Personaliti mengikut kategori DARAH

 
PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH

Seperti mana yg kita ketahui Darah terbahagi kepada  4 jenis:-

1)      Darah O (Darah tertua)
2)      Darah B
3)      Darah A
4)      Darah AB (Darah baru)


DARAH-O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH-A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH-B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH-AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Dipendekkan cerita :-

Darah jenis O : peramah, sosial, orang yang mula-mula sekali melakukan sesuatu walaupun tidak menghabiskan apa yang mereka mulakan, kreatif dan popular, suka perhatian dan sangat yakin diri.

Darah jenis A : nampak tenang walhal gementar, seorang perfectionist, paling artistis berbanding kumpulan darah lain, pemalu, seorang yang boleh dipercayai, sensitif.

Darah jenis B : bermatlamat, akan menghabiskan sesuatu perkara yang dimulakan dengan baik, individualistik dan mempunyai cara tersendiri untuk hidup.

Darah jenis AB : mempunyai dua personaliti, boleh jadi peramah dan pemalu, yakin diri dan kurang keyakinan, seorang yang bertanggungjawab, walaubagaimanapun, jika terlalu banyak tanggungjawab akan mendatangkan masalah. boleh dipercayai dan suka membantu orang lain.
 
Keserasian mengikut jenis darah :

Darah jenis A paling serasi dengan orang darah jenis A dan AB
Darah jenis B paling serasi dengan orang berdarah B dan AB
Orang berdarah AB serasi dengan semua jenis darah
Darah jenis O pula paling serasi dengan mereka dari jenis darah O dan AB




 Wallahuallam.......



Saya DARAH O..kamu pula?????

sekian...terima kasih~


0 para komentar yg gorgeous:

Blog Widget by LinkWithin

About

Newborn - 3.65kg
1 month - 5.0kg

2 month - 5.7kg
3 month - 6.3kg
4 month - 6.5kg
5 month - 7.0kg
6 month - 7.1kg
8 month - 7.7kg
9 month - 8.0kg
10 month - 8.1kg
11 month - 8.2kg
12 month - 8.6kg
18 month - 10kg

Category List

Tutorial (6) Begedil (2) Breastfeeding (2) DiY wedding guestbook (2) #Origami#Sampan#Kertas# (1) 09-09-09.......share tips... (1) 10BulanBergusi (1) 11 tanda orang berbahagia (1) 2nd Applepie (1) 2nd baby (1) 33mgu (1) AbC..perkembangan minda anak (1) Anda adalah apa yang anda MAKAN (1) Anmum in love (1) Aqil 6Month+ Solid Food (1) Aqil fav (1) Aqil ke SALOON (1) Aqil+Car (1) Aqil: Brush your Teeth (1) Aqilanakkesayanganibu (1) BahasaMalaysia+Mandarin+English+Arab+Tamil (1) Barbican (1) Bb...nafas kami.. (1) Birthday (1) Cek up (1) ChapGohMei (1) Character mengikut jenis DARAH (1) Cleverbot I SimSimi (1) Cluster Nestle (1) Dewan Cahaya TnB (1) DiY bunga tissue (1) DiY bunga tisu crepe paper (1) Donut+Pau Sambal+Jiran tetangga (1) EPM DinneR (1) Eat Right For Ur Health (1) GETAS (1) Gas Auto safety controller (1) Gelagat my Little Hero (1) Happy Mothers Day (1) Header 2012 (1) Jaundies (1) Jgn di cium ank ketika tidur (1) KLIA......Putrajaya (1) Kemensah (1) Long Camouflage Pencil skirt (1) LoveAqiLhubby (1) Masih lagi BF..susu meriah mcm ms pantang..AlhamduLillah (1) Masjid Putrajaya (1) Menghitung hari..Anytime will be.. (1) MommyLoveAqil (1) MydearWarehouseSale (1) Nur Jannah Allia (1) PaMa (1) Period lambat if fully BF Normal (1) Petua kulit bersih dan mulus (1) Petua perawatan kulit (1) Remote Astro New Version (1) Saat melahirkan Aqil (1) Selamat Hari Raya Aidilfitri (1) Starhill Golf Country Resort (1) Sultan Johor mangkat..Al Fatihah (1) Syawal 2010 (1) Tips kecantikan (1) Tips sunblock (1) UNDI (1) Unifi (1) Video Of The Year Digi WWWOW Awards (1) Weetameal-Appeton-pelam-orange-nanas-BMI (1) YazidBurgerSpecial (1) ZedZaidi kawen-FB wedd card kretip (1) admitted An Nur (1) akhirnya sigusiku berGIGI (1) anaklesungbatukuranap (1) anniversary present.. (1) aqiliskandar..sufiamani..confinement (1) back to 1998 (1) banana boat (1) bb..happy..syukur..pregnancy..Ramadhan Miracle (1) besday aku...Gudbye 2009..welcome 2010 (1) blurring (1) boraborak Aqil (1) cara nak remove acct shoutmix (1) chicken porridge bersulah Mango (1) cleverbot (1) design by ziemadini (1) egg/rice mould maker kiut (1) fabric starch (1) fasting month (1) happy hour little swimmer (1) iLoVeAPRIL (1) jb (1) kecantikan (1) kromosom XY (1) mengadudomba (1) my second Baby otw (1) myBoy almost 2y (1) newborn contest (1) nikah-sad-happiness (1) nong.aqil.iskandar 1tahun (1) pau+benjo (1) pengisian perut anak di petang hari (1) peyutku 6mth+++ (1) putera kami-Nong Aqil Iskandar (1) register haji (1) sunplay (1) tunang (1) wabak H1N1 menular (1) wim tagged me. (1)
 

Sponsors

ad
ad
ad
ad
Copyright © 09-2012 AsueIskandar |Designed by ChoonlyAsue |Converted to blogger by NongEmpireCouture | Reviewed by SuperbMommy | Asue.Net