Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata
"ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN""Maka saudara dan saudari sesama Islam sedunia, berwaspadalah selalu. Makan makanan yang halal demi menjamin kesejahteraan hati nurani dan iman yang suci.
Makanan adalah tempat pertama dalam fikiran kita dan memang wajib kita titikberatkan....sebab tu mestilah ada kesedaran dalam diri memasing dalam soal halal haram ni...bila kita beli barang-barang memang kita risau tentang bab ni..lagi-lagi ada ingredient yang kita tak faham...kalau gelatin tu banyak jenis kod gelatin..kadang-kadang kita tak sure gelatin jenis mana yang halal or haram..pada saya pulak kalau tak nak was-was asal nampak gelatin je kat ingredient sesuatu makanan tu terus saya letak balik..haha..dengan konpiden je terus saya mark non halal..wakakaka...
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
~ Surah 2 - Al Baqarah : Rangkap 173 ~
~ Surah 2 - Al Baqarah : Rangkap 173 ~
"Yakinkah apa yang anda dan keluarga anda makan itu HALAL? ...atau mungkin ianya haram?"..apa-apa pun kita mulakan dengan Bismillah...Insyaallah.:)
Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal.....Di Malaysia ni ramai yang meniaga, pelbagai kaum..kita tak boleh bersikap enteng bukan?...nak tak nak kene ambil tahu juga kan...ada juga sikap sesetengah peniaga yang pandang remeh je hal-hal ni..walaupun mereka tahu kita ni muslim tapi pada mereka lagi mementingkan keuntungan semata-mata...dunia oh dunia.
Di malaysia kini isu makanan halal dan haram makin hangat di perkatakan. Sila baca artikel penuh di SINI.
**Sumber cari gali di Halal Gelatin.Com
Saya selaku penggemar marshmallow...lagi-lagi chocolate marshmallow..hihi...tapi nak cari marshmallow yang halal nih susah sikit kan...so kene belajar buatlah..ape lagi gunalah khidmat en google...hikhik..eh tak dela susah mana pun nak buat marshmallow nih..receipe refer blog ni
okay kalau nak beli Gelatine halal online di sini http://www.halalgelatine.com
sekian
Apa itu Gelatin?
Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.
Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.
Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

- Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
- Puding, kek dan pai
- Gummi jelli, Pastil berperisa
- Yogurt, keju dan butter
- Ais-krim
- Pencuci mulut segera
- Gula-gula getah (Chewing gum)
- Produk-produk daging yang diproses
"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"
HALAL atau tidak?
Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.
Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.
BIMBANG!, RISAU!, RESAH...
Itulah yang bermain di benak fikiran kita kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!
Pemilik restoran yang beragama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu sekalian, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!
Permasalahan yg berlaku jika berterusan mengambil MAKANAN HARAM!
- Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.
- Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.
- Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti
- Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.
- Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH
- Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
- Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.
- Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.
**Sumber cari gali di Halal Gelatin.Com
Saya selaku penggemar marshmallow...lagi-lagi chocolate marshmallow..hihi...tapi nak cari marshmallow yang halal nih susah sikit kan...so kene belajar buatlah..ape lagi gunalah khidmat en google...hikhik..eh tak dela susah mana pun nak buat marshmallow nih..receipe refer blog ni
okay kalau nak beli Gelatine halal online di sini http://www.halalgelatine.com
Bolehlah bermarshmallow di party hari jadi anak anda nanti...weahuuuuu..
sekian
0 para komentar yg gorgeous:
Post a Comment