Bahana IG

Hye uolss, 

Walaupun saya ni berbisnes, saya juga seorang penyopping yang tegar..tolong kawan-kawan katakan ecewah. Ye la mana ada bisnes yang tak ada pembeli kan.cuba cakap?..hehe..Siapa lagi yang ada bisnes sila tinggalkan id nanti kalau saya free saya p ushar cuci mata k.;)

The power of marketing. Viral di Instagram, facebook mahupun blogging. Kalau saya rasa comel dimataku tu terus je la beli..hehe. Eh saya minta izin dulu kat apek la,tapi selalunya saya dah order baru saya cakap,hehe.. Saya cakap pa, bende ni cantik kan bla bla bla bla, actually dia okay je, kata isteri mithali, syurga isteri di bawah tapak kaki suami, duit shopping pun kat poket suami kan b...heheheh.ye la apek mesti kata duit ma simpan..Dia cakap ma belila nanti pa bayarkan..yahooo!!!!..berkepuk-kepuk duit bini dia ni..dah kata soh simpan memanjang..mihmihmih.

Saya rasa barang-barang atau baju bajan yang di jual di alam maya ni lagi murah berbanding yang jual kat luar mahupun butik. Material kualitas semua sama je. Hurmm saya ni tak berapa pentingkan jenama, apa yang saya rasa fashion, cute, cantek,stylish, comfortable,kualiti elok,boleh mix and match tu yang saya beli..;)..Tapi kalau lepas beli handbag ori tu senyaplah..haha, sebab nak kumpul duit lagi kan..mak encik tahan je nafsu nak beli yang lain tu tau tak?..kahkah.

psst psst sudi-sudikanlah klik kat tabung nuffnang saya tu ek..:D

eh lupa nak habaq, i ada beli casing cute like sweet candy ni tau kat insta, dah la shuweet sangat rasa macam nak makan je..hehe, yang paling best dia bole buat ikut budget uolls. Kalau suka pergi la usha kat instagram minicandycraft. :)

Facebook jadikan Blog?


Mana yang mengikuti facebook saya mesti dah tau apa nukilan ku hari ni.ngeh3

Aku yang dulu Bukan yang Sekarang!

Setiap orang di anugerahkan kelebihan dan bakat masing-masing. Ada yang sedar, ada yang tidak. Apa yang perlu bakat tu harus di asah dan di gilap. Contohnya walaupun Mak terror masak tak semestinya anak dia tahu masak. Begitu juga kalau Mak pandai menjahit belum tentu anak dia pun pandai jahit juga. Kebolehan tak boleh di warisi turun temurun, Sama juga kalau atuk nenek moyang islam, anak cucu cicit tak boleh ikut-ikutan nak islam juga. Sebab apa?.Sebab islam bukan keturunan.

Okay berbalik pada asal, nak di jadikan cerita satu ketika dahulu Saya adalah salah seorang pelajar Jurusan fesyen yang tak tahu langsung asas jahitan.. Im Zero. Pegang jarum pun tak pernah, ye la sebelum ni semua mak yang buat. Baju sekolah saya adik beradik semua mak buat. Seluar abah koyak mak jahitkan, Seluar adik koyak mak cantumkan, nak tampal Lencana kat baju tudung sekolah pun mak yang buat. Semua pun Mak Mak Mak..Ye mak saya memang pandai menjahit, macam saya katakan tadi tak semestinya anak dia pandai jahit juga kan. Tak minat orang kata. 

Saya bukan budak Sekolah Vokasional yang serba serbi dah tahu nak jahit macam-macam. Dulu first jahit pun masa Sekolah Menengah subjek KH kan, yang kene buat tempat letak surat tu kot. Ingat lagi tu pun ikut je la macam mana cikgu kat sekolah tu ajar janji siap kan..Tak kene dengan jiwa langsung. So apa jadi?. Saya kene bermula dari bawah.Saya belajar dari A-Z.

Dari saya tak minat saya jadi MINAT,

Dari saya tak tahu apa-apa, Semuanya saya AMBIL TAHU,

Percaya atau tidak saya yang dulu tak tahu apa-apa tapi mampu jahit Baju Nikah saya sendiri from Head to Toe. Nanti kalau ada masa saya share rupa baju tu ye..hihihi..Sekarang takat jahit mata lalat hujung jari je, boleh jahit baju sendiri, baju anak-anak, baju pelanggan. Bangga tak, siapa tak bangga kot. Okay sengih sendiri. Eh bukan berlagak sekadar berkongsi cerita je. Tak best mana pun cerita ni.

Nowadays kebanyakan semua surirumah ada Diploma, Ijazah, Master tapi ambil keputusan jadi Suri, WAHM bekerjaya. Salah seorangnya saya lah tu..hehehe, Apa tu WAHM?. Saya nak tukar sikitlah “Mummy Vogue work from home lagi Masyuk”.haha. Ni memang Impian semua wanita kot dapat membesarkan  anak sendiri depan mata, makan pakai suami terjaga. Jangan Tipu lah.

At the end of the day, I leave it to Allah. Robbi yassir wala tu’assir

-NEC-


Ok my facebook pun saya dah jadikan macam blog pulak ye..hihi..Viral fesbuking..heheehe sabau je la..:)

jangan lupa like page Nong Empire Couture ya...tenkiyu beary2 much love


 

Puteri Sufi had a damn Fever

Benda yang paling saya risau dan susah hati ialah bila anak-anak saya demam. Ni dah masuk 3 hari.Sebab mereka ni kalau demam susah sangat nak kebah. Kene pergi hospital jumpa doktor barulah ok. Tu kalau ok jika tak ok warderd lagi la saya susah hati. Mak ni biasalah bila susah hati gini memang kuat makan je.. Hahaha. Aku dan makanan memang tak dapat di pisahkan.lol.


Huhu Kesian my princess nih...Get well soon shayang..nak membesar ek..nak dapat kaki nak berlari ye, tapi gusi macam bengkak mungkin nak bergigi lagi ..teeheeee





Cinta Kamikaze

Cerita Kamikaze Gandingan mantop pelakon Zahiril Adzim dan Nadiya Nisaa..Best giler cerita ni, Komedi romantik gitu..adoiii buat saya gelak pecah perut. Sampai apek tanya apasal awak ketawa tersengih-sengih depan tv..hahaha.

Saya malas nak cerita,korang boleh tengok kat www.tonton.com.my k.haha..Derang ni berjiran yang suka bergaduh ala macam cerita P Ramlee tu.
Paling tak boleh blah, Qhal ni chef, dia namakan menu special dia "Pisang Gedebuk", dalam bahasa lainnya (Gedeback)lol, sempena Suci jatuh gedebuk depan rumahnya sebab terpijak kulit pisang. Bahaha..Saya pun tak tahu kenapa boleh tercuit hati ke sebab aku dulu pun pernah gedebuk gitu?....kahkahkah


Qhal & monalisa(kucingnya)...sesuwaiii sangat..cumel!


Ok guyss Keep it up!!..(^___~)

Rare Candy Casing for Ipad mini, Ipad 2, Ipad 3 dan Ipad 4

Salam uolss,

Semoga hari ini lebih baik dan ceria dari semalam.
Uolss suka tak benda-benda rare ni, simple, cute, affordable, sweet like candy..hehe
Harga pun murah je. uols boleh like page Nong Empire Couture for more info k.

Contoh milikan gambarnya seperti ini

                                                    Mr Red in da House..:)



This is how its look a like. Memang kalau anak baling ke campak memang selamatlah..
Kalau anak-anak uolls hyperactive macam anak i memang sesuaiiiii sangat u beli..very worth it!...its can stand and hold it..:)


Ada banyak pilihan color


Memang macam goreng pisang panas, belum sempat sejuk orang dah sambar dah. 
Okay jangan lupe like page ni k...

TATA

ORIGAMI

Hi uolss,

Ingat tak masa kecik-kecik kat sekolah dulu macam-macam cikgu ajar buat origami ni kan. Ni bila dah anak buatlah untuk mereka pulak. Gembira je abang dengan adik ni. Tapi biasalah Sampan kertas ni asik karam di lautan je. Sampai stress mak,Aqil suruh buat banyak lagi..lagi dan lagi..hahaha..alahaii anak..fengsan mak...

till next entry

Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks

Mungkin mereka yang telah 'bersama' dengan Dr Azizan Osman telah pun tahu mengenai berita perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies. Perletakkan jawatan itu berkuat-kuasa hari ini - 1 Oktober 2013. Satu siaran media telah dikeluarkan di blog Dr. Azizan Osman berkaitan perkara ini. Tahniah buat suami dan abg iparku kerana telah berjaya mengikuti Seminar beliau di PWTC baru-baru ini. Semoga ilmu daripada beliau dapat di manfaatkan buat kita sekeluarga D'Nongs Empire. Apa yang di khabarkan dari suamiku Seminar beliau memang SUPERB!!!!!!...If u want to changes, U must Changes first. M.E.S.T.I 
(Mentor, Ilmu, Sistem, Tindakan, Impian)


Pinjam kata kak Anis. Kata-kata beliau banyak memberi inspirasi kepada saya. Impian saya mudah-mudahan saya akan berjaya dan kaya macam beliau.Aaminn.

Senang saja nak fikir macam orang kaya. Macam ni..

1.Fikirkan dengan kerap dan konsisten perkara yang kita nak. (Fikirkan tentang bisnes yang kita angan-angankan nak buat, berapa sales kita nak buat bulan ni, relationship macamana yang kita nak..orang macamana kita nak jadikan pasangan hidup..etc)

2.Tulis apa yang kita nak.

3.Selalu sebut dan cakap apa yang kita nak.

Kalau selalu praktis, anda akan terkejut, satu hari nanti...semuanya dah di depan mata anda..semuanya dah didalam genggaman anda..

~U will become what you think about most~


Jangan takut untuk bertindak.. Asue Iskandar WAKE UP!!!!!!!!WAKE UP!!!
Semoga impian dan angan-angan menjadi kenyataan suatu hari nanti. 

FASA BERMULA.... Ya Allah semoga aku di kalangan orang-orang yang berjaya dan kaya di Dunia dan Akhirat. Berilah aku jalan dan petunjukmu, Semoga Di permudahkan segalanya, Aamiinn

 

 Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks Group of Companies

Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta.

Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.


Kredit : Blog Dr Azizan Osman


SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750


Klik banner untuk join!

Jom kawan-kawan join SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750 by Nabila Medan. Dah lama kot saya tak join giveaway ni, mana tau ada rezeki anak-anak dan mak,sebab besday mak kita pun bulan oktober nih, Mana tau kan ada rezeki menang nanti.,hihi..>Blushing<


Due: 10 Oktober 2013, jam 5 ptg
 
 
ok nak tag
 
semua rakan blogger saya la..Gud luck!
 
 
 


Kuih Getas

Semanis Getas. Kuih feberet sepanjang zaman ni. Lagi kecik suka makan dia tau. Kalau dulu masa duduk dengan mak boleh la request memacam kan. Ni dah berumah tangga kene la buat sendiri..hihi. Rasanya orang jawa je kenal kuih ni. Tapi kuih ni dah agak di kenali ramai la berbanding dulu susah gak nak cari. Tapi macam biasa la, buat sendiri dapat banyak puas hati, rasa pun sedap.

Jom try resepi mudah ni.

Bahan-bahan :-

- 2 cawan tepung pulut
- 1 s/b tepung gandum
-  1 cawan kelapa parut(muda)
- Air suam secukupnya untuk menguli
- garam sikit

Cara-cara:-

1) Gaul tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam.
2) masukkan air suam dan uli hingga jadi doh yang lembut (masukkan air sedikit demi sedikit)
3) Bentukkan lonjong dan leperkan ikut suka
4) Goreng 
5)Sira dengan gula( macam buat kuih keria)

Cara buat gula sira:-

-2 s/b gula pasir
- 1/2 cawan air

Caranya- Didihkan air dan masukkan gula. Tunggu hingga berbuih-buih, bertali macam boleh di tarik tu dan gulanya pekat. Masukkan kuih dan gaul rata. Tutup api bila gula dah mengeras dan rata.

Sedia untuk di hidangkan.








Getas Sedap..Trylah..:)



 


Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net