AuziAna Big day

11-11-2011......Mesti ramai yang melangsungkan hari bersejarah mereka pada date ni kan..even my friend pun ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari itu...tapi saya tak boleh nak datang kesemuanya serentak sebab semua jauh-jauh...kalau semua dalam kawasan kl kompem boleh datang...:)...tapi walau ape pun...semoga perkahwinan korang berkekalan hingga keakhir hayat k....

Hari ni juga g wedding Auzi & Ana..kira dah macam adik la ni...:)..kitaorang g yang belah perempuan kat kuala selangor..belah lelaki buat kat pahang...jom layan gambar anak bujangku yang mencuit hati masa ni....:)

Lokasi pengambaran ni sebelah rumah pengantin..dekat bawah pokok rambutan dengan bersaksikan sedara mara derang yang tengah petik buah rambutan kat tepi tu...tak kenal pun anak sape ni...kira derang berkenalan kat situ la..aqil lari lari,gugurl ni kejar...masing-masing main same-same bawa bunga manggar...aku tengok derang ni macam sebaya je ek...derang jalan berpimpingan tangan..saya follow je la..lepas tu aqil cakap kat saya...mik ambo mik ambo..(bu amik gambo..amik gambo)..cute je die cakap tau..dia memang kalau nampak camera mesti suruh amik gambo...so ibu dia la yang jadi photographer tengah-tengah panas gini...layankan je la..haha

 Alalalalah nak terjatuh lak saya...Aqil nak jatuh,gugurl tu cepat-cepat tarik tangan Aqil.

Shuweetttt je tengok budak berdua ni.....cute je la hai gugurl ni bertudung.....:)

 Congratessss Auzi dan Ana...
.

.

.

.

.

.

.
Last but not Least
 .............beginilah peace gaya Aqil............






Sayanggg ibu kuat-kuat...=.=!
k bye.



SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone


Ber GA lagi....kali ni i di tag oleh hajar..thanks babe..

Mane tau bertuah kan...hehehe..jom la kawan2 semua join memeriahkan

Klik je kat banner tu k...Tarikh tutup 20 July 2011


Yang kene tag :-
2) Yaya
3)  Miera
4) Dayu
6) Fashya
7) Ana




## Wordless Wednesday

Kemas2 barang...terjumpa balik kenangan zaman cintan cintun dulu.....kelakar bila baca balik...(^___~)

 

3 jam Terkunci

Hi peeps,

Ni nak story tragedi yang menimpa aku seminggu yang lalu...aoaiiiii..di satu keheningan pagi, ala mata sedar tak sedar lagi, angkat anak yang masih tidur turun ke bawah, lalu ku pergi dapur,masuk ke toilet,selesai sudah..tiba-tiba.........................................................

alomakkkk pintu toilet tak boleh buka...aku terkunci di bilik air..huwarghhhh,ko bayangkan macam mana perasaan aku tika itu...suami dah pegi keje dah..ayoyaiiiii...aku tendang-tendang pintu bilik air..tak lut,...memang ketat..aku pening,jenuh aku godeh-godeh tombol toilet..aku ketuk-ketuk sampai tanggal..huh...lalu aku nekad panjat kat jamban duduk tu,aku pecahkan tingkap..tak tahu kenapa aku pecahkan guna tangan...entah kenapa otak tak boleh nak berfikir lebih waras lagi..hahaha, pelagi berdarah la kat tapak tangan,..pedihhh..):tak pe lah....janji aku dapat keluar dari situ..lalu ku teriak memanggil jiran ku di belakang...kelakar tak kelakar lah kan..mula-mula tu aku fikir nak jerit mintak tolong ke nak beri salam ni..hahaha,tak kira aku jerit jugak nama akak belakang tu,aku nak mintak tolong suruh telefonkan suami aku...tapi tak juga muncul-muncul weiii....aku gabra dah..takut si hero kecik tu bangun..masak..masak.....entah berapa kali aku istighfar dalam tu..aku doa agar anak aku tak bangun lagi,sementara aku fikir jalan keluar ni..biarlah dia lena di buai mimpi lagi walaupun masa tu memang waktu die bangkit dari tidur....

Aku panggil- panggil lagi jiran aku nih..memang tak dengar weii..mujur la jiran sebelah ku yang dengar sebab die dengar tingkap aku pecah..pastu die tau suara aku...keluar-keluar tengok muka aku tercongok kat tingkap tu kan..aku mintak dia tolong callkan suami aku....emergency..lalu suami aku berdesuppp balik sejurus mendapat panggilan kecemasan akak tu kan...nasibla kat cyberjaya je dekat la sikit balik rumah...aku dah dengar anak aku merengek- rengek dah nak bangun...adoiiii..dalam hati aku tidur dulu la aqil sayang...ibu terkunci ni dalam toilet....huhu,pastu aku dengar senyap...tidur balik agaknye anak aku ni.....
Pastu borak-borak dulu dengan akak tu,...akak tu cakap kalau sue panggil akak belakang ni..sampai esok pagi pun belum tentu die keluar...mak aiiii..camno tu...akak tu pun jerit-jerit panggil name akak belakang tu,lame tu baru keluar...tak dengar katenya...
Tak lama kemudian, aku dengar sore suami aku dah balik...time tu jugaklah anak aku bangun lalu meraung2 menangis....jiran aku dukong lagi la kuat die teriak...kunci toilet entah hilang kemana,..try buka guna card..huh tak boleh gak...last-last suami aku tendang je pintu toilet tu...senang,..hahahahah..yey!!! AlhamduLillah aku dah boleh keluar....
3jam jugakla aku terkunci...terus rasa trauma nak masuk bilik air...walhal aku tak tekan pun punat kunci pintu toilet tu....hmm bende dah nak jadi kan..mujur kat toilet bawah..kalau kene kat toilet atas memang naya..memang tak boleh nak panjat la gamaknya...jauh dari tingkap..lepas kejadian terus rasa nak pasang telepon dalam toilet....hahahaha






sue...sue...

Diariummi Giveaway

Nak JOIN....Kelik SINI k.....

Tarikh tutup : 15 Mei 2011, 11.59 pm

 Tag : EimaCaa
                : Mama Aryan

Hubby pelik Baju dan Cadar kerap bertukar (:

Salam ukhwah semua..Saje nak share my new experience,sharing is caring kan..ni dah sebulan aku mengamalkan pengambilan Supplement ni..memang terbaikk!!!!...Alhamdulillah sehingga sekarang aku masih fully breastfeeding my little muchkin kesayangan..Setiap hari bekerja aku dok pikul beg hitam ke ofis,dah macam ultraman dah aku rase..tapi perasaan ibu yang gigih nak memenuhi demand pengisian perut si anak dengan susu ibunya..makanya hari-hari mesti aku kan pump susu 2 or 3 kali di ofis..selalunya sekali pump,aku akan dapat fully 10 oz untuk kedua-dua belah..bila balik ke rumah lak aku kan pump lagi 2 or sekali je pump untuk buat milk stok kan..Kat umah bagi direct feeding je..

Sehinggalah pada satu hari, anak aku lagi 3 hari nak masuk umur setahun, aku rasa susu macam berkurangan sikit..bila pump susu macam malu-malu  je nak keluar,dan waktu pengepumpan mengambil masa 20minit..lebih lama dari selalu..lagi2 kat ofis takkan aku nak melanguk duduk lama-lama dalam bilik pump susu kan..aku kene la kejar masa,sebab selalunya aku pump hanya mengambil masa 10 or 15min paling lambat.. Tahu-tahu je la kalau anak lelaki memang kuat meyusu kan,maybe susu keluar tak selancar dulu kot..tapi my baby tetap sulk sampai pedih-pedih je nipples ni..Aku tanya kat encik hubby, “I  runsing la tak tahula stress keje ke pe kan susu macam dah tak nak keluar ni?..pump2 pun sekali pump dapat 8oz je tu pun lame nak tunggu..tak ke kurang tu”Hubby i cakap maybe dah setahun ni susu dah tak banyak kot macam dulu,err pa pun tak tahulah..u try google dulu cari info..lelaki memang kan,semua serah kat kita..ye la kan nak cakap pe sebab derang lelaki tak de naluri keibuan macam kita..hahahaha.Seriusly sebelum ni aku memang tak de ambil apa-apa supllement untuk banyakkan susu. Cuma aku amalkan makan jantung pisang dan soya je, horlick pun kadang2 je aku minum..

Kawan aku ada sarankan pengambilan supplement ni,katenye memang berkesan..so pe lagi aku google la semua yang berkaitan tentang supplement ni..rata-rata  testimoni pengguna semua berkesan..blogwalking jumpe blog ni..aku pe lagi terus je hantar email kat akak ni nak order kau..Orang kata mane nak tau kalau tak try kan..aku memang nekad nak upkan susu. Aku beli Trial Pack setB RM80..Percaya atau tidak selepas pengambilan dalam masa 3 ke 4 hari memang dah nampak kesan dah..susu keluar meriah giler dah macam dalam pantang...aku pegi ofis breast pad tu pun aku tepek 2 skali gus..breast pun jadi berat tegang je,walhal aku baru je lepas pump..mungkin pemprosesan susu makin cepat kot...asal aku lambat pump kompem basah lencun la baju..ha lagi satu aku perasan susu jadi makin pekat dari dulu..so aku percaya la ada testimoni yg aku baca mengatakan yang cadarnya selalu di banjiri dengan susu je..hahahahaa sebabbbbnya aku kini juga mengalami keadaan yang sama,encik hubby pun perasan sebab baju dan cadar kerap tukar...kini dia cakap berkesan ye supplement Shaklee tu (:

Selagi ada susu ku ini..memang aku nak exclusive FULLY BF hingga umur anak aku 2tahun..insyaAllah...memang nekad habis sebab tu aku try supplement ni. Kalau tak percaya korang try la...kang kate aku tipu lak..tak salah cuba untuk kebaikan anak...syukur setakat ni aku mampu kekalkan sehari 30oz pada waktu kerja sahaja..bestkan..ape lagi jom la try supplement Shaklee ni(setB)..err aku dah macam promoter tak berbayar dah nie..ekekkee...kalau aku boleh korang pun mesti boleh...Jia Yu!!!mommies2  semuaa.....
banyak-banyak bersabar,yang penting usaha, Doa dan Istiqamah yang berterusan ya..

HAPPY BREASTFEEDING
WooT..Woot!!!!...


Terima Kasih Ya Allah...

Mahu mencuba??....Korang ushar kat belog ni k... http://myziemah.blogspot.com..
thanks kak zimah..:)



err korang..jangan lupe Vote video my baby.....VOTE hari-hari tau..kelik SINI
Mekasihhhh banyak2...sayang korang..chup!!chup!

Doa untuk ibu bapa

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 


CariGali dari Halaqah.Net

dun forget ya hari-hari kasi vote video my baby HERE..tak boleh vote banyak-banyak dalam satu hari tapi boleh VOTE hari-hari okey.................Tenkiuuuuuuuu

Kasihnya Ibu membawa ke syurga

Selamat Hari Ibu mak, mom, Ibu , mama...sayang sangat kat mak semua......alangkah baiknya kalau mak sendiri, mak mertua ade berdekatan...sob sob..+____+..adoiii rasa nak balik jb sekarang jugak nak pelok cium mak...kalau boleh hari-hari mau...windunyeee.
Being a great mother is a very hard role, but mom you’re the star for this one I know, I love you Mom..chup!chup!!


Mari hayati sepotong hadith di bawah :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم



Maksudnya:

Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
.
.

.

.

.

Renungan Buat Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu



Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Renung-renungkanlah...Hargailah Ibu anda selagi dia masih ada.....





 To all mommies outhere Happy Mother's Day............................ 

eh jangan lupe ek VOTE video my baby...vote hari-hari tanpa jemu tau..klik je SINI.
tenkiuuuuu 

Vote untuk Video Of The Year Digi WWWOW Awards

Salam uollss....entry kali ini adalah entry mencuba nasib..:)..kali ni percubaan nasib yang pertama dalam Digi WWWOW Awards, makanya di sini de nak meraih undi dari pembaca-pembaca blog ini la..mane mane peminat anak i yang ada mahupun silent reader belog i kan....hehehe,kiranya di sini berunsurkan paksa rela la..hahaha,nak tak nak korang kene Vote juga..tak kira tak kira......pleaseee pleaseeee+_____________+ 

mudah sahaja geng,...

*hanya perlu login dengan Akaun Facebook, isikan ruangan Captcha dan klik Vote*
 
meh lerr VOTE for my little munchkin video- Anak cinabuikuit bersidang..hiks!~



jasamu di kenang :)


terima kasih daun keladi....sayang uolls....

Bertemu Jodoh di MukaBuku....Tahniah Zed Zaidi

Hohoho....haaa siapa kate bercintan cintun melalui internet or facebooking ni mustahil terjadi....hehe tapi kebarangkaliannya satu daripada seribu lah yg menjadi...bukti bukti....Zed Zaidi telah pun membuktikan bahawa penemuan cintanya melalui laman sesawang facebook..menarik bukan~~Zed Zaidi akan menamatkan zaman bujangnya bersama insan tercinta Natalia yg di kenali di facebook pada tahun 2008...
Dowang akan berkahwin pada 29 April 2011..Congratss yo!!...Selamat..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Motipp...motip aku nih....hahahaha, yang sebenornye aku berkenan kat wedding invitation dowang...kretippp ko...korang dah tengok???......mehh terjahh!!
.
.

.
.

.
.
Ni Bahagian Hadapan..shuweettt kan...ni kira menggambarkan KEABADIAAN CINTA dowang d'FACEBOOK la..:)
.

.

Kretipkannn wedding card dowang...unik gitu....so far aku belom penah tengok lagila orang buat wedding card cenggini....aku suka!~
teruuja lak nak tengok bakal bini Zed Zaidi nih....mission menggoogle lagikkkkk..
treeet treettt teeettttttttttttt...google google




:)
 jangan lupe VOTE tau....klik SINI mekasihhhhh

Nong.Aqil.Iskandar 1 Tahun

17April2011- Hari ni adalah hari ulang tahun anakku yang pertama.. Selamat Ulung tahun anakku..alhamduLillah..Ibu tak buat pun besday party untuk aqil sebab ibu rasa aqil kecik lagi tak paham..Ibu takut ibu dengan ayah yang lebih excited dari Aqil.....hehehehe..tapi takpe nanti akhir bulan ni kite balik jaybee kita makan2 dengan Atuk,Nenek, Tok Bak, Tok chik semua k...dekat nursery pun ibu tak buat sebab hari jumaat tu hari ibu last day..banyaknye dugaan dalam jangkauan masa setahun ni..banyak anjakan paradigma yg berlaku..tak apa, semuanya ibu redha dengan ketentuan Allah, barangkali ada hikmah disebaliknya..mungkin Allah nak ibu sendiri yang monitor anak kesayangan ibu ni kan..:)

Tak ada hadiah yang lebih ternilai dari doa seorang ibu kan. Ibu mohon pada Allah S.W.T, semoga Aqil menjadi anak yang soleh, anak yang taat pada Allah s.w.t, menjadi anak yang bijak pandai, anak yang mendengar kata, dan yg paling ibu minta Aqil di jauhkan dari segala perangai buruk yang ibu dan ayah ada. Ibu ingat lagi pertama kalinya ibu di sahkan mengandung. Pada masa itu ibu minum bergelen2 air tebu,al maklumlah ibu mmg gemar minum air tebu, lagi2 pada masa itu bulan puasa. Makanya perut ibu memulas2,tak tau mcm mane nak describe sakitnye...huhu, pegi klinik check ibu di sahkan mengandung, syukur alhamdulillah kamu tak ape2 walaupun masa tu kamu masih lagi titik dot saja dalam rahim ibu. gembiranya ibu dan ayah masa tu...

Sepanjang mengandungkan aqil, ibu pun tak boleh telan ape2 makanan selain pau kacang. Sebab tu sampai sekarang Aqil pun gila makan pau macam ibu kan..hehehe, tapi ibu boleh melantak makanan bila balik johor je. Anak jati johor anak ibu nih..nak makan semua masakan yg atuk ngan tok chik masak je kan..ngada..ibu teringat ape yang ibu makan semua rasa besi...disebabkan ibu tak lalu nak makan berat badan ibu turun 10kg, ibu pun redha kene masuk bergelen2,13botol air dalam badan ibu sebab badan tak cukup air...tapi selepas melahirkan kamu,berat badan ibu naik 7kg..haih..hahahha,memang tak di nafikan selepas melahirkan memang ibu kuat makan,mungkin sebab ibu fully breastfeeding kamu, so nafsu lapar di luar kawalan...hikhik..10bulan ibu tunggu Aqil keluar..tak sabar ibu nak peluk cium anak ibu..ibu menangis gembira setelah kamu berada dalam pelukan ibu, tatkala kamu pertama kalinya menyusu ibu..kamu sudah pandai mencari nipple susu ibu..subhanallah.

Di awal 2bulan usia kamu,masa ni Aqil tido je,bangun pun time lapar or dah shi shi or poo poo je...tapi kamu paling tak suka ibu tutup lampu bila tidur kan..asal ibu tutup je lampu kamu jerit macam org pukul kamu,huhu..masakla anak oi ayah bayar bil api 3bulan lampu terbuka...tapi feveret kamu suke bergambo kan...asal nmpk camera je awk senyum...suka ibu tengok..ni ibu dah noticed masa kamu lahir lagi...haha...ingat lagi tak masa 2bulan ibu bersama Aqil,asal aqil nangis je,ibu amik camera kamu terus senyap tersipu2 senyum kan..sebab tu dlm hardisk ibu penuh album kamu je...:) masa ni pun aqil dah pandai borak sikit2..tapi dalam bahasa jerman kamu,ibu layankan aje...hehehe..

Usia 3bulan,Aqil dah pandai senyum...masa ni pun mulut awak dah mengecip ngecip tengok ibu & ayah makan...awak juga dah pandai melambai tangan kt orang,..dah pandai main tepuk amai2...masa ni awak bukan pandai hisap jari je malah jari kaki sekali awk hisap..hahah...Masuk awal 4 bulan kamu dah mula pusing2 badan...meniarap sendiri..asal ibu letak je awak pusing..masa ni awak tepuk amai2 dengan kaki2 sekali tepuk..masuk ke 5bulan Aqil dah pandai mengesot beberapa tapak..ibu ingat lagi masa Aqil 5bln ni, hari raya...Aqil dapat banyak collection tau,ibu dah pun simpan kat Acct Aqil...:)....masa ni juga Aqil dah pandai gelak kuat..Aqil gelihati sangat kot sampai tak henti2 gelak...ibu & ayah terkejut sbb aqil dah pandai gelak,masa kite gelak2 kuat dalam bilik tu pkul 3pg tau....hehhe,ibu ada record tapi ibu tak publish kat sini sebab ayah cekcii sangat....hahaha,nanti Aqil dah besar boleh tengok k...

Masuk usia 6bulan, Aqil dah mengesot laju je...habis semua bawah2 meja kamu teroka..kamu dah macam mortal combat ibu tengok..habis satu rumah Aqil tolong ibu mop..hahaha..masa ni juga kamu dha mula merangkak..pelik sebab kamu merangkak dulu baru duduk..lepas seminggu kamu terus boleh duduk..hehe,takpelah kan..ibu perasan sebab kamu mengesot2 terus je kamu angkat2 bontot terus merangkak..masuk usia 7bulan kamu dah laju mendepa tangan merangkak..Usia 8 bulan,Aqil dah mula berdiri sikit2..masa ni letak je dalam walker dah berlari dah...tapi ibu jarang masukkan awak dalm walker sebab takut pinggang awak tak kuat..tapi awak pandai,ibu tak bagi awak msuk walker,awak tolak walker tu..:) mungkin sebab tu awak dapat berjalan cepat..seawal umur 9 bulan awak dah pandai bangun berdiri pastu jatuh,awak bangun balik..dapat berjalan 4 tapak pastu awak terduduk..tapi awak gelak bangun balik..bagus anak ibu...awak juga dah pandai panjat sofa..paling ibu tak sangka awak dah pandai naik tangga...asal ibu lepa buat keje je awak dah sampai atas...di sebabkan awk tak reti turun tangga lagi,awk jerit2 panggil ibu kat atas..di sebabkan ibu takut jadi ape2 kat awk..bila ibu pegi dapur or sidai baju kt luar or etc,ibu masukkan awk dalam baby cot..haha, masa ni juga anak ibu dah petah bercakap siap buat memek2 muka skali...ni ibu ada record perbualan awak dengan ayah..tapi bahasa awk juga la..hihi..


Masuk usia 10bulan, aqil dah laju berjalan tapi masih lagi bergusi..huhu,walaupun anak kawan2 ibu yang lain umur 6bulan sudah bergigi..ada yang dah 4batang gigi dah..tapi ibu redha je...ada pendapat mengatakan jika dapat berjalan dulu,tumbuh gigi lambat..tapi tanpa di sangka2 3 hari selepas itu, gigi pertama kamu dah nampak..tumbuh belah atas dulu eh...seminggu selepas tu di susuli dgn gigi ke2 kamu belah bawah..owh masa ni hobi kamu menggigit je masa nenen kan...kadang2 ibu rasa nk jerit je..sakit tau...sobsob...tapi ibu belai2 kamu, nak haip kamu tak sampai hati, selang 4 hari gigi ke3 kamu pula tumbuh...esoknye pula gigi ke4 kamu pula tumbuh..so merasalah ibu gigitan kamu yg sudah ada 4batang gigi nih....huwaaaaaaaa,,dah pandai asal nak tido je mst Aqil usung bantal pegi kat ibu, asal nk baca buku,usung buku pegi kat ibu...sayang anak ibu,,..oh feberet channel awk sekarang AStro TVIQ..tu upsr punye tapi kamu suke banget, siap kamu pegi ambil calculator ibu kan...main tekan2,..tak tahulah kire budget ape..hikhik..

Kini Aqil setahun...anak ibu makin aktif, bijak pandai,kadang2 Aqil buat ibu geram kan...sekarang dah pandai memprotes bila nak somethin..adehhh,dah pandai hempas2 badan...bila tak dapat apa yang die nak.die punye nangiss makk aiii....kalau orang lain tak tahu kompem orang kan kata aku dera anak...hahhaha..sekarang dah jarang baling2 barang dah..kalau tak habis lappy ibu,handphone,remote sume kamu campak..now dah pandai, semua barang mainan lepas main,die kemas balik..tapi asal jumpe barang ibu pun kamu masuk juga dlm bakul kamu kan...semua Aqil kemas...car key ayah pun ade skali kan...hahhaha,mmg asal barang tak de je g la check kt bakul die msti ade punye...anak aku ni garang tau..tapi tuhari jiran datang rumah,anak die gigirl...anak die aku masukkan dlm trycyle Aqil, pandai pula aqil main,siap tolakkan trcycle tu,aku tengok dah mcm abang dah anak aku...hahahhaa,tapi aqil punye jelessss bila baby girl tu pegi kat aku...menjerit2 nangis hempas2 badan die,muka die letak kat lantai tak bagi baby tu dekat gan ibu die...owhh anak macam mane nak ade adik nih...hahahaa...

Ibu sangat susah hati sebab masuk usia kamu setahun ni,..ibu rasa susu berkurangan sikit..gusar punye gusar..ada member syorkan makan supplement ni...selama ni aku memang tak ade ambil ape2 supplement..sesi mengepump aku pun macam biasa tapi entah mengapa susu tak semeriah dulu,..lagi2 baby boy ni memang kuat menyusu..kat rumah pun aku bagi direct feeding je..google punye google terjumpe satu belog ni, kak Hazimah. Aku pun try beli trial pack setB...Aku nak try makan supplement ni sebab nak upkan lagi susu,,.. dah seminggu lebih aku makan supplement ni..AlhamduLillah susu semeriah dulu..kadang2 bila tak pump habis basah lencun baju aku macam masa pantang dulu..susu pun jadi makin pekat dan si kecik minum sikit je dah kenyang...rezeki si anak kan...mudah2han aku dapat menyusukan anak-anakku sehingga umur 2 tahun...insyaAllah dengan izin Allah s.w.t...Aminnnnnn
ni pix tadi, Hero kesayangan tengah tunggu turn inject setahun....kihkih
eh ada petua tak nak lebatkan rambut baby??tgk rambut Aqil halus jarang2 je tak lebat...:)


Ibu sayang Aqil.....muahhh

i LoVe APRIL!!!

Today 7 hb April ialah ulangTahun Abah kesayanganku yg ke 52.....
Selamat UlungTahun Abah...Semoga Dipermudahkan urusan di Dunia & Akhirat...Aminnnn
Sayang Abah sesangat..maaf abah hari ni tak dapat celebrate sesame..:(
 then 17hb April my little munchkin genap umurnya setahun,alhamdu Lillah....

i LOVE APRiL!!!!!!! 



Personaliti mengikut kategori DARAH

 
PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH

Seperti mana yg kita ketahui Darah terbahagi kepada  4 jenis:-

1)      Darah O (Darah tertua)
2)      Darah B
3)      Darah A
4)      Darah AB (Darah baru)


DARAH-O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH-A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH-B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH-AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Dipendekkan cerita :-

Darah jenis O : peramah, sosial, orang yang mula-mula sekali melakukan sesuatu walaupun tidak menghabiskan apa yang mereka mulakan, kreatif dan popular, suka perhatian dan sangat yakin diri.

Darah jenis A : nampak tenang walhal gementar, seorang perfectionist, paling artistis berbanding kumpulan darah lain, pemalu, seorang yang boleh dipercayai, sensitif.

Darah jenis B : bermatlamat, akan menghabiskan sesuatu perkara yang dimulakan dengan baik, individualistik dan mempunyai cara tersendiri untuk hidup.

Darah jenis AB : mempunyai dua personaliti, boleh jadi peramah dan pemalu, yakin diri dan kurang keyakinan, seorang yang bertanggungjawab, walaubagaimanapun, jika terlalu banyak tanggungjawab akan mendatangkan masalah. boleh dipercayai dan suka membantu orang lain.
 
Keserasian mengikut jenis darah :

Darah jenis A paling serasi dengan orang darah jenis A dan AB
Darah jenis B paling serasi dengan orang berdarah B dan AB
Orang berdarah AB serasi dengan semua jenis darah
Darah jenis O pula paling serasi dengan mereka dari jenis darah O dan AB




 Wallahuallam.......



Saya DARAH O..kamu pula?????

sekian...terima kasih~


Eat Right for your health..Specially formulated for your blood type

Adakah anda sering mengalami masalah-masalah yang berikut????

1) Berat badan tidak dapat di kurangkan dengan cara senaman dan kawalan makanan.
2) Keletihan dan stamina makin berkurangan.
3) Sengal pinggang dan sakit belakang yang tidak di ketahui punca.
4) Paras lemak dalam darah tidak dapat dikurangkan degan apa cara sekalipun.
5) Perut kembung, penghadaman tidak lancar.
6) Rasa sesak nafas.
7) Kerap menghidapi running nose.
8) Hilang kesabaran dan cepat marah.
9) Hidung sensitif.

All the above problems can be solved if you choose the right food according to your blood group. Do you Believe that???

The Secret of Health and Longevity :

Eat the right thing rather than Eat the best thing
Makan dengan betul lebih penting daripada makan dengan baik

Penyelidikan Perubatan menunjukkan bahawa, makanan yang kita makan adalah berkaitan dengan kumpulan darah(gen). Ini bermakna orang yang memiliki kumpulan darah yang berlainan harus mengamalkan tabiat makan yang berlainan. Ini adalah kerana setiap kumpulan darah mempunyai antigen-antigen yang tersendiri, dimana antigen-antigen ini perlu sepadan dengan faktor pembekuan darah (sejenis protein) yang berasal dari tumbuhan. Jika tidak,sel-sel darah merah dan putih,saluran pencernaan dan sistem saraf akan rosak dan seterusnya mengakibatkan barah serta kemunculan penyakit-penyakit lain.

Pakar dalam bidang rawatan semulajadi yang terkenal dari Amerika, Peter J D'Adamo menyatakan bahawa terdapat hubungan di antara kumpulan darah dengan makanan, berat badan dan penyakit. Beliau juga menegaskan bahawa kumpulan darah seseorang menentukan jenis-jenis makanan yang di perlukan oleh tubuh badan mereka. Profesor Dietetik dari Universiti Seattle, Dr Parker Lewe pula menyatakan bahawa badan setiap orang berbeza antara satu sama lain,jadi makanan yang tertentu tidak semestinya sesuai untuk semua orang.

Jenis Kumpulan Darah kita merupakan kunci kepada misteri kesihatan, umur panjang, penyakit, tenaga fizikal dan kekuatan emosi. Jenis darah akan menentukan keupayaan kita untuk mendapat penyakit dan makanan yang harus di makan. Jenis darah merupakan faktor yang menentukan tahap tenaga,kecekapan membakar kalori dan tindak balas terhadap tekanan. Ia merupakan kunci kepada keseluruhan sistem imunisasi tubuh.
Pernahkah anda terfikir mengapa ramai orang mempunyai tahap kesihatan yang rendah atau lemah akibat penuaan ,sementara yang lain kelihatan sihat dan mempunyai kehidupan yang bersemangat walaupun sudah berusia??
Many of these biological differences can now be explained by the science of Blood Type.

Pengaruh Jenis Darah - Jenis darah dapat mempengaruhi setiap aspek fisiologi pada tahap sel tubuh anda. Ianya berkaitan dengan bagaimana anda menghadamkan makanan, keupayaan untuk bertindak balas dengan tekanan, keadaan mental, kecekapan metabolisme badan dan kekuatan sistem imunisasi tubuh.

BLOOD TYPE  O
Makanan yang sesuai - Daging, Protein haiwan daripada sumber makanan laut.
Masalah yg sering di hidapi - Masalah usus dan perut, peredaran darah yang kurang baik, sakit pinggang dan tulang belakang tanpa di ketahui punca, badan yang berasid, kegemukan, paras kolestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, pengerasan dinding salur darah jantung, arteriosklerosis, Gout, Penyakit Barah.

 BLOOD TYPE A 
Makanan yang sesuai - Sayur-sayuran dan Buah-Buahan
Masalah yang sering di hidapi - Hilang kesabaran dan cepat marah, rembesan sebum berlebihan, perut selalu kembung, penyakit jantung dan masalah saluran darah, barah, ulser gastrik, kanser perut, kegemukan.

BLOOD TYPE
Makanan yang sesuai - Susu dan produk Tenusu
Masalah yang sering di hidapi - Sistem saraf yang mudah mengalami kerosakan dan menyebabkan  "trigeminal neuralgia", kesukaran tidur lena, sakit kepala, penyakit hati dan saluran hempedu, masalah haid, sakit belakang yang tidak dapat dikenalpasti punca, penyakit jantung dan kegemukan.

BLOOD TYPE AB 
Makanan yang sesuai - Kebanyakan makanan yang sesuai untuk darah jenis A dan B
Masalah yang sering di hidapi - Hilang kesabaran dan cepat marah, perut selalu kembung, penyakit jantung dan saluran darah, barah, masalah usus dan perut, kegemukan, kerosakan sistem saraf yang menyebabkan"trigeminal neuralgia", kesukaran tidur lena, sakit sakit kepala, penyakit hati dan hempedu, masalah haid dan sakit belakang.



Ok...stop dulu ye..nanti kite cite pasal character pulak...stay tune!!

MyDear Warehouse Sale datang lagi....

MY DEAR WAREHOUSE KEMBALI LAGI>>..........till 13Mac'2011
serbu serbu...=.=!..

 Hasil rembatan :-Tricycle & Warming Plate,Spoon Set for Aqil..Total RM105 sahaja..
 Tricycle ni RM89 je dari seratus lebih harga asalnya
Suka betol Aqil..cayang dak masham2 manis nih..hihi
.

.
 Lagi satu aku beli mende ni...warming plate & spoon set..Murah je RM16..:)
Full set die macam ni..
Kat tempat lubang tu masukkan air panas,lepas tu bahagian atasnya letak makanan..so makanan akn sentiasa panas..:)


Warehouse sale mmg berbaloi2...;)
ok Selamat MembeliBelah...daaaaaaaa

Bora Borak Aqil..

Pabila si anak dan si ayah berbahas....dah macam Ahli Parlimen German bersidang kan...
layannnzzz video ini....T__T


 




 Ibu & Ayah sayang Aqil banyak2..:) 



Contest datang lagi : My Sleeping Angel Contest

nak join klik kat BANNER ye
tarikh tutup : 14 Mac 2011

nak tengok hadiahnyaa???..
1.Tempat pertama akan memenangi sebuah bakul lipat serbaguna yang amat kiut.
2. Tempat kedua & ketiga akan menenangi sebuah kerusi lipat untuk kanak2 yang amat comel
3. Ader 3 hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang bertuah, berupa sticker dinding pelbagai corak yang amat cantik dan sesuai untuk hiasan dinding bilik tidur, ruang tamu atau bilik tidur sendiri.
dan gambar yang di pertaruhkan  
.

.

.

.

.
Ni namanya tido asal boleh..hehe,anak bujangku yang kepenatan menolong ibunya sidai kain baju..tengok tuh hanger baju pun tak lepas dari tangannya..T__T...rajin betul anak ibu..:)


Time to tag


sesiapa yang tak kene tag pun jom la join memeriahkan....

Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net