:
1. Rebus @ stim buah/sayur. Kalau rebus,rebus satu2 buah/sayur.Gunakan sikit je air di atas api yang kecik. Kalau stim pula, bolehlah masukkan semua sekali semua jenis2 sayur/buah…
* Sayur yg baby leh makan dan boleh di buat puree:
o Bayam Hijau@Merah
o Brocoli
o Kentang
o Carrot
o Pumpkin
o Avocado
o Cauliflower
o Appricot ( blend dgn blend kering dulu)
o Cranberry..tomato pun saya campur..ikut keselesaan mommies k.
* Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) untuk di buat puree :
o Pear
o Epal Merah
o Pisang
o Strawberry
o Blueberry
2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2… Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.
3. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan, boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer. Bekas utk simpan puree tu kalu boleh jgn beli yang murah dan x berkualiti, takut akan meninggalkan kesan yang tak elok untuk si manja kita.
CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:
1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, atau boleh dicampur dgn susu bayi..Semua bergantung keselesaan si manja n mommies.)
2. Selepas diberi percubaan dgn nasi kosong @ si manja telah boleh menerima solid food, bolehlah dicampur dgn sayur.Untuk permulaan,cuba satu2,jgn campur dlm 1 hidangan.Lakukan selama 3 hari @ seminggu untuk melihat perubahan pada si manja.Lain baby, lain penerimaannya.
3. Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer . Letak tarikh setiap 1 bekas supaya kita tidak terlalu lama menyimpannya.
CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING
* Ikan yang boleh di makan (ikan/ayam saya mula bagi sewaktu anak saya 8 bulan.)
o ikan salmon (mmg banyak khasiat)
o ikan yu
o ikan kurau
o ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
1. Stim @ rebus ayam/ikan/daging smpai lembut…
2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby…Tapi saya x bagi daging sebab susah nk dpt daging yang lembut.For safety, biar tunggu si manja setahun lebih baru diberi merasa daging..
3. Bekukan sama mcm sayur/buah.
Siap di hidang..yummy!!!!…. TAMBAHAN
—- Bila nak guna, panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katanya penyebab barah)…
—- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga…:)
—- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang.Walaupun sibuk bekerja still dapat si manja kita makanan dr air tangan kita.
—- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke… pusing2 la… kalau nk tambah ikan bilis pun boleh… beli ikan bilis yang mahal skit… yg kurang garamnya… bakar dlm oven..tapi saya sangai je ikan bilis kat pan tanpa minyak..blend dgn blender kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur…
Tempoh penyimpan: (freezer storage)
o vegetables / fruits puree=6bln
o fish = 10 weeks meat
o chicken =10 weeks
o 6bln puree’s with milk 4-6 weeks
o kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok untuk baby..
* (semua di atas tempoh yang boleh disimpan, tapi seelok2nya, demi kasih sayang dgn si manja kita, better seminggu sekali buat stok baru.)
—- Dgn cara asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), kita dapat tahu si manja kita allergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka…
------> Telur pun dah boleh bagi sikit2..kuning putih..nak tau diq allergic tak dengan telur..mcm aqil dlu allergic,bila makan je kuar gatal2 kt badan muka..huh..tapi sekarang dia yg giler telor..hari2 mau telur..haha
Tapi Tapi Tapi saya suka buat bubur untuk si manja saya hari2..pagi2 dah ketang ketung kat dapur..cuma puree slalu msuk kat cube snang hntar kt BS..sekarang lebih banyak masa sbb dah jaga kedua2 manjess nih..uihh letey weii tangan mommy ni dah macam sotong banyaknya...hahaha
Salute diri sendiri!!! chewahh..salute mommies2 fullyhousewife semua....lagi2 yg anak dah 4 5 6..saya br 2 dah rasa nk pengsan..lagi penat dr keje dulu..Otak ligat je dengan anak2 plus nak masak apa hari2.:)
ok jom follow mommy nye instagram Choonlyasue ...hahaha..sekarang udah kureng sikit mau ber FB..:D
bye
About
1 month - 5.0kg
2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg


















