Anakku memang lambat berGIGI

 



Apa perbezaan antara dua gambar di atas?...hehehe
Kedua-duanya anak saya. 
Yang atas si abang masa umur 10 bulan,
Yang bawah si adik kini umur 9bulan. 
OOhh Teee Dee la kengkononnya....Abang dan adik pakai baju dan seluar yang sama..Off course lah baju dan jeans si abang dulu..guna pakai sajo..janji ROWK!,..:)

** Ibunya tu tetap satu, ye la sama ibu kan..kahkah, rasanya gambar dulu tu pipi i macam tembun sikit lepas tu mata pun nampak besar sikit, sekarang macam kecik sikit, pesal ek?..Kau nak kata sekarang kau lagi cun ke hape?..hahahha..bolehla di kategorikan seperti itu, eh aku tak kata la orang yang kata...Alhamdulillah. lagipun semua ni pinjaman dunia je. Biar kita cantik di dunia dan di akhirat.Ni semua gara-gara Ferwhite dan Aurawhite. Pergi salahkan mereka sebab buat aku cantik. lol> Sila Muntah Kahak Hijau <

Nak cantik di dunia- Makan la ape pun janji kulit mulus gebus. (psst: Kalau nak beli Ferwhite or Aurawhite bole roger kita sebab kita jual) lalalala~

Nak cantik di Akhirat- Tambahkan Iman, Bila Hati kita bersih Automatik muka kita nampak Cantik..Setuju?. sejuk je mata memandang

Ok berbalik kepada tajuk di atas, bukan nak ngomel banyak pun kan..sok sek sok sek pun dah buang masa. Kedua-dua anak saya ni memang lambat tumbuh gigi, Member-member dia yang lain semua dah 4/ 5 batang gigi. Baru saya perasan si abang umur 10 bulan pun masih bergusi, adik kira cepat sebulan je dari abang. 9 bulan tu pun baru tumbuh satu gigi bawah. Tapi dah berdiri, berjalan tapi pegang-pegang tepi, dah panjat grill, dah laju naik tangga. So betul lah orang kata ya kalau cepat berjalan lambat tumbuh gigi. Jika cepat tumbuh giginya lambat dapat kaki. Wallahualam.




Throwback gambar abang ..10 bulan dah pandai bawa kereta kau..



Selamat Hari sabtu...:)


Follow my IG

Assalamualaikum, 

Anak-anak pun masih tidur lagi, nanti dah bangun tak de nye boleh mengadap benda ni. Almaklumlah derang ni bila dah bangun non stop main,tak letih kot, maknye yang letih.. So nak update belog ni punya pasal kelam kibut la rasanya..hahaha, 

So saya banyak update gambar anak-anak kat Laman Insta je..ye la post gambar banyak-banyak je pun tak perlu idea menulis..lol 



Kalau sudi Follow la ye..Hurm acct ni saya privacykan. So tunggu saya Approve k.

Asuesiskandar

Budget Retis pulok!..nak tunggu Approved bagai...wink***

Ting..tukar balik

Baru je semalam tukar header, hari ni dah tukar lagi??

Alaa tukar balik ke design pertama je, sebabnya i rasa bersih, jiwa tenang je tak serabut sangat mata memandang. Biarlah kau kata skema ke aku memang skema kot..arghh pedulik janji cantik bersih pada pandangan mataku...huehuehue

bye, 

Bertukar!!!!! lol

 

Header Cun derr...

Salam loveliess,,,

Nampak tak perubahan belog eden nih..nampak tak tajuk yang tak boleh blah tu..hahahaha..saje la malam-malam ni cari mood. Tuan tanah pun dah muak tengok rupa blog ni asik wajah lama je kan, apetah lagi uolss mesti bosan tahap gaban kan.
Hurm dengan sebelah layan anak dara ni dengan ipad dia, anak bujang i sibuk joget terloncat-loncat atas katil layan pororo dia, dua-dua masih segar mata tak tidur lagi waktu cenggini. Sambil layan derang ni tangan mummy pun laju design header baru. Idea tak ada tapi jalan je la janji tukar header ni.lol

Design ada banyak tapi tunjuk yang lawa je la kot..bahahha

Design pertama macam ni rupa, suka sebab dia nampak bersih je cuma nampak ayat-ayat macam skema pulak..:)

Ni Design kedua..konon nak bagi text tu macam style sikit tapi rasa macam dah terlebih edit pulak, tak best.comot

Ni Design ketiga, yang mana terpilih, sebab aqil choose this one..he said, ni lawa bu..ni! ni!saya tak sure dia kate mak dia yang lawa or header ni..off course la mak dia kan..>perasan



Rasanya macam serabut juga tapiiii nampak macam Art gitu.Art lah sangat kenn...cun la pada mata aku..mihmihmih.




Ok Sekian,



Kalau sudi follow la IG saya ye- Asuesiskandar-


Berbakti kepada tanah

Assalamualaikum..

Sebenarnya tak tahu apa yang nak di coretkan dalam blogku ini..kadang-kadang banyak nak cerita tapi atas kekangan masa tak sempat makanya basilah cerita tu kan...hihi..korang ingat tak dari sejak saya mengandungkan anak pertama saya ada satu hobi iaitu bercucuk tanam..ecewahh walaupun tanam dalam pasu je kira berbaktilah jugak kan..lol.

Walaupun saya ni kategori yang suka bunga-bunga hidup tapi saya lebih bahagia jika tanaman saya gemok-gemok tau. Walhal tak pernah lagi tanam bunga..eh saya suka bunga lily,orchird,rose ada lagi tapi tak sure namanya lah..haha.

Okay cerita pasal pokok.Tanaman ku yang menjadi cuma Pokok kunyit,Pokok Kari,Pokok cekur,Pokok Kucai, Daun kesom pun baru nak merimbun balik. Yang tak jadi Pandan, Pokok cili padi, Pokok Halia..haih payah juga ye. Dah banyak kali tau,bila dia dah gemok dah keluarkan hasil lepas tu dia mati.:(

Yang Pandan, Kesom,cili,tomato mati dari rumah lama.Cuaca panas saya siram banyak air pun dia tetap kering..huhu.Paling tragis bila kesemua pokok tanaman saya ni mati. Macam kene racun tau sebab saya letak tanaman semua kat luar pagar.Sebab kalau kering dia tak macam tu..ni terus macam rumput yang lepas di racun, terus kuning kering sampai ke akarnya kan.Macam tu la rupanya.Hurmm sapela yang pedajal tu..Jelly la tuh..hikhik.malas nak amik port sangat.

Di tambah pula, Jiran cakap anjing yang selalu berlegar legar depan jalan kawasan kiteorang tu ditemui mati kat kebun tepi tu..anak beranak kau mati.jiran tu kata macam kene racun.Masa pokok pokok saya tu mati masa tu jugalah anjing tu mati. Ha btol lah kan macam kene racun kan.Sampai sekarang kot saya masih fikir siapalah yang tergamak meracun binatang. Walaupun saya ni hati kering tapi tak tergamak buat macam tu kat binatang walaupun dia HARAM. Kesian kau. Anjing tu betina dia ada anak 4. Semua mati.:((..Wallahualam.fikir positif je mungkin dah sampai ajal dia kan.:)

Anjing tu tak kacau orang cuma dia berlegar-legar depan tu. lagi-lagi depan rumah saya. Time kereta kiteorang balik dia anak beranak mesti jemput depan tu..macam tau-tau je kan.Dengan orang lain tak macam tu.Mungkin anjing hutan kot. Kita pun suka bagi sisa-sisa makanan yang tak habis tu tuk dia,campak je kat kebun tu. Kalau ada roti ke pe kitaorang bagi..Aqil pun siap campak roti dari dalam gate je la..hehe..kalau ikut dia mau dia kejar-kejar Dog tu dia ingat Cat.

Hoi mak encik mau cerita pokok ke binatang nih..hehe..ala biasalah mesti ada kisah sampingan baru banyak sikit nak coret kat sini kan.>mata ke atas<

Oklah ni pokok saya yang baru nak putik balik..huhuk..Pokok cili nanti mesti kene tanam balik.cili kan mahal..Eh ada pokok khailan tetiba nak hidup..ala pasu cenonet besar mana je ko nak..nanti mak tukar pasu ek.Psst rasanya nak tanam pokok serai dalam pasu la..haha..Satu je Serai ni bila dah merimbun saya takut nak p ambil..acaner tu.haha.

Semoga tanaman aku semakin gemok dan gebus macam tuannya..bahahaha..Rumah tak de tanah so semua kita PASUkan. Ada aku kisah?

Eh sebenarnya nak tukar pasu-pasu tu dengan pasu yang panjang2 tu kan. nampaklah kemas je..tapi tapi tapi takut pulak pokok tu mati..sebab ingat mak cakap kalau nak alihkan pokok kene cepat2.kalau tak nanti akarnya masuk angin tu yang tak jadi..ohhhh macam Bantat ye mak..

BANTAT??? Asal boleh je ekau ni nak.

Bye;)

Kuih Cara Berlauk

Dari puasa haritu hingga dah habis raya kot saya baru nak post cara buat kuih ni..hehe sori uolss lama benar menunggu mummy busy sangat la kot..Kuih cara berlauk ni memang feveret kami..lagi-lagi en.suami..kuih tradisional gini memang susah nak dapat sekarang ni kan..kalau ada pun intinya sikit sangat..macam makan tepung je..huh..so better buat sendiri kan lagipun senang buatnya saya buat atas dapur je hihi..letak acuan lepas tu tutup pakai tudung periuk..kita buat dia kan..;)

Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Air dan ½ cawan Susu Segar (Boleh juga ganti dengan 1½ cawan Santan jika ada)
1 biji Telur
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Garam

Cara menyediakannya:-

Satukan semua bahan-bahan diatas, masukkan dalam blender dan blend hingga sebati kesemuanya.

Bahan-bahan Inti;

Daging Hancur
1 biji Bawang Bombay (Bawang Besar) *
1 cm Halia *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu kecil Jintan Manis *
1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu besar Cili Boh Serbuk Kari secukupnya Daun Kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-

-Tumbuk/kisar bahan bertanda (*).
- Bawang Bombay dipotong dadu.
-Tumiskan bawang bombay dan bahan kisar. Bila naik bau, masukkan cili boh dan gorengkan hingga pecah minyak.
- Masukkan rempah kari dan daun kari.
-Masukkan daging dan goreng hingga masak dan Perasakan dengan garam.

Perhiasan
-Hirisan lada merah
-Hirisan daun bawang/sup

So kita tayang gambar-gambar nya ye..

Selamat Mencuba..aqil pun suka;)..Ayah confirm makan banyak..Suami suka,isteri Gumbira...

PUREEN Sales

Weahuuuu inilah yang di tunggu2 oleh mummy2 dan bakal2 ibu sekalian..pergilah serbu pureen buat sale minggu ni..pasti berbaloi-baloi...murah2..last saya pergi masa dah sarat memboyot perut..berlaga2 perut okeh...haha..Kali ni tak pergi kot sebab banyak hal yang perlu di settlekan..ewahhhh busy ngalahkan PM je...hikhik..

K lah selamat bershoppin uollls..;)

Pre Order Furla Candy Bag till 25April2013

Hye semua...

Ya saya memang suka benda2 yang cantek..apa je yang cantekk saya suka..sape tak suka kan?..dah namanya perempuan..hehe..

Saya ada open pre order for furla..ni bukan ori ye..ni REPLICA gred 1:1 Quality exactyly same like ori from HK..Original price nearly RM1k abve..semua customer pueh hati..meh sambar sebijik..kali ni open pre order sampai 25April ni k..All below RM400..termurah di pasaran..Deposit RM250..balance paid when item arrived malaysia on 9/10 May..

I wish i have all this color..semuanya gojezz2..more picture boleh tengok kat Facebook Nong Empire Couture..Plain/Glitter/Snakes/Dalmation..wowww tidur malam pun tak lena..Range RM340-RM390 je..

Nak order??..PM kat FB Nong Empire Couture or email nong.empire@gmail.com ...

The Sabtu "Desa Waterpark"

Salam semua..

Ni cerita hari sabtu yang lepas..tempat keje hubby ada buat family day kat Desa Waterpark..best la kan..main air..hoyehhh..tapi yang tak best ibu tak bole nak join sebab sufi kecik lagi..hihi..tak sabar tunggu dia besar sikit nak bawa g swim..

Pagi ni anak beranak bangun awal..pukul 10 dah sampai..sampai-sampai je Aqil terus nak lompat dalam air..ye dia memang hantu air..pantang jumpa and kompem tak nak naik..huh

Sufi., cepat 5 bulan..nanti kita boleh join abang dengan ayah swimming..best tau!!..hehe

Seharian panas..Dari pagi pukul 10 sampai 4 petang berendam dalam air tu pun nangis2 tak nak naik..haizz..Sunburn terus aqil dengan ayah..gelapp!!kami yang tak mandi ni pun sunburn gak..panas sangat cuaca sekarang nih..

Dah lepas mandi terbongkang terus tido kepenatan abang..makan pun laju2 terus tido..

Ok kul 4 lebih terus balik..penatt sangat..saya yang tak mandi pun penat..haha..makanan semua mahal..ABC RM4..Mineral btl kecik RM3..biasalah tu kan mahal tapi rupa tak semenggah pun..tak sedap..hihi

Sekian..bye

My Cheeky son Aqil Iskandar turn 3

Yess!! He turn 3y and my beautiful darlink turn 4m...Alhamdulillah..;)

Ni pix malam tadi..early birthday celebration with just a family je..
He so happy when im preparing tats pulut kuning for him...tats why telor telor semua dia makan dulu...haha..Aqil oh Aqil..masa saya tengah cuci dan nak rendam pulut tu kan..die leh nyanyi lagu besday..macam tau2 je tu untuk dia..

Tengok budak sunburn yang happy giler potong cake pulut..Semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa menjadi kebanggaan dan kebahagiaan ibu dan ayah Dunia Akhirat..Aminn..

Walaupun ibu tak reti nak deco2 pulut kuning tu..haha..hentamm sajoo..ibu nak anak-anak ibu tahu yang ibu sayangggggg sangat kat kamu berdua..you're my heart..my soul..Nyawa ayah dan ibu..:)

Bayar ASB Thru Online je mudah



Assalamualaikum semua...


Dah lama rasanya jari ni tak menaip entry sensasi cewah. Saya tahu ramai yang nak tahu macam mana saya transfer online ke ASB kan..mudah je main pakai klik klik je. 
Saya pun baru je tahu sebab selama ni dok tunggu turn nak berurusan di kaunter..Terima kasih kat Miera...dia yang buat tuto macam mana nak go thru online..so hari ni meh kita share sesame. Sharing is Helping kan?...walaupun kita tak pernah bersua muka..hanya berdondang sayang kat blog je kamu kamu kamu kamu semua kawan saya yang saya sayang..haha.,**ayat tak boleh blah**.eh betul lah..tak tipu...:)

ok sesiapa yang dah tau tu dok dendiam je la ek..saya nak bagitahu yang belum tahu je..:)

Ni saya tunjukkan cara cemane nak daftar. Ye uolls. Kene daftar dulu baru boleh jalankan sesi transfer bagai. So sila sediakan buku ASB kat sebelah anda untuk memudahkan rujukan. Okeh!!Lets start,


Memula skali login la m2u as usual. www.maybank2u.com.my
 

Langkah Pertama,
Klik ke bahagian Investment dan nampak tak ASNB Unit trust tu.

  
Langkah Kedua,
Then uolss klik button add tepi tu k.

Langkah ke Tiga,
Selected kat Amanah Saham Bumiputera then continue



Langkah ke Empat, 
Baca semua T& C sampai habis then tick kat kotak kecik tu then tekan continue. 






Langkah ke Lima,
Sila isikan kesemua maklumat yang diperlukan ya



Membership no : No ASB anda
Member ID no : No kad pengenalan anda
Members name : Nama anda

Then klik button continue dah tamat register..:)


Nanti uolls check balik la. Status dia akan pending. Usually approval dalam 2 3 hari gitu untuk status bertukar kepada Active.
Bila da dapat status Active, korang klik kat ASNB Payment tu dan buatlah urusan transfer seperti biasa. Sama je macam korang transfer duit hari2 tu :)

Waktu urusan transfer pula hanya pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Dia akan proses pada hari yang sama.
 


Okeh done...guyss cepat register..tambah lagi satu keje senang..yay!





Apalaaaa

Ok..tengah godeh2 blog guna hp memalam nih saya terdelete entry sendiri..haha..amik ko..rasa nak hempas kepala kat dinding sekarang..lol

nite..sobs

Penyediaan Solid food utk si manjess 6m above


Salam semua..

Bagi baby yang fully BF seelok2 bagi solid food 6m..

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus @ stim buah/sayur. Kalau rebus,rebus satu2 buah/sayur.Gunakan sikit je air di atas api yang kecik. Kalau stim pula, bolehlah masukkan semua sekali semua jenis2 sayur/buah…

* Sayur yg baby leh makan dan boleh di buat puree:

o Bayam Hijau@Merah

o Brocoli

o Kentang

o Carrot

o Pumpkin

o Avocado

o Cauliflower

o Appricot ( blend dgn blend kering dulu)

o Cranberry..tomato pun saya campur..ikut keselesaan mommies k.

* Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) untuk di buat puree :

o Pear

o Epal Merah

o Pisang

o Strawberry

o Blueberry

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2… Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan, boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer. Bekas utk simpan puree tu kalu boleh jgn beli yang murah dan x berkualiti, takut akan meninggalkan kesan yang tak elok untuk si manja kita.

CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, atau boleh dicampur dgn susu bayi..Semua bergantung keselesaan si manja n mommies.)

2. Selepas diberi percubaan dgn nasi kosong @ si manja telah boleh menerima solid food, bolehlah dicampur dgn sayur.Untuk permulaan,cuba satu2,jgn campur dlm 1 hidangan.Lakukan selama 3 hari @ seminggu untuk melihat perubahan pada si manja.Lain baby, lain penerimaannya.

3. Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer . Letak tarikh setiap 1 bekas supaya kita tidak terlalu lama menyimpannya.

CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

* Ikan yang boleh di makan (ikan/ayam saya mula bagi sewaktu anak saya 8 bulan.)

o ikan salmon (mmg banyak khasiat)

o ikan yu

o ikan kurau

o ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

1. Stim @ rebus ayam/ikan/daging smpai lembut…

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby…Tapi saya x bagi daging sebab susah nk dpt daging yang lembut.For safety, biar tunggu si manja setahun lebih baru diberi merasa daging..

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Siap di hidang..yummy!!!!…. TAMBAHAN

—- Bila nak guna, panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katanya penyebab barah)…

—- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga…:)

—- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang.Walaupun sibuk bekerja still dapat si manja kita makanan dr air tangan kita.

—- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke… pusing2 la… kalau nk tambah ikan bilis pun boleh… beli ikan bilis yang mahal skit… yg kurang garamnya… bakar dlm oven..tapi saya sangai je ikan bilis kat pan tanpa minyak..blend dgn blender kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur…

Tempoh penyimpan: (freezer storage)

o vegetables / fruits puree=6bln

o fish = 10 weeks meat

o chicken =10 weeks

o 6bln puree’s with milk 4-6 weeks

o kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok untuk baby..

* (semua di atas tempoh yang boleh disimpan, tapi seelok2nya, demi kasih sayang dgn si manja kita, better seminggu sekali buat stok baru.)

—- Dgn cara asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), kita dapat tahu si manja kita allergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka…

------> Telur pun dah boleh bagi sikit2..kuning putih..nak tau diq allergic tak dengan telur..mcm aqil dlu allergic,bila makan je kuar gatal2 kt badan muka..huh..tapi sekarang dia yg giler telor..hari2 mau telur..haha

Tapi Tapi Tapi saya suka buat bubur untuk si manja saya hari2..pagi2 dah ketang ketung kat dapur..cuma puree slalu msuk kat cube snang hntar kt BS..sekarang lebih banyak masa sbb dah jaga kedua2 manjess nih..uihh letey weii tangan mommy ni dah macam sotong banyaknya...hahaha

Salute diri sendiri!!! chewahh..salute mommies2 fullyhousewife semua....lagi2 yg anak dah 4 5 6..saya br 2 dah rasa nk pengsan..lagi penat dr keje dulu..Otak ligat je dengan anak2 plus nak masak apa hari2.:)

ok jom follow mommy nye instagram Choonlyasue ...hahaha..sekarang udah kureng sikit mau ber FB..:D

bye

Pengaruh Daddy#

Kali ni kisah kentut...buruk tak..ek normal la beb semua orang kentut kan...hehe
Aqil satu hari entah berapa kali dia kentut..pengentut tegar betul..tak pe bagus anak keluarkan angin..tak tahulah pengaruh bapak ke emakk..hahaha..dah nama anak..pengaruh mak bapak lah kan...kahkah

Memula dulu mungkin dia rasa pelik kot bila ada angin keluar kat montot dia..tiap kali kentut je dia ingat berak lalu dia suruh saya cebok..tiap kali kentut je dia ajak masuk toilet...haha
Biasanya kalau ayah dia kentut, saya akan tutup hidung kate busyuk..busyuk 
Sekarang sesape je yang kentut, Aqil akan tutup hidung cakap busyuk busyuk lepas tu suruh orang tu pegi toilet..dia cakap berak berak...hahahahaha..dia suruh orang tu pegi berak..huhu

Bila duduk2 kat badan ayah dia, dia terkentut, buat muka terkejut pastu terus buka pampers dia nak cebok...ekekee..dekat mana2 pun sama..kat mall ke..kalau mak tengah pilih baju terpaksalah campak baju dulu...tengah pilih ikan campaklah ikan tu..hahaha..dah menggelabah emaknya ni sebab anak terus buka seluar kat situ...adoaiiii anak..chomell je,tapi tak kan nak bogel depan orang ramai nak...huhu

Tu la ayah kentut sepah-sepah,kan anak dah ikut...hahaa..Benda buruk laju je nak salahkan ayah kan..walhal ibunya pung sama..cuma ibu punye sopan sikit...wakakakka

Kentut sesama anak beranak barulah happy hidup nih kan...lol..


SufiAmani 30days

Pepagi subuh princess ni dah bangun...suke buat muka bagi ibu melt..muahh..dah makin bam bam..

listen...listen...listen

im 30days old today!!
Alhamdulillah.

Hari ke 25 Berpantang


Salam subuh uolss....

uit apa ni subuh2 dok hupdate belog....ye la bila dah beranak dua ni masa tak menentu nak hupdate belog..pung pang pung pang semua masa untuk anak je..time derang tidur baru mommy ada masa untuk diri sendiri...tu pun kalau ada masa nak belai diri..kalau dah penat baik masa tu kita amik tuk rehatkan badan..tidur..zzzzZZ..bunyi macam anak ramai je kan,baru 2 dah macam ni punya penat..macam mana la orang yang anak ramai..memang salute lah!..Si abang masih dalam proses membiasakan diri lagi..dia seakan-akan tak boleh terima lagi kehadiran si adik..sabau je la...

Masih belum beranikan diri tidurkan derang sebelah menyebelah..sebab si abang belum boleh behave lagi..ni dah masuk 3 kali tidur tertendang-tendang si adik...ganas betul,walhal mummy baru je bangun...kalau tak memang mommy kat tengah2..adik kanan,abang kiri..

Hari ni masuk hari ke 25 saya berpantang, masih belum berani lagi nak timbang berat...kalau turun boleh la sengih sokmo..tapi kalau berat naik berkilos kilos..mau pengsan mak....hahaha...tapi tak tahulah nak kata sebab diri sendiri pun conpius ni berpantang ke pantang nampak..kan dah kata saya ni pencinta makanan..hahahah..bila mak bagi greenlite boleh makan tu makan ni...wahhh saya apa lagi...best best..sayang mak!..kihkih...tapi tak boleh blah bila mak suruh saya rasa seulas dua durian tapi saya bantai makan 2 biji durian..teheheee..anak pun ok, tak de la tercirit ke pe..Alhamdulillah..mungkin si adik penggemar durian macam ibunya..tapi si abang bukan peminat durian macam ayahnya gak..dia geli dengan durian tu sebab lembik..huhu..bila bagi dia try..dia cakap eeeeiii eeiiii sambil buat muka...huh

Hari ni ada kenduri kahwin cucu jiran sebelah..makan nasi minyak..yey!!..

Alhamdulillah masih breastfeed baby...susu melimpah ruah..syukur sangat...cuma time pantang ni lupa pulok nak bawa set pumping balik..dah berat besar je depan ni.macam Pamela malaysia....upsss sensord ke..hikhik..mujur abang ada jadi bomba...lol....

k lah sufi dah merengek minta susu..abg aqil masih lena di buai mimpi...

TaTa  


Wordless petang RABU

Berat oh Berat

Hi Loveliesss,

Stress mak skang nih tau..berat susah betol nak turun second pregnant nih..berat akhir selepas bersalin tuari 68kg..so korang bayangkan berapa berat saya masa mengandung tuari..hakhakhak..memang naik selambak mommy nih..kuang3..

Ni dah setengah bulan berat baru turun 5kg je..haishh..lagi masa baru lepas bersalin tuari perut masih kembung mcm preggy 5bulan..dia tak terus kempis macam first baby dulu..apek cakap perut ma macam ada baby lagi..sentap makk oii..tapi lepas tu dia cakap perut masih bengkak lagi tu..nanti dia kempis la..jangan risau..elehh macam tak tahu nak jaga hati lerr tu..huh.

Now perut dah kempis tinggal nak turun berat je..jari jemari pun masih tembam..tiap kali nak tekan text mesti tertekan alphabet sebelahnya..haizzz..penimbang berat ni buat aku jadi emo sengsorang....hahaha

Menyusu anak memang buat saya makin kuat makan..sama kuatnya dengan time pregnant..time preggy bolehla excuse nak makan apa sajo kan..lepas tu ko pulunla diet masa pantang kan..tapi dalam kes saya sekarang memang pantang tapi selera makan membuak-buak..pantang nampak..lol..lepas tu berat tak turun2 salahkan penimbang kan..tak patut tak patut..
Pernah dengar pepatah "tak pandai menari salahkan Lantai"..err tetiba.

Another 10kg to go tuk dapat berat asal 52kg...adoaaiiii..
Ok saya dah terminum ais..sekian terima kasih..tak sengaja terminum..lupe wehh..

Khasiat Ubat Periuk

Selamat awal pagi geng,

Eh pehal pepagi buta mimpi update blog kan..ye la time gini anak-anak tengah di buai mimpi tapi sekejap lagi anak daraku bangun...masak momma..haha..tak tau la anak saya ni siang elok je tido..malam punyalah aktif..buntang je mata..dengan dendangan sore si abang yang syiok tengok movie dia..main game tak tido2..

Okay kali ni nak cerita pasal ubat periuk..ini adalah air kedua azab nak telan waktu pantang...miahahaha...

Ketika dalam pantang memang di galakkan minum ubat periuk ni..Apa dia ubat periuk?Dulu-dulu time mak mak kita akan ambil akar-akar kayu yang di rebus hingga mendidih.Air rebusan tu yang akan di minum..Sekarang dah moden tak payah korang nak cari akar -akar kayu k..beli je la yang bentuk pek atau uncang.saya beli yang peket tinggal rebus je.

Apa khasiat Ubat Periuk Ni??

1) Menambah tenaga dan melancarkan semula perjalanan darah wanita yang baru lepas bersalin.

2) Menaikkan serimuka dan menghindarkan wajah dari lesu dan pucat.

Cara minum- Amalkan 2 gelas waktu pagi dan 2 gelas waktu petang..

Saya cuma minum segelas pagi..segelas tengah hari dan segelas petang..kalau pagi saya minum separuh cawan je..tengahari dan petang je penuh cawan..tu pun seksaa oii nak telan..terasa- rasa kat anak tekak..PAhIT..:D...parah nak telan sampai habis pantang..lol

Okay jangan lupa amalkan untuk nampak berseri-seri selalu...:)mak saya kata dulu time dia pantang kene minum air ubat periuk je..atuk tak bagi minum air masak pun..isk isk

;)

Update secara pantas gune hp je la..Tata..

Air Kunyit

Salam uolss,

Seperti mana yang saya cakap tuari kan, bila dah pantang kat rumah mak off course mak pantau bebetol anak dara dia yang sorang ni...haha..eh mak dara la ni.hiihi

Maka tempoh berpantang bermula ye..hihi..pagi ni saya kene telan air kunyit..oh tak suka..haha..tapi air kunyit ni mak kata bagus tuk kecutkan rahim dan bahagian- bahagian dalaman kita..ye la kita baru bersalin organ-organ dalaman pun tengah terabur dan ambil masa tuk pembaik pulihan..itu sebabla waktu pantang ni penting okay!!..so uollss jangan bedek-bedek ya..

Tarik nafas minum terus sekali teguk..tu saya dah minum separuh..tak boleh nak sekali teguk..kihkih..lepas tu bilas air putih banyak-banyak..haha..ok done boleh senyum sampai telinga..sekali je pun kene minumnya..:)..tapi ada orang amalkan 3kali minum..saya minum sekali je.

psttt orang dulu-dulu kata tak boleh minum air banyak-banyak kan..tapi kalau kita yang fully breastfeed anak memang kan haus memanjang..lagi saya menyusukan dua orang..so minum sajolah..yang penting kepuasan anak-anak menyusu...:)


Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net